My Other Half and My Jewels

Friday, October 7, 2011

A week after 40

     Alhamdulillah, Allah SWT (dengan kekuasaan dan zatnya) telah mengizinkan saya menghirup udara di bumiNya ini for the 40th year of my life.
     Jumaat lepas, genap 40 tahun menumpang hidup di bumi Allah yang cukup sempurna. Bermula dari 0, menjadi 10, kemudian bertambah menjadi 20. 10 tahun seterusnya menjadi 30 dan dalam suka duka, tangis dan tawa......angka besar 40 telah menjengah.
     Ramai wanita gentar dengan angka 40. Mungkin perkataan tua dah semakin relevant dengan diri kita bila mencecah 40-an. Waktu lewat 30-an, bila pergi kedai atau ke pasar malam terutamanya....adik2 yang menjual tu kadang panggil kita "Kak", mungkin masa tu pakai lawa sikit. Hati bangga....senyum manjang kita. Kadang-kadang depa panggil "Makcik"! Huh??? Nampak tua sangat dah ke? Mungkin masa tu kita tak sempat nak pakai bedak kot....hahahahaha.
     Kita orang perempuan ni memang alahan dengan perkataan "TUA", tapi itulah hakikat yang kita kena terima. Saya sendiri, rasanya agak bersedia untuk memasuki era 40-an ni. Kalau ikut kata2 orang cabaran tu makin banyak. Fizikal memanglah nampak ketara sangat2 dah. Kalau dulu (zaman 20-an), body maintain below 50kg....makan lah banyak mana pun, badan takde lah mengembang sangat. Bila dah kawin dan beranak sorang, alahai.....badan makin lah berubah. Bila dah anak dua, takyah ceritalah.....jarum penimbang mencecah 67 kg.
     Dari segi emosi.....macam-macam adalah. Kawin umur 25 tahun. Setahun kemudian dapat baby -Maisarah namanya. 2 tahun kemudian, dapat lagi satu, diberi nama Aimi Dalila. Emosi time ni taklah terganggu, Allah berikan anak-anak yang tidak banyak meragam. Sikit-sikit tu adalah, especially bila hubby kerja malam time shutdown kilang2 Petronas (FYI: hubby bukan staff Petronas-walaupun masa belajar dia tu Petronas yang taja. Kerja dengan kontraktor oil & gas je), balik lewat sampai kadang pukul 2, 3 pagi.
     Masuk umur 30, anak2 dah mula masuk tadika-kemudian masuk sekolah.....dah start rasa dah ketensionannya. Nak hantar anak pergi sekolah, balik sekolah....nak tengokkan kerja sekolah anak....nak siap rumahtangga (tak pernah ada pembantu rumah.....rimas ada orang lain kat rumah). Hubby time tu asyik kerja-kerja-kerja. Tanggungjawab di tempat kerja -sekolah- pun dah semakin banyak. Maklumlah semakin senoir - semakin banyaklah tugas yang org bagi. Sering jugaklah anak2 kena marah.....Kadang-kadang ditegur suami....asyik membebel je....Termalu jugak....coz suami hubby memang jenis tak pandai marah.
    Bila dah pertengahan dan lewat 30-an, anak2 pun dah besar....dah pandai bawak diri masing, dah tahu apa yang patut dan tak patut dibuat. Jadi, tak banyak masalah yang timbul. Kepala tak delah berat berfikir. Mungkin juga umur pun dah semakin meningkat, dan yang paling utama Allah SWT dah renjiskan ketenangan dalam jiwa. Perlahan-lahan, cuba dalami ilmu2 agama. Belajar ayat-ayat dan zikir-zikir yang boleh membantu. Terima kasih buat sahabat saya yang dikasihi Puan Hajjah Norlaila Binti Muda kerana banyak membantu saya ketika saya diambang kedukaan yang amat sangat pada suatu ketika.
     Pada umur 40 tahun, sesungguh hati saya mempercayai ayat-ayat Allah SWT di dalam Al-Quran mampu membantu kita dalam menempuhi segala rintangan yang datang terutama tatkala jiwa dan minda kita terganggu. Pada umur 40 tahun ini juga dengan sedikit ilmu dunia dan akhirat yang telah dipelajari dan masih dipelajari, saya redha dengan segala perubahan fizikal dan mental yang Allah SWT rencanakan. Pada umur 40 tahun ini saya amat mensyukuri nikmat dan rezeki yang dikurniakan Allah SWT ke atas saya sekeluarga. Doa dan harapan sentiasa dipanjatkan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. Semoga Allah kurniakan jagi 40 tahun yang mendatang.




Selamat Berjuang!

     Khamis 29 September 2011 merupakan hari terakhir pengajaran dan pembelajaran secara formal di dalam kelas bagi saya sebagai seorang guru dan juga bagi anak2 didik saya di 3 KRK 3 dan 3 Dinamik. Hanya tinggal 4 hari lagi sebelum anak2 didik saya menempuh peperiksaan Penilaian Menengah Rendah bagi tahun 2011. PMR bermula pada 4hb September - 6hb September dan disambung semula pada 10-11hb September 2011.
     Selama 9 bulan proses P & P berlaku samada secara formal atau tidak, terasa seperti tempoh itu tidak cukup untuk menyediakan anak2 pelajar untuk PMR ini. Naluri seorang guru merasakan masih ada tips dan juga penduan yang ingin disampaikan. Masih teringin untuk mengulang jawab soalan2 trial dari negeri2 lain sebagai latihan2 pengayaan. Namun demikian, manakan mungkin kita dapat memperlahankan atau mengundur masa.......
     Pelbagai pendekatan dan cara yang telah dibuat samada oleh pihak sekolah, PPD malah JPNT. Telah banyak slot2 motivasi diri, kem2 akademik, jadual2 anjal, ujian2 bersepadu yang telah dilaksanakan. Yang tinggal sekarang ialah daya tahan anak2 pelajar sendiri untuk membawa diri melangkah ke dewan peperiksaan apabila tiba waktunya nanti.
     Sebagai seorang guru, apa yang tinggal ialah meredhakan ilmu yang diajar. Tiba masanya untuk merelakan anak2 murid menggunakan segala ilmu yang dicurahkan dengan harapan, ilmu yang sekadar dipinjam dari Allah Taala ini dapat membantu kalian sewaktu bertarung sepanjang peperiksaan berlangsung.
     Buat anak-anak didik di kelas 3KRK3 dan 3 Dinamik......do your very best. Teacher doakan kejayaan dan kecemerlangan dalam PMR. Maafkan tcer andai ada salah dan silap dari segi perbuatan, perkataan sepanjang urusan tcer di dalam kelas atau di luar kelas. It is my pleasure to teach you all. Keriangan, kemesraan, kelucuan, kemarahan, ketensionan dan segala ke......an yang kita lalui bersama sewaktu proses P & P sepanjang tahun ini akan menjadi kenangan yang tidak akan tcer lupakan.

SELAMAT BERJUANG ALL......

Memoir bersama anak-anak pelajar PMR 2011

With my girls of 3KRK3....will be missing you gals.

My 3KRK3 kids....always makes my day.

During last class session


Khusyuk menjawab last test - MARA Trial 2011

Two of my quiet girls....Raidah and Zulaikha.

My adorable Abang Long.....good luck!

Sessi bacaan Yasin....daily activity

Ustaz Fauzi , salah seorang imam untuk Solat Hajat

Tidak membazir masa.....walau di mana pun

Cik Aleza bersama 3KRK2

Time out !

Study, study, study.......