My Other Half and My Jewels

Monday, May 16, 2011

Once A Teacher, Always A Teacher

     "Tahniah mgk!..., seronok. slmt hr guru. t.kasih bnyk2.." Word by word SMS yang diterima dari rakan guru jam 18.28 semalam 16 Mei 2011. Dalam banyak-banyak ucapan yang diterima semalam, ucapan ini lah yang paling berbekas di hati. Bukan yang lain tidak bermakna tetapi ucapan ini mengiktiraf hasil kerja Crew Majlis Guru dan Kakitangan (MGK) SMK Paka 2011 yang telah bertungkus lumus selama lebih 1 1/2 bulan merangka, merancang aktiviti dan acara untuk meraikan hati keramat yang datang setahun sekali.
    Bukan satu kerja mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Berulang kali masuk keluar bilik Bos. Berulang kali juga AJK Sambutan Hari Guru terpaksa membuat perubahan dan penambahbaikan dalam rangka aktiviti demi untuk memastikan Sambutan Hari Guru 2011 adalah yang terbaik, terhebat...Dengan berbekalkan semangat keguruan dalam diri semua Crew MGK, semua halangan dapat diatasi.
     Secara peribadi, saya dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Crew MGK yang telah mencurahkan khidmat bakti dalam menjayakan perayaan Hari Guru semalam. Terima kasih juga kepada Puan Fazliyana kerana dengan sukarela menawarkan diri untuk menyumbang tenaga dalam menyiapkan backdrop Ala Ago Go dan membuat persembahan bersama dengan pelajar...Nice voiceYana!

Back Drop Ala Ago Go



     
Dari pagi semua guru memang sudah ceria. Maklumlah masing-masing dah tidak sabar untuk bermain bola tampar, bola jaring dan juga bersukaneka. Tahun ini semua aktiviti permainan padang dan sukaneka tidak melibatkan pelajar kerana pihak MGK ingin memberi peluang kepada semua guru berseronok. Semua diletakkan dalam kumpulan. Seronok lihat guru bekerjasama antara satu sama lain. Acara yang dirangka telah mengambil kira penglibatan semua guru termasuk guru-guru yang "berisi". Bagi acara bola Jaring dan Bola Tampar, terbuka pada guru yang berminat sahaja. Tahun lepas, acara Bola Jaring disertai oleh guru lelaki manakala guru perempuan bermain Futsal...Tahun ini guru perempuan yang bermain Bola Jaring. Gelagat guru yang dah "lama" bermain bola jaring....hmmm macam-macam. Yang terlanggar tiang gol, yang Center masuk kawasan D, yang bermain dengan baju kurung....memang happening! Guru lelaki juga tidak kurang hebat dalam permainan Bola Tampar......Masa bermain yang pada mulanya hanya 20 minit dilanjutkan hingga 45 minit. Permainan masuk hingga rubber game. Alhamdulillah, lepas hajat Tuan Pengetua untuk bermain Bola Tampar (dah lama dia suarakan pada saya). Dengan bantuan dari pelajar PPU, semua aktiviti dapat dilaksanakan dengar lancar. Thank you boys and girls.







Tuan Pengetua menunjukkan skill terpendamnya


Hanya ini saja gambar acara Sukaneka yang sempat di'capture'
Tahniah, Kak Maznah!
     Sebelum makan tengahari, guru-guru dihidangkan dengan persembahan di Dewan Seri Gemilang. Tahun ini persembahan dari guru sama hebat dengan persembahan pelajar....hebat...hebat...hebat...Walaupun ada yang berpendapat berlainan dari saya, namun saya ingin menegaskan di sini bahawa semua persembahan adalah HEBAT. Bermula dengan seloka bersahaja dari Guru Disiplin, Cikgu Mohd Maulana. Siapa sangka seorang Guru Disiplin yang pada pandangan pelajar seorang yang garang, tegas, rupanya boleh berseloka dan menggamat dewan dengan isu-isu guru yang serba boleh. Persembahan nasyid dari pasukan nasyid sekolah diserikan lagi dengan penampilah Sir Ustaz Muhd Zuraihi yang bersuara sangat lunak....(Terima kasih kerana mengalunkan Doa yang amat bermakna diawal acara dewan). Suara Cikgu Fazliyana memenuhi ruang dewan dengan paduan suara dari pengawas PSS....sangat kreatif dengan lirik yang menyentuh hati. Persembahan diakhiri dengan pasukan Speech Choir sekolah.



    
      Hati rasa kesal kerana tidak dapat merakamkan gambar bagi semua aktiviti yang berlangsung kerana dalam semua bergembira menyambut Hari Guru, saya rasa terikat dengan memastikan semua acara berjalan dengan lancar sehingga tidak sempat merasa juadah makan pagi "Nasi Dagang" yang disumbang oleh Tuan Pengetua Cemerlang DG 54 (En. Arrifin B. Mohammad),penerima APC 2010 (Ustazah Norlaila, Cikgu Hamisun, Cikgu Nazirah, Ustazah Rahana, Cikgu Foo, Cikgu Azrol dan Puan Suriana) dan Guru DG44 ( Cikgu Rusidah dan Cikgu Siti Aishah). Terima kasih atas sumbangan yang diberikan. Terima kasih juga kepada Pok Mat KT @ Pak Mat Kantin @ Pak Mat HBR kerana sudi menerima tempahan. Namun begitu saya sempat merasa kuih muih yang disediakan oleh guru (sukarela bawa dari rumah). Dalam sehari semua guru makan dan minum tanpa mengeluarkan duit.....puas hati. Makan tengahari memang sangat menyelerakan (walaupun sekali lagi tidak sempat merasa....). Hmm dengan daging singgang, ayang goreng, pari panggang, kerabu, air asam, budu, belacan, ulam -ulaman.....fuh....tak makan pun dah terasa lazatnya.

     In the nut shell, all ends well. Saya sebagai Pengerusi MGK mengambil sepenuh tanggung jawab atas segala cacat cela yang mungkin ada sepanjang sambutan semalam. Mungkin atas kelemahan dan kekurangan saya dan Crew MGK, maka berlaku hick-up dimana-mana. Mohon maaf secara peribadi andai ada hati yang tersinggung, ada jiwa yang tersentuh, ada hajat yang terbantut. Maklum sajalah, sebagai manusia..kita bukan bersifat sempurna. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua Crew MGK...you all ROCK! Banyak lagi perancangan yang perlu dilangsaikan sebelum tahun 2011 berakhir.....Ayuh..kita galas tanggungjawab dan laksanakan segemilang mungkin. Adios for now...

Memoir sebelum Sambutan Hari Guru :)












    

Saturday, May 7, 2011

My Mother And I

My Mother and I

     Semua orang cakap, mak diorang lah yang paling special......but not me. My mother is not that special. Dia hanya orang kampung, anak kedua dari 3 orang adik-beradik. Sekolah tak tinggi, hanya sampai darjah 5 sahaja. Pernah hidup zaman pemerintahan Jepun, zaman pemerintahan British. Dia berada di Stadium Merdeka ketika detik Kemerdekaan Negara.
     What I can say about my mother is...dia suka membebel, kedekut sangat-sangat orangnya, sangat berkira, apa yang dia kata itu adalah arahan, no kompromi.....Ini semua tanggapan saya ketika di zaman persekolahan. Zaman remaja....ketika itu belum bijak berfikir. Tapi sekarang....bila difikir-fikirkan, kalau mak tak membebel dulu, kalau mak tak sekedekut dulu, kalau mak tidak menjadi diktator dulu....harus saya tidak akan jadi seorang insan seperti sekarang.
     Mak memebebel dulu kerana saya terkenal dengan sifat degil. Suka melawan cakap, suka buat mak naik darah. Mak menjadi kedekut kerana dia perlu berjimat, duit yang abah bagi setiap bulan (30 % dari gaji abah je...70% lagi untuk family kedua abah) memang hanya cukup-cukup makan saja. Mak menjadi diktator kerana seingat saya dialah yang menjadi ibu dan dialah juga yang menjadi ayah semasa membesarkan saya. Dia perlu bijak menentukan haluan hidup saya adik-beradik. Tugas yang bukan calang-calang orang mampu melakukannya.


3 Generation

     Mak saya bukan orang yang special seperti mak orang lain......tapi Mak saya seorang yang Super Special! Tiada Mak yang lain yang dapat menggantikan tempatnya......TERIMA KASIH MA!