My Other Half and My Jewels

Thursday, March 31, 2011

Kasih Disemai Bakti Dituai

Tarikh : 24hb mac 2011
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Seri Gemilang, SMK Paka

     Setelah seminggu berlalu, baru hari ini ada kesempatan untuk mencatat memoir sambutan Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai sempena persaraan mantan Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran SMK Paka, Haji Kamarudin Bin Saman. Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya perjalanan majlis berkenaan berlangsung dengan teratur dan mengikut perancangan.

ATURCARA MAJLIS

10.30 pagi   : Ketibaan dan perarakan yang diraikan dengan menaiki beca (beca
                     dikayuh oleh En. Azlie) dari pagar utama ke Bilik Seri Menanti
10.50 pagi   : Perarakan masuk ke Dewan seri Gemilang
                   : Persembahan silat oleh pelajar (Harith, Kamarul dan Jamilah) dan
                     guru (Cgu Maulana dan Ust Zuraihi)
11.00 pagi   : Hadirin mengambil tempat
11.05 pagi   : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis (Cik Aleza dan Pn Tg Suzanna)

Melati kuntum tumbuh melata
Sayang merbah di pohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara

11.10 pagi   : Bacaan Doa oleh Tn Hj Azmi Bin Muda
11.20 pagi   : Ucapan Wakil Pelajar (Wan Mohd Harith Bin Wan Zarudin)
                   : Ucapan Wakil Guru (memyselfandmasayu)
                   : Ucapan Ayahanda YDP PIBG
                   : Ucapan Tuan Pengetua
11.50 pagi   : Tayangan Slaid dan Video Klip
                   : Bacaan Biodata (oleh Ustaz/Sir Zuraihi)
12.20 tgh    : Ucapan yang dirai
12.40 tgh    : Persembahan sajak oleh Nur Afifah Izati

Bak air mengalir...
Tiba juga kiranya di muara waktu
Di sini kami pasti merindu
Hakikat seorang individu
Guru penolong kanan satu
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu.

1.00 tgh    : Penyampaian Cenderahati
1.20 tgh    : Acara "Surprise" - Sambutan Hari Lahir Yang Dirai yang ke 58 sekaligus dengan
                    Sambutan Ulangtahun Perkahwinan beliau yang ke 33 tahun.
1.30 tgh    : Tamat Acara Di Dewan Seri Gemilang

2.00 ptg   : Majlis Jamuan Makan Tengahari di Rumbia Resort Villa, Paka

     Dengan berkat kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, maka terhasillah satu majlis yang saya kira sangat mesra dan meriah. Kejayaan Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai ini bukan berlaku sekelip mata. Selama lebih dari 2 bulan pihak MGK dan JK Kerja yang lain telah duduk berbincang, merancang, merangka perjalanan majlis agar ia menjadi satu kenangan terindah buat Ayahanda Haji Kamarudin. Seperti semua cikgu2 di Paka tau, Boss kita seorang yang sangat teliti. Berkali-kali masuk mengadap, setiap kali tulah ada saja penambahbaikan yang dicadangkan. Kadang-kadang tak daya nak ngadap sorang2, hmmm terpaksa bawak PA (Kak Norlaila Muda) masuk jumpa Boss. Adakala lidah kelu, otak beku nak berkata-kata. Nasib baiklah ada PA. (Terima kasih daun keladi).

     Crew-crew yang sangat berdedikasi memang best.....Dalam kepoh, dalam riuh semua tugas dapat dilaksanakan dengan tip top. Walaupun kadang-kadang ada mulut yang tersasar kata, bercanggah pendapat, namun demi menjayakan suatu majlis yang julung kali diadakan ini....semua itu rela di"liquid paperkan". Memang ada hati yang terasa, memang ada sebak di dada......tapi alhamdulillah. Semua baik-baik belaka. Namun dalam keadaan begitu ingin juga nak luahkan ada juga antara kita yang buat tak tau je.....tak de la pulak nak bertanya khabar. Hati ada sedikit terkilan.

     Kerja-kerja akhir persiapan dah bermula 2 minggu sebelum cuti sekolah. Thank you lah kerana walaupun dalam cuti pun datang bekerja. Dengan sekali hello je, tak perlu penerangan panjang lebar. Masing-masing dah tau apa yang perlu dilakukan.

Gambar-gambar sebelum majlis:)

Hari-hari terakhir sebagai Pendidik.
 Raptai perarakan (macam YB pulak Sir Solah tu)
 Timbalan Pengerusi MGK menggubah ke...
 Orang kuat di sebalik semua "hantaran" Haji Kamarudin
 Support dari PK Hem (Sir Azman) dan Kontraktor Dewan Makan Asrama (Lili)
 Beca bertuah.....(terima kasih Hakim 3C dan ayah beliau)
Thank you Maulana, tolong angkut beca.
 Still unfinished.....Thank You Scha and Crew. (Dek Jang juga)
for the sponsorship. Satu cara menghargai bekas guru.
 Hero dan mak-mak dara. ooops...ada sorang lg yang belum mak dara....
       SU PIBG (Cikgu Yusop) sentiasa dekat di hati....

     Mungkin orang tak percaya kalau saya cakap, mata tak boleh lelap pada minggu terakhir sebelum majlis berlangsung. Pukul 2 pagi mata terbuka, kelip kelap, kelip kelap, asyik fikir tentang itu ini.Pernah juga menyuarakan pertanyaan pada Boss. "Macamana cikgu handle 4 kenduri yang real? Saya yang nak handle kenduri olok-olok ni pun dah tak tentu hala dah..." Boss jawab....belajar kohor2....

     Makin dekat dengan majlis makin banyak pulak dugaannya....Ya Allah, kuatkan lah semangatku...Teringat hari pergi mencari cenderahati di Pasha Jati. Bertemankan "PA" yang setia, berbekalkan senyuman dan mulut manis, kami berurusniaga dengan taukey Pasha Jati. Lama juga bertawar menawar hinggalah kedengaran azan Asar yang dialunkan oleh Cikgu Yusop dari suraunya....hmm sedapnya suara.....hilang tension petang tu.

     All in all, akhirnya majlis dah selamat dah. Sayu pilu, hiba dihati dah semakin reda. Yang tinggal cuma gambar-gambar kenangan yang terpapar di blog2 dan FB2 indivudu yang menghargai. Kalau nak dihitungkan bilangan ucapan terimakasih yang nak disampaikan.....huuuu mak aaaaiiiih, tak terbilang dek jari yang sepuluh. Makanya, ingin saya sebagai Pengerusi MGK yang juga bertindak sebagai Setiausaha JK Kerja Majlis Persaraan Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran dan juga secara PERIBADI ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya AJK MGK 2011 ( sayang korang). Motto MGK tahun ini memang tepat "Ikatan Mesra Menjalin kerjasama". TQ Boss, TQ PK Ting 6 (bg pinjam kereta baru), TQ AJK Kerja, TQ AJK PIBG, TQ kepada pelajar2 yang sangat memberi kerjasama, TQ penyumbang2.....terutama YB Parlimen Dungun dan YB ADUN Paka (kerana YB berdua maka dapat diadakan Jamuan Di Rumbia). Ampun dan maaf dari hati atas sebarang kekurangan.

ENJOY THE MOMENTS:)


 Best jugak dok atas beca berhias tu kan Haji.
 Pasangan bahagia, 33 tahun.
 Quality Controller...discussion akhir..
 Geli hati apa ntah tu..
 Wajah ceria seorang pesara.
 Crew AJK di Rumbia bersama Tuan Haji Kamarudin.
 TQ YB Zakaria kerana sudi hadir (terutama sudi menyumbang)
 TQ Tuan Mahadi...
 memyselfandmasayu with the one and only Amin 
 Thanx Crew...
 Tuan Haji bersama wakil PPD (lupa nama)
INILAH PELAMIN PERSANDINGAN SUMBANGAN
BEKAS ANAK DIDIK TUAN HAJI KAMARUDIN

"Ikatan Mesra Menjalin Kerjasama"
Excellence For All

Friday, March 18, 2011

Benar-Benar Menghitung Hari....

     3, 2, 1.......mula Menghitung Hari! 
Hari yang ditunggu sangat hampir. Tolak hari ini (Ahad) masih berbaki 3 hari lagi Ayahanda PK Akademik akan bersara. Sempat juga menjenguk Ayahanda Hj Din di bilik beliau. Memang sangat terasa sayu bila lihat beliau dah mula mengemas. Cadangnya nak duduk bersembang juga tapi hati ni terlalu sayu....Bila melihat gelagat beliau di pejabat pun begitu. Raut wajah nampak tenang, senyuman tak lekang dibibir...Tak boleh nak bayangkan macamana nak tahan rasa pilu bila tiba hari yang dinanti.

Here Comes MR SATURDAY..!!

     In a blink of eyes....cuti yang 9 hari dah sampai ke penghujungnya. Cepatnya masa berlalu. Pada awal cuti rasa macam huh bestnya boleh cuti lama sikit instead oh 2 hari je setiap minggu on weekend. (Actually bukannya cuti pun hari Jumaat dan Sabtu, kerja di rumah fuh....banyaknya). Dalam kepala plan macam-macam, nak buat itu nak buat ini. Cadangnya nak turun tengok team volley berlatih, nak update data, nak mark buku comprehension 1 Dinamik, nak settle pasal majlis "tu-tu" (syyyyy......), nak jupa bos, nak itu, nak ini. Itu lah, kalau namanya manusia, macam-macam nak buat....kalaulah ada kuasa "Bionic Woman", kan best.
     However, kena terima kudrat yang Allah beri...jangan melebih-lebih, nanti kita juga yang kena tanggung kesan "ketensionan"nya. Setakat hari ni Alhamdulillah, dapat turun tengok Volleyball Team 2011 trainning sebanyak 3 kali. Cuaca tak mengizinkan...asyik hujan je. Untuk Majlis "Tu-Tu" dah about 60 % kot yang dah berjalan. Terima kasih kepada semua AJK yang sedia menjalankan tugas walaupun dalam masa cuti. Data EMiS dah pun dikemaskini. Hmm ralat - Guru & Kakitangan yang tidak ada No Cukai Pendapatan je, tidak ada dayalah saya nak menolongnya. Hmm pada yang berhajat untuk bertukar, jangan lupa kemaskini data dalam E-Operasi (rujuk http://www.smkpaka.blogspot.com/), ini tidak ada kena mengena dengan tugas GDM.
    Dalam cuti sekolah ni, kerap jugak meneliti laman-laman blog yang di bawah kelolaan rakan2 guru di sekolah. Sempat belajar macamana nak tulis komen di laman blog dari yang di segani Ustaz Zuraihi. Dapat satu ilmu. Ustaz juga dah ajar macamana nak guna Flash Votex dan Chat Box....walau bagaimanapun masih gagal dipraktikkan. Dah tua-tua ni lembab....kena ulang lesson yang sama dengan ustaz nanti. Laman blog Ustaz memang selalu jengah. Laman berkongsi ilmu agama. Nak gi Usrah tak berpeluang, jadi Usrah Online pun jadilah. Tak banyak, sikit ilmu yang dapat.Sempat juga layari blog Piah "Cucu Nenek di Leverpool". Menggamit kenangan zaman dolu-dolu..
    Minggu yang mendatang 2 peristiwa besar bakal berlaku.....Ya Allah, Lancarkan Segala Perancangan Kami. Amin.

Friday, March 11, 2011

Menghitung Hari - Versi Lirik Lagu

Menghitung Hari
(Sang By Kris Dayanti)

Menghitung Hari
Detik Demi Detik
Masa Kunanti Apakan Ada
Jalan Cerita Kisah Yang Panjang
Menghitung Hari

Padamkan Saja Kobar Asmaramu
Jika Putik Itu Takkan Ada
Yang Aku Pinta Tulus Hatimu
Bukan Puitis

Pergi Saja Cintamu Pergi
Bilang Saja Pada Semua
Biar Semua Tau Adanya
Diriku Kini Sendiri


     Warga SMK Paka menghitung hari menjelang PERSARAAN yang dikasihi Ayahanda Tuan Haji Kamarudin Bin Saman, Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran. Walau pada zahirnya beliau nampak begitu ceria namun pasti ada gundah dihati yang mungkin cuba diselindungi. Kami pasti merindui Ayahanda.


Thursday, March 10, 2011

Percutian 3 Hari 2 Malam di Marang Village Resort and Spa

   
   Bukan senang nak dapat pakej percutian percuma ni. Bertuah rasanya dapat BERCUTI selama 3 hari 2 malam, tanpa perlu keluarkan ongkos. Tetapi yang lebih penting ialah Pengurusan Badan Pengawas telah berjaya menganjurkan Kem Kepimpinan Pengawas SMK Paka 2011 bersama-sama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT)  pada 6 hingga 8 Mac 2011 di Marang Village Resort & Spa.

    
     Dengan kekuatan 5 orang guru penasihat Badan Pengawas, 3 orang Guru kaunselor, Ustaz Muhd Zuraihi, Encik Rosli dan sokongan pihak pengurusan sekolah, alhamdulillah semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun terdapat beberapa perubahan tajuk ceramah ( kekangan penceramah pada saat akhir), aktiviti dan slot ceramah masih dapat diteruskan sepertimana yang dirancang.

 
     Bagi pihak semua guru penasihat Badan Pengawas, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan trillion, billion terima kasih kepada semua pihak atas komitmen dan dedikasi yang diberikan dari segi usaha, tenaga, masa, kewangan dan sokongan yang tidak berbelah bagi. Terima kasih yang tiada penghujungnya kepada pihak APMT yang sudi membiayai perbelanjaan kem ini. Terima kasih secara peribadi kepada Opie dan Syikin dari APMT kerana sudi meluangkan masa untuk hadir bersama sepanjang kem ini berlangsung.

     Kepada semua 68 orang peserta kem (sepatutnya 70 orang namun 2 org tidak dapat bersama), tahniah dan syabas kerana telah berjaya melalui 3 hari 2 malam di Marang Village Resort & Spa tanpa menimbulkan masalah yang besar. Adat manusia, pasti ada kekhilafan di sana sini, namun semua itu dapat diatasi dengan baik. Dengan kemudahan penginapan yang sangat selesa, dewan yang lengkap dan luas serta makanan yang sangat lazat (6 kali makan sehari...tidak sempat nak rasa lapar), diharapkan pengalaman sepanjang kem dapat kenangan yang indah bagi semua peserta.

     Kepada pihak Marang Village Resort & Spa, ucapan penghargaan dari kami semua.


    
    Ampun dan maaf dipinta daripada semua pihak andainya terdapat sebarang cacat cela sepanjang Kem Kepimpinan Pengawas ini berlangsung. Excellence For All.


Friday, March 4, 2011

I'm a Model, I,m Moghul......as Kimora said.

Suka tengok Kimora - Life in a fab lane. How she juggle her everyday activities in one day. Dia lah mak, dia lah wife, dia lah designer, dia lah boss....huh. All in one.

As for me...hmm i am a mother, i am a wife, i am a teaher, i am a coach, i am.....a BIBIK also! Weekdays as a teacher, weekends as a BIBIK....how about that! This weekend memang terlebih sudaah....Have to make arrangements lebih sikit coz Ahad, Isnin & Selasa ada Kem Kepimpinan Pengawas di Marang Village Resort. Kena tinggalkan rumah for 3 days and 2 nights.

Kalau lelaki senang kot....bila kena outstation depa just leave...tak perlu nak fikir keperluan org2 yang ditinggalkan. Tapi as a mother and as a wife, huisyyy banyaknye perkara nak kena fikir. Baju nak kena basuh, nak kena lipat, nak kena gosok....rumah nak kena sapu, nak kena vacum. Breakfast dan bekal sekolah anak2, makan tengahari depa.....sapa nak ambik depa dr tusyen....banyaknye....

However, on the other hand....best jugak bila dapat gi "cuti-cuti" ni.....hehehe...buat la apa yang patut ye bang. Anak2 dah besar2 belaka. Pandai-pandai la handle. I nak gi suka-suka....hahahaha.

Kawan-kawan kat sekolah, sorry from the bottom of my heart kalau kena relief kelas 1 Dinamik on Sunday, 3KRK3 on Monday and 3 Dinamik on Tuesday. They are all good students......Belum ada aksi melampau lagi setakat ni....Thankyou in advance.....Excellence 4 All.

Menghitung hari...

Dalam sedar tak sedar, ayahanda PK1 akan menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai seorang pendidik pada 23hb Mac 2011 ini. Pilu juga rasanya kerana kami warga di SMK Paka tak akan dapat lagi mendengar hilai tawa serta celoteh selamba tetapi menggelikan hati.

Banyak kenangan bersama ayahanda walaupun hanya berkhidmat selama 3 tahun di sini. Merupakan seorang yang sangat coooooool, dalam apa jua situasi. Sentiasa menyejukkan suasana yang hangat, memeriahkan suasana yang hambar....

Dalam FB, beliau menghitung hari untuk bersara......mungkin seronok selepas ni kerana dah tak perlu memikirkan masalah2 tempat kerja. Boleh spend masa lebih untuk isteri, anak menantu dan jugak cucu! Boleh naik pangkat jadi "YB".....Yang Bersara.....

Walauapa pun harap-harap, ayahanda PK1 tidak lupakan kami di SMK Paka..Excellence 4 All.....