My Other Half and My Jewels

Friday, July 4, 2014

PT3-2014 (Objektif dan Kaedah Kajian)

Ini merupakan contoh penulisan bahagian Objektif dan Kaedah kajian Kes. Pelajar-pelajar adalah diingatkan untuk tidak menyalin terus dari penulisan ini. hasil kerja setiap pelajar haruslah ASLI.

OBJEKTIF KAJIAN KES

                Adalah diharapkan dengan terhasilnya laporan kajian kes ini, objektifobjektif di bawah ini dapat dicapai:-

1.            Mengenal pasti konsep dan takrifan pencemaran udara.
2.            Mengenal pasti dan menerangkan faktor atau punca kejadian pencemaran udara di Paka.
3.            Menyenarai dan menerangkan kesan kejadian pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar
               di Paka.
4.            Memberikan cadangan langkah-langkah mengurangkan pencemaran udara di Paka.

KAEDAH KAJIAN KES

                Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya menyiapkan laporan Kajian Kes Pencemaran Udara di Paka ini. Diantara kaedah-kaedah yang saya gunakan ialah:-

1.            Kaedah Rujukan Internet
                Dengan kemudahan internet yang ada di rumah dan di sekolah saya, saya dapat melayari beberapa laman web yang berkaitan dengan pencemaran udara. Di antara laman web yang saya layari ialah……………..(pelajar-pelajar boleh lah menulis nama sesawang atau nama laman web yang telah di layari. Peringatan: nama sesawang atau nama laman web mestilah benar bukan rekaan semata-mata)

2.            Kaedah Temubual
                Saya telah menyenaraikan beberapa soalan berkatian dengan pencemaran di dalam borang temubual. Saya dengan beberapa orang kawan saya telah menemubual penduduk di kawasan perumahan berdekatan iaitu Perumahan Taman Uda Murni Perdana untuk mendapatkan pendapat mereka tentang langkah-langkah untuk mengatasi masalah pencemarah udara di Paka. (Sila tulis nama responden yang telah ditemubual di bahagian Rujukan…..)

3.            Kaedah Rujukan Akhbar
                Sila buat penulisan dengan mengambil kira fakta, huraian dan contoh.....




Thursday, July 3, 2014

PT3 - 2014. MATA PELAJARAN GEOGRAFI


PT3 merupakan sistem penilaian yang sangat baru bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 tahun 2014. Mungkin ramai yang tertanya-tanya dan susah hati keran masa yang diperuntukkan sangat  pendek iaitu dari 1 -18 Julai 2014 berbanding dengan masa 5 bulan yang di peruntukkan untuk menyiapkan kerja kursus pada tahun sebelumnya. Berfikiran positif lah pelajar-pelajar. Guru-guru mata pelajaran pasti akan sedia membantu.  

Untuk Panduan Calon PT3 2014 - Sukacita teacher drafkan contoh/cara untuk menghasilkan Laporan PT3 -  MATA PELAJARAN GEOGRAFI
CONTOH :TUGASAN PT3 2014 : KAJIAN KES TENTANG KEJADIAN/ISU PENCEMARAN UDARA



Nama Sekolah   :

Nama                    :

No. KP                  :

Tingkatan            :

Tugasan               : Kajian Kes Tentang Pencemaran Udara Di Paka

MARKAH

Bil
Kriteria
Skor
Catatan
1
Perancangan:
1. Jadual Kerja
2. Pengagihan Kerja
10
2
Proses Awal:
1. Jadual Kerja
2. Pengagihan Kerja
3. Objektif kajian Kes
4. Kaedah Kajian Kes
20
3
Proses Akhir:
1. Laporan Akhir
70
JUMLAH
100


JADUAL KERJA/PENGAGIHAN KERJA

HARI
TARIKH
PENGAGIHAN KERJA/AKTIVITI
CATATAN
1 (Selasa)
1 Julai 2014
1. Terima Soalan dan Panduan Rubrik pelaksanaan Kajian Kes : Pencemaran Alam Sekitar-Udara
2. Taklimat secara umum tentang cara pelaksanaan kajian kes oleh Cikgu Mohd Maulana Bin Tawang
3. Membuat catatan hasil penerangan guru
4. Bertanya dan berbincang dengan guru subjek cara pelaksanaan dengan lebih terperinci
2 (Rabu)
2 Julai 2014
1. Mencari dan mengumpul maklumat dan data.
2. Menghasilkan Borang Soal Selidik
Rujukan Internet
3 (Khamis)
3 Julai 2014
1. Mengedarkan Borang Soal Selidik kepada responden
2. Mengumpul dan menyusun data
3. Membuat analisa daripada data yang diberikan oleh responden
20 Responden
Membuat draf Jadual dan Graf Bar Mudah

Pelajar-pelajar perlu buat catatan sepertimana aktiviti yang telah pelajar jalankan....sehinggalah pelajar menghantar Laporan Kajian Kes masing-masing kepada guru mata pelajaran.

Wednesday, July 2, 2014

It Has Been A While....

Assalamualaikum and Salam Ramadhan.

It has been almost two years that I left the blog untouched, unupdated....but no worries. I'm practically all and about.