My Other Half and My Jewels

Wednesday, May 30, 2012

Kerja Kursus Geografi PMR 2012 -Part 2


So macamana? Dah ada idea macamana nak mulakan penulisan kerja kursus Geografi?? Tcer harap dengan adanya "Kerja Kursus Geografi PMR 2012" di post tcer yang lalu dapat membantu semua untuk siapkan tugasan yang diberi. Hmmm kerana tcer sayang semua anak didik tcer maka jeng3............dipersilakan untuk rujuk contoh dapatan kajian di bawah.......

8.1 Konsep dan Jenis Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka
Menurut Laman Wikipedia di alamat http://ms.wikipedia.org/wiki/Peruncitan Peruncitan ialah penjualan barang atau dagangan dari sesuatu tempat yang tetap atau menerusi pos, dalam kumpulan atau longgok yang kecil untuk penggunaan pembeli. Tempat tetap boleh merupakan kedai serbaneka, butik, atau gerai, dengan tempat tetap itu boleh terletak di tepi jalan kawasan kediaman; di jalan membeli-belah yang tidak mempunyai banyak atau langsung tidak mempunyai rumah kediaman yang berhampiran; atau kawasan membeli-belah.
Manakala Pasar Malam pula ditakrifkan sebagai konsep pasar atau bazaar yang perniagaannya dimulakan pada waktu petang sehingga kepada waktu malam. Ia merupakan sejenis pasar jalanan yang terdapat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang biasanya berada di kawasan perumahan.
Di Pasar Malam Pusat Niaga Paka terdapat pelbagai gerai mudah alih, yang menjual barang-barangan seperti makanan dan hasil tani seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan barangan basah yang lain. Barangan lain seperti permainan, perkakasan, baju dan sebagainya ada dijual. Ia menarik banyak orang mengunjunginya kerana harga barangan yang berpatutan. Pasar malam di Pusat Niaga Paka hanya dibuka semalam sahaja dalam seminggu iaitu pada setiap hari Rabu bermula kira-kira jam 4 petang hingga pukul 10.00 malam.

8.2 Kepentingan Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka
Terdapat banyak kepentingan yang memberi manafaat kepada bukan sahaja peniaga malah kepada pengguna atau pengunjung Pasar Malam di Pusat Niaga Paka. Di antara kepentingan yang saya telah kenal pasti ialah perniagaan runcit pasar malam ini menyediakan peluang pekerjaan, membekalkan barangan segar, memudahkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan serta memudahkan penduduk tempatan membeli barangan keperluan.

Menyediakan Peluang Pekerjaan
Kepentingan yang pertama yang saya kenal pasti dengan adanya pasar malam di Pusat Niaga Paka ialah ia dapat menyediakan peluang pekerjaan. Dengan adanya perniagaan runcit pasar malam ini, penduduk setempat dapat bekerja sebagai penjual ikan, pembantu di gerai pakaian malah sebagai pemandu lori yang membekalkan ‘ais-kiub’ kepada pemilik gerai-gerai minuman.

Membekalkan Barangan Segar

Memudahkan Penduduk Tempatan Memasarkan Barangan

Memudahkan Penduduk Tempatan Membeli Barangan Keperluan

Huraikan lebih lanjut

8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka
Di antara faktor-faktor yang telah dikenal pasti yang mempengaruhi kegiatan perniagaan runcit – pasar malam di Pusat Niaga Paka ialah faktor governan, pasaran tempatan, darjah ketersampaian dan kesesuaian waktu berniaga.

Governan
Faktor governan telah menggalakkan kewujudan pasar malam di Pusat Niaga Paka ini. Pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Dungun (MDM) yang terletak di bandar Dungun telah menyediakan tapak yang sesuai untuk peniaga menjalankan aktiviti perniagaan pasar malam. Tapak pasar malam di Pusat Niaga Paka ini pada hari-hari biasa merupakan tapak letak kereta yang luas dan telah disewakan kepada peniaga-peniaga pasar malam pada setiap hari Rabu.

Pasaran Tempatan
Darjah Ketersampaian
Kesesuaian Waktu Berniaga

8.4 Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka
Walaupun aktiviti perniagaan runcit pasar malam didapati memberi kepentingan dan keuntungan kepada peniaga serta pengunjung namun terdapat juga beberapa kesan negatif yang ketara. Daripada borang soal selidik saya mendapati, diantara kesan negatif perniagaan runcit pasar malam di Pusat Niaga Paka ialah lambakan sampah sarap, kesesakan lalu lintas, harga tanpa kawalan dan juga wabak penyakit.

Lambakan Sampah Sarap
Kesan negatif yang ketara akibat dari aktiviti pasar malam di Pusat Niaga Paka ialah terdapat lambakan sampah sarap terutamanya selepas aktiviti perniagaan runcit pasar malam tamat. Daripada pemerhatian yang saya telah lakukan, terdapat banyak gelas-gelas plastik bekas minuman dibuang merata-rata tempat. Terdapat juga longgokan sayur-sayuran yang layu dan buruk disekitar tapak gerai menjual sayur-sayuran. Situasi yang sama juga dapat diperhatikan di sekitar gerai menjual buah-buahan. Para pengunjung serta peniaga sepatutnya bersama-sama mengamalkan sikap menjaga kebersihan sekitar tapak pasar agar ia lebih bersih dan selesa dikunjungi.

Kesesakan Lalu Lintas, Harga Tanpa Kawalan.Wabak Penyakit
8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka

Bagi mengurangkan kesan negatif dari aktiviti perniagaan runcit pasara malam di Pusat Niaga Paka, berikut ialah beberapa cadangan yang mungkin dapat diguna pakai iaitu pertama menyediakan kemudahan asas, kedua menguatkuasakan undang-undang dan ketiga pemeriksaan kesihatan terhadap peniaga.

Menyediakan Kemudahan Asas

Bagi mengelak berlakunya lambakan sampah sarap di sekitar pasar malam di Pusat Niaga Paka, Majlis Perbandaran Dungun (MDM) disarankan menyediakan tong-tong sampah di sekitar pasar malam. Ini akan memudahkan para peniaga dan juga pengunjung membuang sampah.

Peringatan Penting:-
i.Ini merupakan contoh dapatan kajian mengikut aspek-aspek yang dikehendaki sahaja.
ii.Sila rujuk kriteria penskoran aspek 8.1 – 8.5 untuk mengetahui kriteria yang diperlukan untuk markah maksimum.
iii.Markah tidak diberi jika tiada huraian aspek. 

No comments:

Post a Comment