My Other Half and My Jewels

Friday, September 23, 2011

Conquering Bukit Bauk, Dungun, Terengganu

     Selalu dengar rakan-rakan guru dan rakan-rakan bukan guru di sekolah bercerita tentang aktiviti mingguan diorang " panjat Bukit Bauk". Katanya diorang pergi the whole family dari si ayah hingga lah yang si kecik. Hmmmm.....idea riadhah yang agak menarik jugak nih.
     Maka, pada suatu hari yang agak ok cuacanya, pergilah kami sekeluarga beramai-ramai ( 4 orang je) ke Bukit Bauk. Tak jauh pun, dalam 15 km dari rumah. Semangat tinggi nak panjat Bukit Bauk. Anak-anak ready tumbler air dari malam lagi.
    Sesampainya di kaki Bukit Bauk, warm up lah sikit-sikit then mula lah kami menyusuri laluan ke atas. Boleh tahan jugak nih. Anak-anak awalnya sangat excited....tapi tak sampai 15 minit, yang si kakak dah nuuuuun jauh di belakang. Terpaksa lah si abah memberhentikan langkah. Adik nampak ok lagi nih. Kaki si ummi pun boleh tahan jugak lagi. Thank you to the F2 Gintell Fitness Formula yang ada kat rumah. Walaupun bukan selalu guna tp at least membantu daya tahan jugak lah.


Mula-mula jumpa ini

Alamak!
     PK HEM di sekolah dok cerita dia selalunya naik sampai ke pencawang. Hmmm saya berazam jugaklah nak sampai ke pencawang. Rupanya banyak pencawang yang ada sepanjang trek ke kemuncak Bukit Bauk. Kalau tak silap 3.Dan tuan puan sekelian, perjalanan ke puncak tidak lah semudah yang di gembar gemburkan. Menjerihkan juga untuk melepasi trek yang kecerunannya semakin meningkat. Si kakak memang dah surrender terus. Sampai nangis kerana keletihan. Si adik memang KEBAL...slow2 je tapi sampai jugak ke pencawang pertama. Masih boleh senyum...


Cool je angin kat atas ni


Kesian kakak.....

     Sampai di pencawang pertama, anak-anak dah tak nak ikut naik lagi. So, saya and hubby try naik lagi. Makin hebat cabarannya. Cuba jugak panjat slow-slow hingga ke pencawang kedua. Jumpa 3, 4 orang bekas anak murid. Hmmm...kat mana-manapun akan jumpa jugak. Dua tiga orang daki bukit dengan mountain bike..huh salute lah. Try nak panjat hingga ke puncak. Tapi memang terlalu curam dakiannya. Naik tak sampai 20 langkah....huh memang tak sanggup lah. Hubby je terus nauk ke atas, Saya turun slow-slow sampai ke tempat anak2 yang sedang menunggu.

     Agaknya kalau selalu naik dan jadikan aktiviti mingguan, mungkin boleh sampai ke puncak. Ramai yang saya jumpa datang dengan group. Siap dengan baju kelab lagi. Malaysian sekarang ni dah tinggi tahap 'health conscious'nya. Lagipun aktiviti rekreasi macam ni free. Boleh spend masa dengan family-good quality time. Boleh jugak tengok alam semula jadi.

     About one and a half hour later..........apa lagi, breakfast di Pak Mat KT lah.......spending quality time jugak!




Ramadhan & Post Ramadhan (A.K.A Syawal)

     Dah lama tidak menjengah, ruang masa perlu diisi dengan perkara yang lebih utama (tugasan di rumah - as you all know lah, di sekolah - anak murid nak Trial Exam PMR, dan yang major- anak bongsu nak UPSR).

     Alhamdulillah, Allah yang Maha Kuasa masih panjangkan umur hambaNya ini.Yang paling disyukuri, Allah masih lagi memberi peluang untuk menyempurnakan ibadah puasa pada umur yang tidak beberapa hari ni akan genap 40 tahun. Tahun ni sempat berjemaah fardhu Isyak dan sunat Tarawih di Surau Hidayah @ lebih dikenali Surau (Arwah) Pok Bakor. Namun terkilan sebab tidak sempat mengenali siapa dia Pok Bakor walau bertahun duduk di Paka kerana arwah telah kembali ke rahmatullah sebelum tamat Ramadhan. Sekalung Al- Fatihah untuk arwah.

     Syawal tahun ni disambut di kampung halaman suami nun di hujung semenanjung belah utara, Perlis Indera Kayangan. Tapi, sebelum balik rumah mak/ayah mertua mesti nak berbuka dan sahur dengan mak sendiri dulu. Sempat la spend masa di Mache, Kelate bersama mak, kakak, adik dan anak2 sedara menshopping kat KB Mall, mencari juadah berbuka puasa di Pasar Ramadhan Mache - (gulai kawah gunung berapi yang kaw!), mencuci mata di Ariani Tanah Merah....seronok....

Isyy, apahal plak ni?


Senyum nampak!

Rupanya ada ole-ole dari Dato' Seri sempena raya
Samperit. nyum nyum

Merdeka Raya

     Balik Perlis pun seronok juga ( paling seronok rasanya dalam tempoh 15 tahun). Di sambut oleh wakil2 MB Perlis di sempadan. Dapat ler rasa kuih samperit dan baulu Perlis. Dapat gak beras 5 kilo. Jejak je kaki di Kangar, terus ke Pasar Ramadhan dekat Stadium Kangaq. Alahai.....musim hujan la pulak ramadhan dan raya tahun ni. Tak pe....hujan air je. Pusing satu round, dua round...tu dia! Dah penuh jari bimbit plastik. Nasi ganja wajib. Cari Nasi Kadaq Jalal-alamak tak bukak la. Tak pe, apa-apa pun boleh. Laksa Kuala Perlis pun mesti nak ada.....uuuimakaiiih! Memang perlu kesabaran kalau ke pasar ramadhan. Tak kira mana tempat pun.


     Rumah mak mentua riuh jugak tahun ni dek keletah anak2 sedara dari Putrajaya. Jumpa depa semua Raya tahun lepas masa depa bertandang ke rumah di Kelate. Dah besar belaka dah. Dulu semua diam-diam je. Kali ni huisyyyy riuh.....terutama si kecik comel Aisyah. Ada je yang nak dicelotehkan. Kalau malam, selagi tak tutup lampu...mulut dia asyik bunyi je. (Mak Ngah Rindu Aisyah lah.....)


Aisyah yang comei...








                            Bahagian masak-memasak untuk juadah pagi raya memang bukan kita punya department la..... Dan makanya, Gee (biras yg bongsu) dan Amen (ipar yang bongsu) masak-memasak lah nasi tomato, gulai daging dan ayam masak merah yang nyum nyum nyum sedapnya. Thank you. Hari raya apa lagi...kerjanya makan, makan dan tidor....Raya kedua, huh....cari nasik ganja kat market. Tu dia.... beratoq panjang oooooooo. Petang pi pekena laksa ngan cucuq udang kat Restoren Nelayan Kuala Perlis. Tak raya ka apa depa ni....raya kedua dah bukak kedai.

Agenda Raya Kedua



Ikan Bakar Kuala Perlis

Cucuq Udang Kuala Perlis

Laksa Restoren Nelayan Kuala Perlis
        
     Raya tahun ni tak boleh lama-lama, Aimi nak UPSR. Seminggu cuti sekolah dan raya dan merdeka. Lepas seminggu battle untuk anak menjelang UPSR. Kawan2 anak nak datang raya, anak2 murid di sekolah merengek nak datang raya kat rumah. Sorry lah ya. terpaksa ditutup rumah sehingga selepas UPSR. Memang kena concentrate untuk anak je....Anak lebih penting dari segalanya.

SELAMAT HARI RAYA!!!!

(Ole-ole dari Tebing Tinggi, Kangar
-cuba le tengok, ada tak kat tempat korang bende2 gini??)

Yang ni, sure semua ada

Yang ni pun.....

Yang ini, mungkin lebih banyak daripada ni

Ihik, ihik.....dah bertahun tak jumpa, korang ada tak?

Tu dia......sebesar tapak tangan! Harus tak ada di negeri lain.

Yang ini, tuan  puan ialah..........

Cuba teka apa?

Di siat-siat, di potong-potong

Macam lemang......tapi bukan lemang.......jeng jeng jeng
sila beri jawapan yang tepat