My Other Half and My Jewels

Wednesday, May 30, 2012

Kerja Kursus Geografi PMR 2012 - Part 3

Ini adalah sumbangan tcer yang terakhir untuk membantu anak didik tce menyiapkan kerja kursus Geografi tahun ini. Anak didik yang tcer tidak berkesempatan ajar pun di izinkan buat rujukan. Akan tetapi sila rujuk guru matapelajaran masing-masing juga.....kerana mungkin pendekatan guru lain mungkin berbeza.....

Andai kata ada juga pelajar2 dari sekolah lain yang terrrrrtengok blog tcer ni....no problem, silalah buat rujukan namum biarlah ada mematuhi adat "blogger". Jangan lah dicopy dan paste begitu saje ye.....at least acknowledge lah tuan punya blog dalam kerja kursus masing-masing.....All the best, semoga kerja kursus masing-masing memenuhi semua kriteria yang dikehendaki dan dapat skor yang terbaik....

BAHAN GRAFIK

Bina sekurang-kurangnya dua bahan grafik yang berlainan.
Sekiranya melukis graf atau carta pai, jadual mesti disertakan.
Bahan Grafik perlu dipersembahkan dalan aspek kajian yang berkenaan dan perlu berkaitan dengan kaedah kajian



LAMPIRAN

Sertakan empat bahan/lampiran atau lebih. Contoh:-

Surat Makluman menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KBT) 2012
Surat Pengenalan Diri Pelajar
Surat Kebenaran Untuk Melawat/ Menemuramah dan Mendapatkan Bahan Sumber
Surat Kebenararan Ibubapa
Borang Soal Selidik
Bahan bercetak daripada cetakan internet, surat khabar, majalah


RUJUKAN

Tulis tiga rujukan atau lebih dengan format penulisan yang betul. Sila rujuk cara penulisan rujukan yang betul di dalam buku teks tingkatan 1, 2 atau 3.

Contoh penulisan:-

Internet


Buku Teks

Chong Mui Sen, Dr Azizan Bin Hj. Abu Samah, 2002. Geografi Tingkatan 1: Penerbit Sasbadi Sdn Bhd.

Orang Sumber (mesti 3 orang atau lebih)

Puan Mas Ayu Ros Aida Binti Haron, 50 Tahun, No. 7689, Taman Paka Seri Baiduri, 23100 Paka

Kerja Kursus Geografi PMR 2012 -Part 2


So macamana? Dah ada idea macamana nak mulakan penulisan kerja kursus Geografi?? Tcer harap dengan adanya "Kerja Kursus Geografi PMR 2012" di post tcer yang lalu dapat membantu semua untuk siapkan tugasan yang diberi. Hmmm kerana tcer sayang semua anak didik tcer maka jeng3............dipersilakan untuk rujuk contoh dapatan kajian di bawah.......

8.1 Konsep dan Jenis Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka
Menurut Laman Wikipedia di alamat http://ms.wikipedia.org/wiki/Peruncitan Peruncitan ialah penjualan barang atau dagangan dari sesuatu tempat yang tetap atau menerusi pos, dalam kumpulan atau longgok yang kecil untuk penggunaan pembeli. Tempat tetap boleh merupakan kedai serbaneka, butik, atau gerai, dengan tempat tetap itu boleh terletak di tepi jalan kawasan kediaman; di jalan membeli-belah yang tidak mempunyai banyak atau langsung tidak mempunyai rumah kediaman yang berhampiran; atau kawasan membeli-belah.
Manakala Pasar Malam pula ditakrifkan sebagai konsep pasar atau bazaar yang perniagaannya dimulakan pada waktu petang sehingga kepada waktu malam. Ia merupakan sejenis pasar jalanan yang terdapat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang biasanya berada di kawasan perumahan.
Di Pasar Malam Pusat Niaga Paka terdapat pelbagai gerai mudah alih, yang menjual barang-barangan seperti makanan dan hasil tani seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan barangan basah yang lain. Barangan lain seperti permainan, perkakasan, baju dan sebagainya ada dijual. Ia menarik banyak orang mengunjunginya kerana harga barangan yang berpatutan. Pasar malam di Pusat Niaga Paka hanya dibuka semalam sahaja dalam seminggu iaitu pada setiap hari Rabu bermula kira-kira jam 4 petang hingga pukul 10.00 malam.

8.2 Kepentingan Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka
Terdapat banyak kepentingan yang memberi manafaat kepada bukan sahaja peniaga malah kepada pengguna atau pengunjung Pasar Malam di Pusat Niaga Paka. Di antara kepentingan yang saya telah kenal pasti ialah perniagaan runcit pasar malam ini menyediakan peluang pekerjaan, membekalkan barangan segar, memudahkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan serta memudahkan penduduk tempatan membeli barangan keperluan.

Menyediakan Peluang Pekerjaan
Kepentingan yang pertama yang saya kenal pasti dengan adanya pasar malam di Pusat Niaga Paka ialah ia dapat menyediakan peluang pekerjaan. Dengan adanya perniagaan runcit pasar malam ini, penduduk setempat dapat bekerja sebagai penjual ikan, pembantu di gerai pakaian malah sebagai pemandu lori yang membekalkan ‘ais-kiub’ kepada pemilik gerai-gerai minuman.

Membekalkan Barangan Segar

Memudahkan Penduduk Tempatan Memasarkan Barangan

Memudahkan Penduduk Tempatan Membeli Barangan Keperluan

Huraikan lebih lanjut

8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka
Di antara faktor-faktor yang telah dikenal pasti yang mempengaruhi kegiatan perniagaan runcit – pasar malam di Pusat Niaga Paka ialah faktor governan, pasaran tempatan, darjah ketersampaian dan kesesuaian waktu berniaga.

Governan
Faktor governan telah menggalakkan kewujudan pasar malam di Pusat Niaga Paka ini. Pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Dungun (MDM) yang terletak di bandar Dungun telah menyediakan tapak yang sesuai untuk peniaga menjalankan aktiviti perniagaan pasar malam. Tapak pasar malam di Pusat Niaga Paka ini pada hari-hari biasa merupakan tapak letak kereta yang luas dan telah disewakan kepada peniaga-peniaga pasar malam pada setiap hari Rabu.

Pasaran Tempatan
Darjah Ketersampaian
Kesesuaian Waktu Berniaga

8.4 Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka
Walaupun aktiviti perniagaan runcit pasar malam didapati memberi kepentingan dan keuntungan kepada peniaga serta pengunjung namun terdapat juga beberapa kesan negatif yang ketara. Daripada borang soal selidik saya mendapati, diantara kesan negatif perniagaan runcit pasar malam di Pusat Niaga Paka ialah lambakan sampah sarap, kesesakan lalu lintas, harga tanpa kawalan dan juga wabak penyakit.

Lambakan Sampah Sarap
Kesan negatif yang ketara akibat dari aktiviti pasar malam di Pusat Niaga Paka ialah terdapat lambakan sampah sarap terutamanya selepas aktiviti perniagaan runcit pasar malam tamat. Daripada pemerhatian yang saya telah lakukan, terdapat banyak gelas-gelas plastik bekas minuman dibuang merata-rata tempat. Terdapat juga longgokan sayur-sayuran yang layu dan buruk disekitar tapak gerai menjual sayur-sayuran. Situasi yang sama juga dapat diperhatikan di sekitar gerai menjual buah-buahan. Para pengunjung serta peniaga sepatutnya bersama-sama mengamalkan sikap menjaga kebersihan sekitar tapak pasar agar ia lebih bersih dan selesa dikunjungi.

Kesesakan Lalu Lintas, Harga Tanpa Kawalan.Wabak Penyakit
8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka

Bagi mengurangkan kesan negatif dari aktiviti perniagaan runcit pasara malam di Pusat Niaga Paka, berikut ialah beberapa cadangan yang mungkin dapat diguna pakai iaitu pertama menyediakan kemudahan asas, kedua menguatkuasakan undang-undang dan ketiga pemeriksaan kesihatan terhadap peniaga.

Menyediakan Kemudahan Asas

Bagi mengelak berlakunya lambakan sampah sarap di sekitar pasar malam di Pusat Niaga Paka, Majlis Perbandaran Dungun (MDM) disarankan menyediakan tong-tong sampah di sekitar pasar malam. Ini akan memudahkan para peniaga dan juga pengunjung membuang sampah.

Peringatan Penting:-
i.Ini merupakan contoh dapatan kajian mengikut aspek-aspek yang dikehendaki sahaja.
ii.Sila rujuk kriteria penskoran aspek 8.1 – 8.5 untuk mengetahui kriteria yang diperlukan untuk markah maksimum.
iii.Markah tidak diberi jika tiada huraian aspek. 

Saturday, May 26, 2012

Kerja Kursus Geografi PMR 2012 - Part 1

Cuti sekolah pertengahan tahun telah bermula. Namun demikian, pelajar-pelajar tcer sekalian pasti sibuk memenuhi masa dengan kerja2 cuti terancang yang dibekalkan oleh cikgu2, menghadiri tusiyen, tak lupa pergi rumah orang kenduri dan sebagainya....

Kali ni, tcer tak bekalkan soalan2 cuti terancang untuk disiapkan...tapi tak bermakna tiada "hadiah percutian". Untuk semua pelajar tcer di kelas 3 Cekal dan 3 KRK 1, sukacita di lampirkan di sini rangka Kerja Kursus untuk tajuk tugasan kedua iaitu Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka, Dungun Terengganu.

Besar harapan tcer agar anak-anak didik tcer dapat manafaatkan cuti ini untuk menyiapkan tugasan wajib ini.



TUGASAN 2 : PERNIAGAAN RUNCIT PASAR MALAM DI PUSAT NIAGA PAKA,  PAKA, DUNGUN TERENGGANU

            Jika bertaip mesti menggunakan Kertas Size A4, font Times New Roman, Saiz font 12
dengan langkau (line spacing) 2.0

  1. TAJUK
Contoh:-
“Perniagaan runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka, Paka, Dungun, Terengganu”


  1. SENARAI KANDUNGAN

Contoh:-

Bil
Perkara/Butiran
Halaman

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Penghargaan
Pendahuluan
Objektif Kajian
Kawasan Kajian
Kaedah Kajian
Dapatan Kajian
Rumusan
Lampiran
Rujukan



  1. Penghargaan

Contoh:-

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya maka saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi (KKG) 23/2 dengan baik. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua SMK Paka, ________________________________________ kerana memberi kebenaran untuk menyiapkan kerja kursus ini.       
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru pembimbing saya iaitu _____________________________________yang sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan sepanjang saya menyiapkan kerja kursus saya tahun ini.
Selain itu penghargaan ditujukan khas kepada kedua-dua ibubapa saya iaitu …………………………………..dan ……………………………..kerana memberi sokongan dari segi nasihat, tunjuk ajar dan kewangan.
Tidak lupa kepada rakan-rakan saya iaitu…………………….., …………………, dan ………………… kerana sudi berkongsi idea dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk  Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka, Paka, Dungun Terengganu.
Akhir sekali ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara lansung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan memenuhi semua kehendak tugasan.



  1. PENDAHULUAN
Setelah berbincang dengan guru subjek serta bertanyakan pendapat rakan-rakan
sekelas saya telah mengambil keputusan untuk menjalankan KGT berkaitan Tugasan 2. Tajuk tugasan saya ialah Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka, Paka, Dungun, Terengganu. Saya memilih tajuk ini adalah kerana pasar malam di Pusat Niaga Paka merupakan tempat tumpuan penduduk tempatan dan sekitarnya untuk mendapatkan bekalan bahan mentah dan keperluan seharian. Selain daripada itu, pasar mala mini berdekatan dengan kediaman saya. Ini akan meudahkan saya untuk membuat pemerhatian dan menjalankan aktiviti soal selidik. Saya telah mula menjalankan tanggungjawab untuk menyiapkan tugasan ini bermula dari bulan Februari sehingga bulan ……………………… iaitu selama ………………………………………………..

  1. OBJEKTIF KAJIAN

Diantara objektif yang ingin dicapai melalui kajian tentang Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka  ini adalah:-
i. Mentakrifkan konsep dan jenis perniagaan runcit pasar malam
ii.Menerangkan kepentingan perniagaan runcit pasar malam
iii.Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit pasar malam
iv.Mengenal pasti kesan negatif perniagaan runcit pasar malam
v.Mencadangkan cara mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit pasar malam
vi.Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

  1. KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Pusat Niaga Paka. Pusat Niaga Paka terletak di tengah-tengah pekan Paka kira-kira 25 km dari Bandar Dungun dan kira-kira 100 km dari ibu negeri Terengganu iaitu Kuala Terengganu. Sekiranya di ukur kedudukannya dengan sekolah saya, ia terletak di Utara Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, berhamipran dengan Balai Posli Paka dan Masjid Jamek Paka. Pada asalnya Pusat Niaga Paka ini adalah merupakan kawasan petempatan keluarga nelayan tradisonal. Namun kini ia telah menjadi pusat tumpuan penduduk kerana terdapat banyak bangunan-bangunan perniagaan, klinik, restoran, bank, kedai runcit, kedai buku dan lain-lain premis yang menyediakan kemudahan kepada penduduk pada satu tempat tanpa perlu bergerak jauh. Secara fizikal, Pusat Niaga Paka ini terletak di dataran pantai yang luas dan rata bertentangan dengan Laut China Selatan.

(Peta Daerah disediakan manakala Peta Kawasan Kajian yang tepat dan lengkap perlu dilakar sendiri)

  1. KAEDAH KAJIAN

Sila rujuk bahagian Kaedah Kajian dalam contoh KGT dalam buku teks Tingkatan 1, 2 dan 3)