My Other Half and My Jewels

Monday, December 5, 2011

Soto Ayam Ala memyselfandmasayu

     Saya bukannya pandai sangat masak. Family banyak makan di luar. Kami dah ada regular restaurant yang dah dikunjungi sejak anak2 masih kecil. Tak bermakna saya tak masak langsung. Kalau hari-hari sekolah, breakfast tak pernah miss, coz anak bongsu memang tak pernah miss bawak bekal ke sekolah. Selama 6 tahun di sekolah rendah, Aimi si Bongsu tidak suka ke kantin sekolah. amai orang katanya, dia tak suka suasana crowded di kantin sekolah.
     Bila time cuti sekolah ni, kami (saya dan anak) decide untuk have brunch instead of breakfast. Roti canai, nasi lemak is favourite kalau makan kat luar. Bila malas keluar, scramble egg mix with onion, red pepper, green pepper, tomatoes...eaten with rice or bread will do. Anak2 senang makan. Tak perlu susah2.
     Semalam, decide to cook for dinner. 3 beranak je kat rumah. Yang sulung ada kat kampung. Tak perlu "beradong" kata orang Terengganu. Apa-apa yang boleh guna je. Ada ayam je dalam peti ais.....hmmm buat soto je lah. Entah bahan cukup ke tak...tapi apa2 pun kira jadi lah. Dalam 2,3 bulan lepas, Yah Mat Hassan bagi resepi tapi dah tak ingat. Malu nak tanya semula. Jadi ikut resepi hentam2 je lah. (Kalau nak ikut resepi dalam internet...banyak sangat ingredientnya)

Soto Ayam Ala memyselfandmasayu:)

4 dada ayam (organik HPA)
(including leher, kepak, kaki ayam kalau ada untuk rebusan)
3-4 batang serai -dititik
3-4 helai daun limau purut
2 batang saleri
1 batang carrot
3 biji ubi kentang
2 pek ketupat nasi mini
1 bunjut sup
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
1-2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2-3 sudu teh rempah soto (jumpa yang jenama Mak Siti)

1. Blend semua bahan kisar. Tumis hingga naik bau. Masukkan 2 liter air, serai dan sup bunjut dan biar mendidih baru masukkan ayam yang di perap dengan sedikit garam terlebih dahulu.
2. Dalam 10 minit keluarkan ayam. Masukkan saleri, carrot dan kentang. Masak hingga kentang empuk. rasalah sup, tambahkan garam selepas kentang empuk. (Kalau letak garam awal alamatnya tak masin2 lah coz kentang akan serap rasa masin....petua la ni kot)
3. Masukkan daun limau purut untuk keunikkan rasa (petua dari Yah Mat Hassan, dia suruh masukkan santan tp santan tak ada semalam).
4. Goreng ayam yang dikeluarkan sekejap dan carik-carikkan.

     Dinner semalam makan soto ayam + ketupat nasi tanpa kicap lada dan begedil. Koboi je tapi licin. Seronok sangat bila tengok encik asben dan aimi hirup kuah soto slurrrp! Nyum nyum nyum.
     Hari ni entah nak masak apa.....tengah dok tengok resepi puding roti kukus. Jadi ke tak belum tau. Tengok lah nanti. Chow!!

Thursday, December 1, 2011

Dan Saat Itu Tiba Jua


     Suasana petang tadi hening, namun demikian kami tetap jua menceriakan suasana agar tidak terasa sangat kesayuan di dalam diri masing-masing. Kak Suriana, Sabarina dan saya sendiri sepeti yang semua maklum....tidak dapat menahan air mata dari menitis. Kami amat merasai permergian Ayahanda Tuan Pengetua.
     Ayahanda yang tidak menunjukkan kesedihan pada awal jam 3.00 petang. Staff di pejabat sibuk membantu Ayahanda dalam urusan serahan tugasan akhir. Rakan baik Ayahanda, Pak Mat serta isteri Kak Ti. sudi menjenguk Ayahanda di pejabat. Hmmm....sempat menyikat rambut lagi Ayahanda ketika itu. Katanya, mana tau kot terjatuh rambut sehelai boleh menjadi ingat pada semua orang. Senyuman dan hilai tawa sentiasa terukir di bibir.
     Sekitar jam 3.15 petang, Ayahanda Tuan Pengetua menjemput barisan pengurusan sekolah untuk ke bilik beliau untuk urusan serahan tugas. Pesanan demi pesanan di titipkan bagi memudahkan urusan selepas ketiadaan beliau nanti. Hati mula merasa sayu. Sekejap saya keluar untuk menenangkan diri, sekejap saya masuk. Bukan lah saya ini sebahagian daripada barisan pengurusan tetapi saya merasakan perlu berada di situ untuk merakamkan saat-saat akhir Ayahanda bersama pengurusan. Air mata tumpah jua tatkala Ayahanda Pengetua tenang melangkah keluar dari biliknya.
     Tepat jam 3.45 petang, Ayahanda secara rasminya telah bersara dari bidang pendidikan yang amat dicintainya. Air mata bagai tidak dapat ditahan lagi tatkala mendengar pesanan akhir Ayahanda Pengetua dalam nada yang tersekat-sekat menahan sebak kepada staff dan guru yang ada. Menitis jua airmata Ayahanda di ketika itu.
     Sebelum meninggalkan sekolah, Ayahanda En. Arrifin B. Mohammad sempat minum petang bersama AJK MGK 2011, staff, YDP PIBG- Ayahanda Hj Taha B. Ngah serta beberapa org guru yang hadir utnuk besama2 beliau buat kali terakhir.
     Secara peribadi, saya sudah menganggap Ayahanda sebagai ayah. Secara profesional, saya memang sangat berbesar hati untuk berkhidmat di bawah pengurusan Ayahanada sebagai Pengetua Cemerlang. Segala tunjuk ajar, nasihat dan pengalaman sepanjang berkhidmat bersama beliau pasti akan saya guna untuk memperbaiki diri sebagai seorang muslim dan sebagai seorang pendidik.
     Setelah selesai 4 siri majlis keraian sempena persaraan Ayahanda Pengetua, saya merasakan tertunai sudah janji saya pada semua guru dan kakitangan terutamanya pada diri saya sendiri dan AJK MGK 2011, lebih2 lagi janji saya kepada Ayahanda Pengetua untuk menjadikan majlis-majlis tersebut sebagai kenangan abadi buat kita semua. Terima kasih untuk kesekian kali......

Pantun Buat Pengetua:
(Petikan dari Photobook-Persaraan)

Terbang sekawan burung kenari,
Turun berempat di dahan berangan,
Budimu tuan, kukuh di sanubari,
Sejauh hayat jadi kenangan.

Pisau raut bertatah suasa,
Pecah mangkuk tergesel kuali,
Kalau diikut kehendak rasa,
Mahu dipujuk tuan kembali.

Ayam berkokok berkali-kali,
Berkicau jua si merbah jambul,
Meski dipujuk tuan kembali,
Apatah daya takkan termakbul.