My Other Half and My Jewels

Friday, July 4, 2014

PT3-2014 (Objektif dan Kaedah Kajian)

Ini merupakan contoh penulisan bahagian Objektif dan Kaedah kajian Kes. Pelajar-pelajar adalah diingatkan untuk tidak menyalin terus dari penulisan ini. hasil kerja setiap pelajar haruslah ASLI.

OBJEKTIF KAJIAN KES

                Adalah diharapkan dengan terhasilnya laporan kajian kes ini, objektifobjektif di bawah ini dapat dicapai:-

1.            Mengenal pasti konsep dan takrifan pencemaran udara.
2.            Mengenal pasti dan menerangkan faktor atau punca kejadian pencemaran udara di Paka.
3.            Menyenarai dan menerangkan kesan kejadian pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar
               di Paka.
4.            Memberikan cadangan langkah-langkah mengurangkan pencemaran udara di Paka.

KAEDAH KAJIAN KES

                Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya menyiapkan laporan Kajian Kes Pencemaran Udara di Paka ini. Diantara kaedah-kaedah yang saya gunakan ialah:-

1.            Kaedah Rujukan Internet
                Dengan kemudahan internet yang ada di rumah dan di sekolah saya, saya dapat melayari beberapa laman web yang berkaitan dengan pencemaran udara. Di antara laman web yang saya layari ialah……………..(pelajar-pelajar boleh lah menulis nama sesawang atau nama laman web yang telah di layari. Peringatan: nama sesawang atau nama laman web mestilah benar bukan rekaan semata-mata)

2.            Kaedah Temubual
                Saya telah menyenaraikan beberapa soalan berkatian dengan pencemaran di dalam borang temubual. Saya dengan beberapa orang kawan saya telah menemubual penduduk di kawasan perumahan berdekatan iaitu Perumahan Taman Uda Murni Perdana untuk mendapatkan pendapat mereka tentang langkah-langkah untuk mengatasi masalah pencemarah udara di Paka. (Sila tulis nama responden yang telah ditemubual di bahagian Rujukan…..)

3.            Kaedah Rujukan Akhbar
                Sila buat penulisan dengan mengambil kira fakta, huraian dan contoh.....




1 comment: