My Other Half and My Jewels

Saturday, June 30, 2012

Finally.....Here Come RUMUSAN

Semua dan selesai ya....bagus2...
And finally teacher lampirkan contoh penulisan RUMUSAN...
Jangan copy sebijik2 .... coz mungkin dapatan anak2 didik teacher sekalian tak sama dengan apa yang teacher tulis ni....
Secara ringkasnya bila menulis rumusan....sertakan semua isi-isi penting bagi setiap dapatan kajian 8.1 hingga  8.5.

For your eyes........


RUMUSAN

            Daripada dapatan kajian, saya dapat mengenal pasti bahawa konsep perniagaan runcit pasar malam ialah perniagaan runcit kecil-kecilan dijalankan pada waktu petang hingga malam yang terdiri daripada gerai-gerai mudah alih menjual barang-barang keperluan seharian dari barangan segar hinggalah kepada menjual makanan dan minuman, pakaian dan lain-lain.
Terdapat banyak kepentingan yang memberi manafaat kepada bukan sahaja peniaga malah kepada pengguna atau pengunjung Pasar Malam di Pusat Niaga Paka. Di antara kepentingan yang saya telah kenal pasti ialah perniagaan runcit pasar malam ini menyediakan peluang pekerjaan, membekalkan barangan segar, memudahkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan serta memudahkan penduduk tempatan membeli barangan keperluan.
Di antara faktor-faktor yang telah dikenal pasti yang mempengaruhi kegiatan perniagaan runcit – pasar malam di Pusat Niaga Paka ialah ___________, ___________________, _______________ dan _________________.
Walaupun aktiviti perniagaan runcit pasar malam didapati memberi kepentingan dan keuntungan kepada peniaga serta pengunjung namun terdapat juga beberapa kesan negatif yang ketara. Di antara kesan negatif perniagaan runcit pasar malam di Pusat Niaga Paka ialah pencemaran sampah sarap, ___________, ___________, dan ________________
Bagi mengurangkan kesan negatif dari aktiviti perniagaan runcit pasara malam di Pusat Niaga Paka, berikut ialah beberapa cadangan yang mungkin dapat diguna pakai iaitu ________, ______________ dan ____________________
 Semua pihak yang terlibat baik Pihak Berkuasa Tempatan – Majlis Perbandaran Dungun, para peniaga serta pengguna perlu bersama-sama bekerjasama mengambil tanggungjawab untuk bersama-sama memastikan aktiviti perniagaan runcit pasar malam di Pusat Niaga Paka dapat berjalan dengan baik dan lancar tanpa menyusahkan mana-mana pihak.

Thursday, June 7, 2012

PETA Lakar Kawasan Kajian

Salam boys & girls, PMR candidates,

Suka tcer ingatkan, apabila buka sekolah nanti pasti guru2 matapelajaran masing2 akan mula memungut hasil kerja kursus. Jangan lengah2 kan urusan penghantaran. Daripada pengalaman tcer tahun2 lepas....apabila tarikh pemarkahan online semakin hampir maka akan berlaku lah kejadian kerja kursus hilang, kawan pinjam tak pulang balik dan paling banyak.....hasil kerja kursus kita telah dicetak rompak. Alangkah malangnya bila penat lelah selama berbulan2 diciplak kawan sebegitu saja.... 

Peringatan penting...bahagian Kawasan Kajian : PETA LAKAR mesti dilakar. Maksudnya mesti dilukis mengikut skala yang betul. Macamana nak buat? Pening? Well, MUDAH saja. Paling mudah download GOOGLEEARTH ke dalam laptop @ desktop masing2. Then search saja nama Kawasan Kajian. PRINT dan tekap saje. Ukuran PETA mesti lebih kurang 3/4 kertas A4. Bahagian petunjuk 1/4 kertas A4. 

 Jangan lupa PETA yang lengkap mesti mengandungi:- 
1. Tajuk 
2. Petunjuk 
3. Tanda arah mata angin 
4. Skala 
5. Bingkai @ pemidang 

Harap maklumat ini dapat membantu. 

(PETA kedudukan Kawasan Kajian dalam daerah....boleh di ambil dari mana2 sumber asalkan 5 syarat diatas dipenuhi)

Wednesday, May 30, 2012

Kerja Kursus Geografi PMR 2012 - Part 3

Ini adalah sumbangan tcer yang terakhir untuk membantu anak didik tce menyiapkan kerja kursus Geografi tahun ini. Anak didik yang tcer tidak berkesempatan ajar pun di izinkan buat rujukan. Akan tetapi sila rujuk guru matapelajaran masing-masing juga.....kerana mungkin pendekatan guru lain mungkin berbeza.....

Andai kata ada juga pelajar2 dari sekolah lain yang terrrrrtengok blog tcer ni....no problem, silalah buat rujukan namum biarlah ada mematuhi adat "blogger". Jangan lah dicopy dan paste begitu saje ye.....at least acknowledge lah tuan punya blog dalam kerja kursus masing-masing.....All the best, semoga kerja kursus masing-masing memenuhi semua kriteria yang dikehendaki dan dapat skor yang terbaik....

BAHAN GRAFIK

Bina sekurang-kurangnya dua bahan grafik yang berlainan.
Sekiranya melukis graf atau carta pai, jadual mesti disertakan.
Bahan Grafik perlu dipersembahkan dalan aspek kajian yang berkenaan dan perlu berkaitan dengan kaedah kajian



LAMPIRAN

Sertakan empat bahan/lampiran atau lebih. Contoh:-

Surat Makluman menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KBT) 2012
Surat Pengenalan Diri Pelajar
Surat Kebenaran Untuk Melawat/ Menemuramah dan Mendapatkan Bahan Sumber
Surat Kebenararan Ibubapa
Borang Soal Selidik
Bahan bercetak daripada cetakan internet, surat khabar, majalah


RUJUKAN

Tulis tiga rujukan atau lebih dengan format penulisan yang betul. Sila rujuk cara penulisan rujukan yang betul di dalam buku teks tingkatan 1, 2 atau 3.

Contoh penulisan:-

Internet


Buku Teks

Chong Mui Sen, Dr Azizan Bin Hj. Abu Samah, 2002. Geografi Tingkatan 1: Penerbit Sasbadi Sdn Bhd.

Orang Sumber (mesti 3 orang atau lebih)

Puan Mas Ayu Ros Aida Binti Haron, 50 Tahun, No. 7689, Taman Paka Seri Baiduri, 23100 Paka

Kerja Kursus Geografi PMR 2012 -Part 2


So macamana? Dah ada idea macamana nak mulakan penulisan kerja kursus Geografi?? Tcer harap dengan adanya "Kerja Kursus Geografi PMR 2012" di post tcer yang lalu dapat membantu semua untuk siapkan tugasan yang diberi. Hmmm kerana tcer sayang semua anak didik tcer maka jeng3............dipersilakan untuk rujuk contoh dapatan kajian di bawah.......

8.1 Konsep dan Jenis Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka
Menurut Laman Wikipedia di alamat http://ms.wikipedia.org/wiki/Peruncitan Peruncitan ialah penjualan barang atau dagangan dari sesuatu tempat yang tetap atau menerusi pos, dalam kumpulan atau longgok yang kecil untuk penggunaan pembeli. Tempat tetap boleh merupakan kedai serbaneka, butik, atau gerai, dengan tempat tetap itu boleh terletak di tepi jalan kawasan kediaman; di jalan membeli-belah yang tidak mempunyai banyak atau langsung tidak mempunyai rumah kediaman yang berhampiran; atau kawasan membeli-belah.
Manakala Pasar Malam pula ditakrifkan sebagai konsep pasar atau bazaar yang perniagaannya dimulakan pada waktu petang sehingga kepada waktu malam. Ia merupakan sejenis pasar jalanan yang terdapat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang biasanya berada di kawasan perumahan.
Di Pasar Malam Pusat Niaga Paka terdapat pelbagai gerai mudah alih, yang menjual barang-barangan seperti makanan dan hasil tani seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan barangan basah yang lain. Barangan lain seperti permainan, perkakasan, baju dan sebagainya ada dijual. Ia menarik banyak orang mengunjunginya kerana harga barangan yang berpatutan. Pasar malam di Pusat Niaga Paka hanya dibuka semalam sahaja dalam seminggu iaitu pada setiap hari Rabu bermula kira-kira jam 4 petang hingga pukul 10.00 malam.

8.2 Kepentingan Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka
Terdapat banyak kepentingan yang memberi manafaat kepada bukan sahaja peniaga malah kepada pengguna atau pengunjung Pasar Malam di Pusat Niaga Paka. Di antara kepentingan yang saya telah kenal pasti ialah perniagaan runcit pasar malam ini menyediakan peluang pekerjaan, membekalkan barangan segar, memudahkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan serta memudahkan penduduk tempatan membeli barangan keperluan.

Menyediakan Peluang Pekerjaan
Kepentingan yang pertama yang saya kenal pasti dengan adanya pasar malam di Pusat Niaga Paka ialah ia dapat menyediakan peluang pekerjaan. Dengan adanya perniagaan runcit pasar malam ini, penduduk setempat dapat bekerja sebagai penjual ikan, pembantu di gerai pakaian malah sebagai pemandu lori yang membekalkan ‘ais-kiub’ kepada pemilik gerai-gerai minuman.

Membekalkan Barangan Segar

Memudahkan Penduduk Tempatan Memasarkan Barangan

Memudahkan Penduduk Tempatan Membeli Barangan Keperluan

Huraikan lebih lanjut

8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka
Di antara faktor-faktor yang telah dikenal pasti yang mempengaruhi kegiatan perniagaan runcit – pasar malam di Pusat Niaga Paka ialah faktor governan, pasaran tempatan, darjah ketersampaian dan kesesuaian waktu berniaga.

Governan
Faktor governan telah menggalakkan kewujudan pasar malam di Pusat Niaga Paka ini. Pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Dungun (MDM) yang terletak di bandar Dungun telah menyediakan tapak yang sesuai untuk peniaga menjalankan aktiviti perniagaan pasar malam. Tapak pasar malam di Pusat Niaga Paka ini pada hari-hari biasa merupakan tapak letak kereta yang luas dan telah disewakan kepada peniaga-peniaga pasar malam pada setiap hari Rabu.

Pasaran Tempatan
Darjah Ketersampaian
Kesesuaian Waktu Berniaga

8.4 Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka
Walaupun aktiviti perniagaan runcit pasar malam didapati memberi kepentingan dan keuntungan kepada peniaga serta pengunjung namun terdapat juga beberapa kesan negatif yang ketara. Daripada borang soal selidik saya mendapati, diantara kesan negatif perniagaan runcit pasar malam di Pusat Niaga Paka ialah lambakan sampah sarap, kesesakan lalu lintas, harga tanpa kawalan dan juga wabak penyakit.

Lambakan Sampah Sarap
Kesan negatif yang ketara akibat dari aktiviti pasar malam di Pusat Niaga Paka ialah terdapat lambakan sampah sarap terutamanya selepas aktiviti perniagaan runcit pasar malam tamat. Daripada pemerhatian yang saya telah lakukan, terdapat banyak gelas-gelas plastik bekas minuman dibuang merata-rata tempat. Terdapat juga longgokan sayur-sayuran yang layu dan buruk disekitar tapak gerai menjual sayur-sayuran. Situasi yang sama juga dapat diperhatikan di sekitar gerai menjual buah-buahan. Para pengunjung serta peniaga sepatutnya bersama-sama mengamalkan sikap menjaga kebersihan sekitar tapak pasar agar ia lebih bersih dan selesa dikunjungi.

Kesesakan Lalu Lintas, Harga Tanpa Kawalan.Wabak Penyakit
8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka

Bagi mengurangkan kesan negatif dari aktiviti perniagaan runcit pasara malam di Pusat Niaga Paka, berikut ialah beberapa cadangan yang mungkin dapat diguna pakai iaitu pertama menyediakan kemudahan asas, kedua menguatkuasakan undang-undang dan ketiga pemeriksaan kesihatan terhadap peniaga.

Menyediakan Kemudahan Asas

Bagi mengelak berlakunya lambakan sampah sarap di sekitar pasar malam di Pusat Niaga Paka, Majlis Perbandaran Dungun (MDM) disarankan menyediakan tong-tong sampah di sekitar pasar malam. Ini akan memudahkan para peniaga dan juga pengunjung membuang sampah.

Peringatan Penting:-
i.Ini merupakan contoh dapatan kajian mengikut aspek-aspek yang dikehendaki sahaja.
ii.Sila rujuk kriteria penskoran aspek 8.1 – 8.5 untuk mengetahui kriteria yang diperlukan untuk markah maksimum.
iii.Markah tidak diberi jika tiada huraian aspek. 

Saturday, May 26, 2012

Kerja Kursus Geografi PMR 2012 - Part 1

Cuti sekolah pertengahan tahun telah bermula. Namun demikian, pelajar-pelajar tcer sekalian pasti sibuk memenuhi masa dengan kerja2 cuti terancang yang dibekalkan oleh cikgu2, menghadiri tusiyen, tak lupa pergi rumah orang kenduri dan sebagainya....

Kali ni, tcer tak bekalkan soalan2 cuti terancang untuk disiapkan...tapi tak bermakna tiada "hadiah percutian". Untuk semua pelajar tcer di kelas 3 Cekal dan 3 KRK 1, sukacita di lampirkan di sini rangka Kerja Kursus untuk tajuk tugasan kedua iaitu Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka, Dungun Terengganu.

Besar harapan tcer agar anak-anak didik tcer dapat manafaatkan cuti ini untuk menyiapkan tugasan wajib ini.



TUGASAN 2 : PERNIAGAAN RUNCIT PASAR MALAM DI PUSAT NIAGA PAKA,  PAKA, DUNGUN TERENGGANU

            Jika bertaip mesti menggunakan Kertas Size A4, font Times New Roman, Saiz font 12
dengan langkau (line spacing) 2.0

  1. TAJUK
Contoh:-
“Perniagaan runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka, Paka, Dungun, Terengganu”


  1. SENARAI KANDUNGAN

Contoh:-

Bil
Perkara/Butiran
Halaman

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Penghargaan
Pendahuluan
Objektif Kajian
Kawasan Kajian
Kaedah Kajian
Dapatan Kajian
Rumusan
Lampiran
Rujukan



  1. Penghargaan

Contoh:-

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya maka saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi (KKG) 23/2 dengan baik. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua SMK Paka, ________________________________________ kerana memberi kebenaran untuk menyiapkan kerja kursus ini.       
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru pembimbing saya iaitu _____________________________________yang sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan sepanjang saya menyiapkan kerja kursus saya tahun ini.
Selain itu penghargaan ditujukan khas kepada kedua-dua ibubapa saya iaitu …………………………………..dan ……………………………..kerana memberi sokongan dari segi nasihat, tunjuk ajar dan kewangan.
Tidak lupa kepada rakan-rakan saya iaitu…………………….., …………………, dan ………………… kerana sudi berkongsi idea dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk  Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka, Paka, Dungun Terengganu.
Akhir sekali ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara lansung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan memenuhi semua kehendak tugasan.



  1. PENDAHULUAN
Setelah berbincang dengan guru subjek serta bertanyakan pendapat rakan-rakan
sekelas saya telah mengambil keputusan untuk menjalankan KGT berkaitan Tugasan 2. Tajuk tugasan saya ialah Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka, Paka, Dungun, Terengganu. Saya memilih tajuk ini adalah kerana pasar malam di Pusat Niaga Paka merupakan tempat tumpuan penduduk tempatan dan sekitarnya untuk mendapatkan bekalan bahan mentah dan keperluan seharian. Selain daripada itu, pasar mala mini berdekatan dengan kediaman saya. Ini akan meudahkan saya untuk membuat pemerhatian dan menjalankan aktiviti soal selidik. Saya telah mula menjalankan tanggungjawab untuk menyiapkan tugasan ini bermula dari bulan Februari sehingga bulan ……………………… iaitu selama ………………………………………………..

  1. OBJEKTIF KAJIAN

Diantara objektif yang ingin dicapai melalui kajian tentang Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka  ini adalah:-
i. Mentakrifkan konsep dan jenis perniagaan runcit pasar malam
ii.Menerangkan kepentingan perniagaan runcit pasar malam
iii.Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit pasar malam
iv.Mengenal pasti kesan negatif perniagaan runcit pasar malam
v.Mencadangkan cara mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit pasar malam
vi.Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

  1. KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Pusat Niaga Paka. Pusat Niaga Paka terletak di tengah-tengah pekan Paka kira-kira 25 km dari Bandar Dungun dan kira-kira 100 km dari ibu negeri Terengganu iaitu Kuala Terengganu. Sekiranya di ukur kedudukannya dengan sekolah saya, ia terletak di Utara Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, berhamipran dengan Balai Posli Paka dan Masjid Jamek Paka. Pada asalnya Pusat Niaga Paka ini adalah merupakan kawasan petempatan keluarga nelayan tradisonal. Namun kini ia telah menjadi pusat tumpuan penduduk kerana terdapat banyak bangunan-bangunan perniagaan, klinik, restoran, bank, kedai runcit, kedai buku dan lain-lain premis yang menyediakan kemudahan kepada penduduk pada satu tempat tanpa perlu bergerak jauh. Secara fizikal, Pusat Niaga Paka ini terletak di dataran pantai yang luas dan rata bertentangan dengan Laut China Selatan.

(Peta Daerah disediakan manakala Peta Kawasan Kajian yang tepat dan lengkap perlu dilakar sendiri)

  1. KAEDAH KAJIAN

Sila rujuk bahagian Kaedah Kajian dalam contoh KGT dalam buku teks Tingkatan 1, 2 dan 3)

Monday, April 16, 2012

Dia......(sebuah coretan peribadi)

     Mula mengenali diri beliau hampir 15 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1997. Waktu itu saya baru setahun jagung berkhidmat di SMK Paka. Belum sah lantikan pun lagi. Ketika itu saya mengajar di sebelah petang. Rookie lagi katakan....Kedatangan beliau ke SMK Paka dengan gelaran Guru Pakar atau Guru Cemerlang Subjek Biologi. Jarang sekali waktu itu ada guru yang layak dilantik sebagai guru pakar.
     Perwatakan beliau sangat serius....jalan sentiasa tegap (masih lagi tegap pada umurnya sekarang), setiap tutur kata sentiasa bernas dan tegas.Banyak ilmu kependidikan. Memang saya secara peribadi sangat kagum dengan beliau. Saya lahir tahun 1971,beliau lahir 1956.....perbezaan umur 15 tahun. Namun beliau tidak pernah menjadikan usia sebagai penghalang. Sikap ramah beliau sangat ketara. Cuma sebagai orang baru dalam bidang pendidikan ketika itu, saya merasa amat kerdil .....berbanding dengan beliau.
     Saya selalu datang awal ke sekolah. Walaupun sekolah bermula 1.20 petang ketika itu, seawal pukul 12 atau 12.30 tengahari saya dah ada di sekolah. Waktu tu belum pandai bawa kereta sendiri. Minta tolong jiran untuk hantar, jadi kena awal.....jiran punya banyak urusan lewat tengahari. Bila sampai sekolah, selalu terserempak dengan beliau di kantin. Pernah suatu ketika....riuh bercerita pasal masak lemak cili api. Orang ni cerita pasal resipi dia, orang tu cerita pasal resipi dia....tiba-tiba beliau mencelah "Kak Sal kalau masak lemak cili api, masuk bawang merah....orang melaka tak letak bawang putih...." baru la saya tau rupanya beliau orang Melaka....
     Ilmu yang paling berguna yang saya perolehi dari beliau ialah ilmu pendekatan pembelajaran dalam p & p. Sehingga hari ini saya masih ingat kemahiran-kemahiran yang perlu diterapkan kepada pelajar semasa p & p. Sempat juga menimba ilmu sewaktu Kursus Dalam Perkhidmatan yang dianjurkan oleh sekolah ketika itu. Ketika itulah baru faham pendekatan-pendekatan KBKK, Pembelajaran Masteri, Pembelajaran Konstruktif dan lain-lain. Cara penyampaian beliau sangat jelas dan sangat mudah difahami.
     Khidmat beliau di SMK Paka ketika itu tidak lama kerana beliau berpindah ke SMK Sultan Omar. Sesekali bila beliau datang ke SMK Paka untuk mesyuarat, taklimat memang riuh mulut menegur. Macam kenal lama.
     Tidak sangka tahun 2012 saya dipertemukan lagi dengan beliau. Kali ini datangnya beliau sebagai Pengetua Cemerlang DG54. Pada awalnya hati berdebar juga....resah memikirkan apakah beliau masih sama seperti dulu. Apakah dengan jawatan hebat beliau sekarang, keramahan beliau akan terbatas. Kawan-kawan ada bertanya bagaimana dengan Pengetua baru nanti.....garang tak? Macam-macam persoalan bermain di kepala.
     Setelah kedatangan beliau pada tanggal 26 hb Februari 2012....semua persoalan telahpun terjawab. Bila lihat beliau menguntum senyum dari jauh, hati saya berkata....dia  masih seperti dulu....Seluruh warga SMK Paka menyambut kedatangan beliau dengan hati yang terbuka dan kami merasa amat bangga kerana bertuah menerima seorang tokoh pendidik seperti beliau. Namun, kami dikejutkan apabila tidak sampai 2 bulan berkhidmat di bumi Paka, beliau akan kembali ke kampung halaman beliau di Merlimau, Melaka setelah beliau menghabiskan hayat perkhidmatan perguruan selama 27 tahun di bumi Terengganu Darul Iman.
     Allah telah merencanakan kami (warga SMK Paka) akan kehilangan seorang Pengetua yang berkepimpinan dan bijaksana. Saya secara peribadi akan kehilangan seorang ketua jabatan, seorang pembimbing, seorang motivator, seorang kakak dan lebih-lebih lagi seorang sahabat....(airmata dah bergenang...).
     Buat Puan Hajjah Salmah Binti Mohd Tahar (Kal Sal), jasamu akan tetap saya kenang buat selamanya. Jutaan terima kasih dari hati atas segala tunjuk ajar dan nasihat. Perpisahan kali ini saya anggap bukan buat selamanya. Andai Allah izinkan pasti kita akan bertemu lagi. Semoga selamat kembali ke kampung halaman. Selamat meneruskan perkhidmatan di sekolah yang baru. Semoga hubungan silaturrahim antara kita tidak akan putus. Selamat keberangkatan........

Teman sepermainan di tengah laman,
Pakat bersama menunggang kuda,
Tautan kasih sepanjang zaman,
Sisihkan sengketa kiranya ada.

Tumbang punggur akar pun sekah,
Terkejut burung sedang makan,
Tersalah tutur tersilap tingkah,
Ampun dan maaf kami dambakan.

Pohon mempelam lebat berbuah,
Gugur sebiji di tepi tangga,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
diizin Allah berjumpa jua.

Friday, March 23, 2012

Resipi Untuk Tok Na

Tok Na cayang....hari ni saya masak resipi yang campak2. Cam biasa la.....kot-kot nak cuba masak untuk Tok Ki Lan....

Vermicelli dgn Sos Campak2...hehehe

3/4 bungkus vermicelli (beli kat Tunas manja)
Kalau tak dok vermicelli boleh guna spaghetti, angel hair....ikut citarasalah
Rebus je lah....tambah minyak dan garam sikit dalam air rebusan tu, supaya tak melekat.

Sos:-
Bahan 1
2 biji bawang besar
2 biji tomato (buang bijik)
2 batang seleri
Dadukan kecik2....

Bahan 2
2 batang frankfurter Ayamas ( yang rasa black pepper)- cincang halus
Isi Udang (hari ni beli kat Tunas Manja, besar2 - RM 10.00 dapat 13 ekor ....saya potong kecik2. Kalau nak letak sekor2 pun tk pe)

Bahan 3
1 botol sos spaghetti Kimball

Nak masak camana?

1. Tumis bawang sampai masak, masukkan seleri dan tomato.
2. Masukkan frankfurter yang dan di cincang.
3. Tuang sos spaghetti dan kacau hingga mendidih baru masuk udang.
4. Masukkan air kalau pekat sangat dan garam secukup rasa.
5. Masaklah hingga mendidih.
6. Dah masak apa lagi.....ajak lah Tok Ki Lan jamu selera.......

Monday, December 5, 2011

Soto Ayam Ala memyselfandmasayu

     Saya bukannya pandai sangat masak. Family banyak makan di luar. Kami dah ada regular restaurant yang dah dikunjungi sejak anak2 masih kecil. Tak bermakna saya tak masak langsung. Kalau hari-hari sekolah, breakfast tak pernah miss, coz anak bongsu memang tak pernah miss bawak bekal ke sekolah. Selama 6 tahun di sekolah rendah, Aimi si Bongsu tidak suka ke kantin sekolah. amai orang katanya, dia tak suka suasana crowded di kantin sekolah.
     Bila time cuti sekolah ni, kami (saya dan anak) decide untuk have brunch instead of breakfast. Roti canai, nasi lemak is favourite kalau makan kat luar. Bila malas keluar, scramble egg mix with onion, red pepper, green pepper, tomatoes...eaten with rice or bread will do. Anak2 senang makan. Tak perlu susah2.
     Semalam, decide to cook for dinner. 3 beranak je kat rumah. Yang sulung ada kat kampung. Tak perlu "beradong" kata orang Terengganu. Apa-apa yang boleh guna je. Ada ayam je dalam peti ais.....hmmm buat soto je lah. Entah bahan cukup ke tak...tapi apa2 pun kira jadi lah. Dalam 2,3 bulan lepas, Yah Mat Hassan bagi resepi tapi dah tak ingat. Malu nak tanya semula. Jadi ikut resepi hentam2 je lah. (Kalau nak ikut resepi dalam internet...banyak sangat ingredientnya)

Soto Ayam Ala memyselfandmasayu:)

4 dada ayam (organik HPA)
(including leher, kepak, kaki ayam kalau ada untuk rebusan)
3-4 batang serai -dititik
3-4 helai daun limau purut
2 batang saleri
1 batang carrot
3 biji ubi kentang
2 pek ketupat nasi mini
1 bunjut sup
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
1-2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2-3 sudu teh rempah soto (jumpa yang jenama Mak Siti)

1. Blend semua bahan kisar. Tumis hingga naik bau. Masukkan 2 liter air, serai dan sup bunjut dan biar mendidih baru masukkan ayam yang di perap dengan sedikit garam terlebih dahulu.
2. Dalam 10 minit keluarkan ayam. Masukkan saleri, carrot dan kentang. Masak hingga kentang empuk. rasalah sup, tambahkan garam selepas kentang empuk. (Kalau letak garam awal alamatnya tak masin2 lah coz kentang akan serap rasa masin....petua la ni kot)
3. Masukkan daun limau purut untuk keunikkan rasa (petua dari Yah Mat Hassan, dia suruh masukkan santan tp santan tak ada semalam).
4. Goreng ayam yang dikeluarkan sekejap dan carik-carikkan.

     Dinner semalam makan soto ayam + ketupat nasi tanpa kicap lada dan begedil. Koboi je tapi licin. Seronok sangat bila tengok encik asben dan aimi hirup kuah soto slurrrp! Nyum nyum nyum.
     Hari ni entah nak masak apa.....tengah dok tengok resepi puding roti kukus. Jadi ke tak belum tau. Tengok lah nanti. Chow!!

Thursday, December 1, 2011

Dan Saat Itu Tiba Jua


     Suasana petang tadi hening, namun demikian kami tetap jua menceriakan suasana agar tidak terasa sangat kesayuan di dalam diri masing-masing. Kak Suriana, Sabarina dan saya sendiri sepeti yang semua maklum....tidak dapat menahan air mata dari menitis. Kami amat merasai permergian Ayahanda Tuan Pengetua.
     Ayahanda yang tidak menunjukkan kesedihan pada awal jam 3.00 petang. Staff di pejabat sibuk membantu Ayahanda dalam urusan serahan tugasan akhir. Rakan baik Ayahanda, Pak Mat serta isteri Kak Ti. sudi menjenguk Ayahanda di pejabat. Hmmm....sempat menyikat rambut lagi Ayahanda ketika itu. Katanya, mana tau kot terjatuh rambut sehelai boleh menjadi ingat pada semua orang. Senyuman dan hilai tawa sentiasa terukir di bibir.
     Sekitar jam 3.15 petang, Ayahanda Tuan Pengetua menjemput barisan pengurusan sekolah untuk ke bilik beliau untuk urusan serahan tugas. Pesanan demi pesanan di titipkan bagi memudahkan urusan selepas ketiadaan beliau nanti. Hati mula merasa sayu. Sekejap saya keluar untuk menenangkan diri, sekejap saya masuk. Bukan lah saya ini sebahagian daripada barisan pengurusan tetapi saya merasakan perlu berada di situ untuk merakamkan saat-saat akhir Ayahanda bersama pengurusan. Air mata tumpah jua tatkala Ayahanda Pengetua tenang melangkah keluar dari biliknya.
     Tepat jam 3.45 petang, Ayahanda secara rasminya telah bersara dari bidang pendidikan yang amat dicintainya. Air mata bagai tidak dapat ditahan lagi tatkala mendengar pesanan akhir Ayahanda Pengetua dalam nada yang tersekat-sekat menahan sebak kepada staff dan guru yang ada. Menitis jua airmata Ayahanda di ketika itu.
     Sebelum meninggalkan sekolah, Ayahanda En. Arrifin B. Mohammad sempat minum petang bersama AJK MGK 2011, staff, YDP PIBG- Ayahanda Hj Taha B. Ngah serta beberapa org guru yang hadir utnuk besama2 beliau buat kali terakhir.
     Secara peribadi, saya sudah menganggap Ayahanda sebagai ayah. Secara profesional, saya memang sangat berbesar hati untuk berkhidmat di bawah pengurusan Ayahanada sebagai Pengetua Cemerlang. Segala tunjuk ajar, nasihat dan pengalaman sepanjang berkhidmat bersama beliau pasti akan saya guna untuk memperbaiki diri sebagai seorang muslim dan sebagai seorang pendidik.
     Setelah selesai 4 siri majlis keraian sempena persaraan Ayahanda Pengetua, saya merasakan tertunai sudah janji saya pada semua guru dan kakitangan terutamanya pada diri saya sendiri dan AJK MGK 2011, lebih2 lagi janji saya kepada Ayahanda Pengetua untuk menjadikan majlis-majlis tersebut sebagai kenangan abadi buat kita semua. Terima kasih untuk kesekian kali......

Pantun Buat Pengetua:
(Petikan dari Photobook-Persaraan)

Terbang sekawan burung kenari,
Turun berempat di dahan berangan,
Budimu tuan, kukuh di sanubari,
Sejauh hayat jadi kenangan.

Pisau raut bertatah suasa,
Pecah mangkuk tergesel kuali,
Kalau diikut kehendak rasa,
Mahu dipujuk tuan kembali.

Ayam berkokok berkali-kali,
Berkicau jua si merbah jambul,
Meski dipujuk tuan kembali,
Apatah daya takkan termakbul.



















    


Wednesday, November 30, 2011

Three Down One To Go.....Syukur Ya Allah

     Sesungguhnya perancangan ALLAH itu tiada yang tidak benar. Semuanya benar belaka. Namun mungkin DIA ingin menguji tahap kesabaran hambaNYA maka dititiskan beberapa duagaan sebelum segala perancangan terlaksana. Inilah sahaja yang dapat saya rangkumkan setelah Program Masyarakat Murni SMK Paka Bersama APMT di pulau lagenda Mahsuri, Pulau Langkawi berjaya disempurnakan pada 27 hb November 2011. Syukur ke HadratMU Ya ALLAH.
     Banyak sungguh dugaan yang datang dalam pada masa saya bersama crew MGK saya membuat persiapan untuk program ini. Bertalu talu datangnya sehinggalah saat memijak tangga bas untuk betolak. Air mata tumpah tak boleh ditahan-tahan....Payahnya nak mengurus manusia tambahan pula bila pogram ditanggung penuh oleh orang lain. Malu alah juga nak bedepan dengan urusetia agensi. Namun semua pengorbanan masa, tenaga dan kesediahan meninggalkan suami dan anak-anak sepanjang 3 malam 3 hari tertebus pabila semua rancangan, program dan aktiviti yang dirancang sepanjang berada di Langkawi berjalan dengan lancar.
Bacaan Doa Selamat oleh Bro Muhd Zuraihi

Dan perjalanan kami bermula
     Pejalanan yang dirancang bertolak jam 8.30 malam pada hai Khamis, terdelay hingga 9.05 malam. Alhamdulillah, cuaca amat baik sewaktu betolak. Cuma hujan rintik2 disepanjang Kuala Terengganu-Besut-Tanah Merah. Bila masuk Kedah hinggalah pulang cuaca sangat indah Ya Allah.....Berkat doa semua temasuk kawan2 yang tidak dapat bersama pada saat akhir (Kak La, Kak Zah Rahman, Yan Chula -yang sentiasa memberi semangat melalui FB dan SMS sepanjang program).
     Sepanjang dalam bas, Deq Ma tak henti-henti mengomel....ada je ceita yang dibawa. Kami tak kering gusi dibuatnya. Shariza dok mengilai sepanjang perjalanan. Bila bas berenti untuk isi minyak di Mobil Kuala Terengganu, berduyun-duyun kami turun mencari makan-minuman, yang paling ramai....beratur untuk masuk "bilik termenung". Sejuk atas bas.....tu yang pakat2 nak terk******. Hahahahahahaha.
     Sepanjang jalan Tuan Pengetua dok sms tanya kat mana...risau kot, kami sesat. Begitu juga dengan Hj Yusop. Orang lama.....tau apa nak di buat. Sentiasa betanya khabar. Pukul 2 pagi bas kami berhenti makan kat Jeli. Hj Yusop kata bas dia nak beenti kat Batu Melintang. Hairan....pukul 2 pagi selera masing2 hebat...sempat makan nasi + singgang tulang, mee rebus, kuih pau yang gebu......
"Yuna Paka" aka Shariza dan Kak Nor J

Mee Rebus Cheq Saa - gambar sebelum

Mee Rebus Cheq Saa - gambar selepas

Deq Ma berselera sunggoh pd pukul 2 pagi
    Kami sampai di Jeti Kuala Perlis lebih kurang jam 9 pagi. Tiket feri siap ditempah oleh agen....kami hanya tunggu dekat gate je. Hj Yusop jadi Ketua Kelas.....bilang peserta takut tertinggal. Walaupun dalam keadaan sedikit penat, kami tak sabar2 nak naik feri untuk ke pulau lagenda. Walaupun saya telah melayari bahtera pekahwinan dengan orang Perlis Indera Kayangan selama 16 tahun, ini merupakan baru kali kedua saya menjejakkan kaki di Pulau Langkawi. Tak tau apa yang nak di "expect" bila sampai sana. 
Beratu untuk menaiki feri ke Pulau Langkawi

Hj Yusop kata bawa Kak Yah untuk Honeymoon

Ayahanda Pengetua memikirkan apa ??

Tak sabar nak turun dari feri

     Sesampai saja kaki ke Langkawi, kami disambut oleh pemandu pelancong (Ana) dan pemandu (Pak Usop) yang sangat baik hati dan peramah. Terus kami dibawa untuk makan tengahari. Hidangan ikan bakar Pulau Langkawi memang kaw kaw.....dihidangkan dengan air "minuman layan diri"...


Ana yang peramah

Tu dia....makan tengahari dengan ikan siakap bakaq sibaq

Bila dah makanan depan mata, apa pun dah tak ingat......Lapaq!

Minuman layan diri...hanya ada di Langkawi

Makan tengahai bersama SMK Seri Berang

Sabaq2!

Gigi yang putih melambangkan apa yek!!!

     Selepas check-in, saya hanya rehat di bilik tapi kawan-kawan saya tidak buang masa untuk keluar cuci mata, shopping, naik kereta kabel dan macam-macam aktiviti pesonal. Malam diisi dengan ceramah kerohanian dan motivasi oleh Ikon YADIM. Seronok dengar ceramah. Sangat kreatif penceramah menyampaikan bingkisan peringatan dengan ayat-ayat yang bertemakan tajuk2 lagu....hingga tidak kering gusi kami dibuatnya.
    Pagi 26hb sebelum Majlis Bakti Sekilau Emas Budi Segemerlap Permata di isi dengan taklimat program harian dan sesi House Keeping. Terima kasih kepada Tuan Haji Yusop atas peringatan dan panduan yang diberi.

House Keeping briefing oleh Tuan Haji Yusop

Tekun mendengar taklimat
   
    Majlis yang dirancang berbulan-bulan akhirnya tiba jua. Alhamdulillah segala perancangan bejalan dengan lancar dari awal hingga akhir. Semua peserta memberi kerjasama yang padu. Masing2 sangat ceria melaram dengan baju bertema "kuning keemasan". Begambar bersama kawan-kawan mengalahkan artis....Hati saya yang gundah sejak sampai ke Langkawi akhirnya kembali berbunga walaupun beberapa ketika sepanjang majlis berlangsung air mata tumpah mengenangkan sahabat yang tidak dapat bersama dan juga mengenangkan akhirnya nanti saya akan kehilangan Ayahanda Pengetua yang sangat saya hormati dan sanjung tinggi.

Buah tangan akhir dari MGK

"PK Labuci" diapit oleh dayang2 dan hulubalang2 

Saudari Pengerusi Majlis yang bijak berbicara

Sebelum majlis bermula

Penyambut tetamu "bling2 baju"

AJK Door Gift.....

Dari jauh Mariana dan Epul datang. TQ

Amin ...Ya Allah

Tuan Haji Nadhir bekongsi suka duka ketika bekhidmat bersama tuan Pengetua 

Ada kesayuan yang di pendam

Titipan kasih terakhir buat Ayahanda Pengetua

     Aktiviti di Pulau Lagenda di akhiri dengan shopping freenzee......uh uh uh, hampir setiap peserta menambah 1 beg besar untuk di isi dengan corelle, arcopal, vision, kain batik, kain pelikat dan yang paling banyak......coklat! Gelak besar saya melihat Si Ibu Suriati membeli belah....ada yang masih lagi keluar malam untuk sambung shopping. Saya hanya mampu melihat, tersenyum dengan gelagat kawan2.
     27hb kami betolak pulang ke tanah besar selepas majlis penutup oleh En Fauzi B. Muda. Walaupun ada sedikit hick-up dengan drebar (Pok Anang) setelah tiba di Jeti Kuala Perlis tapi hasrat untuk bawa kawan-kawan ke rumah mak (mak mentua) di Tebing Tinggi, Kangar untuk makan tengahari tecapai juga. Di sebabkan saya kurang mahir dengan jalan2 di Perlis suami telah datang jemput dan bawa kami ke destinasi. Masakan Mak Long Chi'ah (Rosni nama sebenar mak long) saya memang best......gulai ikan, ayam goreng berempah, sayur manis, ulaman, ikan pekasam dan sambal belacan ikan. Seronok tengok kawan2, teutama Ayahanda Tuan Pengetua berselera makan. Tak lupa laksa perlis jugak dihidangkan....Hahahahaha ramai yang tanya kuah laksa masuk belut ke? Mana ada, semuanya ikan,  belut sekararang dah pupus....mistik semua tu.
     Jam 3 peatang kawan2 betolak balik ke Terengganu. Saya tinggal di rumah mak. Balik ke Kelantan esok harinya. Hari Selasa bertolak balik ke Paka. Alhamdulillah, harap kenangan yang manis-manis belaka buat semua. Hanya ini yang termampu saya berikan. Tiada daya upaya yang tinggal dalam diri....Semuanya ikhlas untuk Tuan Pengetua dan kawan2. Mohon maaf andai saya ada tersilap kata, terkasar bicara atau jelek perbuatan sepanjang kita bersama. Saya amat berbesar hati untuk berkhidmat dibawah pengurusan Tuan Pengetua. It is my honour to serve under your leadership, Ayahanda Pengetua.


Hj Din tak henti-henti senyum


Jejaka2
Baang sapa la yang Naurah bawak ni.....

Kepenatan Mok Long.....shopping sakan tu!

Sengih memanjang Tuan Pengetua.....

Mak Long ' da dapur manager'

Jemputan dari Masjid Wang sempena Maal Hijrah

Agaq2 cute buah tangan Che Ta n Che Ana (siap sambil bergosip)

Breakfast 28hb, Roti Arab cicah gulai ikan semalam