My Other Half and My Jewels

Tuesday, November 13, 2012

Menghitung Hari Lagi.....

Tahun 2011...asyiiiiiiiiik menghitung hari...sebanyak mana keringat mengalir, sejumlah mana ayaq mata yang tumpah...(basah lencun lengan baju, hujung tudung), semembebel mana mulut2 yang berbicara hahahaha.....

Ni nak menghitung hari pulak....demi adinda bongsu yang akhirnya dipermudahkan lah harapnya urusan nikah kawinnya pada 23 Nov 2012 - akad nikah , 24 Nov 2012 - majlis berarok dan 27 Nov 2012 majlis menyambut menantu.....

So....segala urusan kerja adalah dengan ini ditangguhkan sehingga 30 Nov 2012. hehehe saja declare, kot2 la kengkawan, sahabat handai, opis mate...bosses....ada nk calling2 suruh buat kerja jarak jauh sempena cuti sekolah ni....harap maklum ye...starting esok, 15 Nov 2012 (SALAM MAAL HIJRAH - sambutlah tahun baru Islam dengan penuh keinsafan....peringatan untuk diri sendiri!) saya akan berada di Kampung Belukar, Pulai Chondong, Kelate...(mungkin sukar untuk dihubungi sebab faktor kekampungan dan wayar internet yang selalu dicuri.)

Jumpa di post yang selanjutnya , Insya Allah....edisi khas Nikoh Kawen Sir Roduz....


  1. Photo: Hand bouquet n Blinky.....
    Hand Bouquet dah siap......amacam Blinky, comei dok???








Thank you blogwalkez......

Dah 6 bulan tak jengok blog. Tak sempat dek non.... So, first of nk ucap timo kaseh pd semua blogwalkers coz sudi menjengok2 blog yg tak seberapa ni. Blog saya tak de particular issue yang nk di ketengahkan. Just a simple memories for my kids besok2 bila besar.

So, saya have no comments on isu2 cgu nak mintak naik gaji, cikgu mengomel pasal pbs yang tak leh siap2 lagi coz line lembab, cgu komplen apasal tak naik2 pangkat atau gred DG48 and bal..bla...bla... Saya juga have no comments on artis itu artis ini....pasukan bola lagi la tak tau... apa yg rasa nk tulis maka tertulis lah...

ALL IN ALL kali ni just Thank You pada semua yg sudi jengok2 and Thank You pada tuan2 blog yang sy singgah...(sekarang ni sangat into membuat bungaan dr crepe paper....hehehe ada mission besar. Thank you3 tuan-tuan blog yang berkaitan ye...)

Thank You Thank You Thank You Thank 
You Thank You Thank You Thank You 
Thank You

Saturday, June 30, 2012

Finally.....Here Come RUMUSAN

Semua dan selesai ya....bagus2...
And finally teacher lampirkan contoh penulisan RUMUSAN...
Jangan copy sebijik2 .... coz mungkin dapatan anak2 didik teacher sekalian tak sama dengan apa yang teacher tulis ni....
Secara ringkasnya bila menulis rumusan....sertakan semua isi-isi penting bagi setiap dapatan kajian 8.1 hingga  8.5.

For your eyes........


RUMUSAN

            Daripada dapatan kajian, saya dapat mengenal pasti bahawa konsep perniagaan runcit pasar malam ialah perniagaan runcit kecil-kecilan dijalankan pada waktu petang hingga malam yang terdiri daripada gerai-gerai mudah alih menjual barang-barang keperluan seharian dari barangan segar hinggalah kepada menjual makanan dan minuman, pakaian dan lain-lain.
Terdapat banyak kepentingan yang memberi manafaat kepada bukan sahaja peniaga malah kepada pengguna atau pengunjung Pasar Malam di Pusat Niaga Paka. Di antara kepentingan yang saya telah kenal pasti ialah perniagaan runcit pasar malam ini menyediakan peluang pekerjaan, membekalkan barangan segar, memudahkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan serta memudahkan penduduk tempatan membeli barangan keperluan.
Di antara faktor-faktor yang telah dikenal pasti yang mempengaruhi kegiatan perniagaan runcit – pasar malam di Pusat Niaga Paka ialah ___________, ___________________, _______________ dan _________________.
Walaupun aktiviti perniagaan runcit pasar malam didapati memberi kepentingan dan keuntungan kepada peniaga serta pengunjung namun terdapat juga beberapa kesan negatif yang ketara. Di antara kesan negatif perniagaan runcit pasar malam di Pusat Niaga Paka ialah pencemaran sampah sarap, ___________, ___________, dan ________________
Bagi mengurangkan kesan negatif dari aktiviti perniagaan runcit pasara malam di Pusat Niaga Paka, berikut ialah beberapa cadangan yang mungkin dapat diguna pakai iaitu ________, ______________ dan ____________________
 Semua pihak yang terlibat baik Pihak Berkuasa Tempatan – Majlis Perbandaran Dungun, para peniaga serta pengguna perlu bersama-sama bekerjasama mengambil tanggungjawab untuk bersama-sama memastikan aktiviti perniagaan runcit pasar malam di Pusat Niaga Paka dapat berjalan dengan baik dan lancar tanpa menyusahkan mana-mana pihak.

Thursday, June 7, 2012

PETA Lakar Kawasan Kajian

Salam boys & girls, PMR candidates,

Suka tcer ingatkan, apabila buka sekolah nanti pasti guru2 matapelajaran masing2 akan mula memungut hasil kerja kursus. Jangan lengah2 kan urusan penghantaran. Daripada pengalaman tcer tahun2 lepas....apabila tarikh pemarkahan online semakin hampir maka akan berlaku lah kejadian kerja kursus hilang, kawan pinjam tak pulang balik dan paling banyak.....hasil kerja kursus kita telah dicetak rompak. Alangkah malangnya bila penat lelah selama berbulan2 diciplak kawan sebegitu saja.... 

Peringatan penting...bahagian Kawasan Kajian : PETA LAKAR mesti dilakar. Maksudnya mesti dilukis mengikut skala yang betul. Macamana nak buat? Pening? Well, MUDAH saja. Paling mudah download GOOGLEEARTH ke dalam laptop @ desktop masing2. Then search saja nama Kawasan Kajian. PRINT dan tekap saje. Ukuran PETA mesti lebih kurang 3/4 kertas A4. Bahagian petunjuk 1/4 kertas A4. 

 Jangan lupa PETA yang lengkap mesti mengandungi:- 
1. Tajuk 
2. Petunjuk 
3. Tanda arah mata angin 
4. Skala 
5. Bingkai @ pemidang 

Harap maklumat ini dapat membantu. 

(PETA kedudukan Kawasan Kajian dalam daerah....boleh di ambil dari mana2 sumber asalkan 5 syarat diatas dipenuhi)

Wednesday, May 30, 2012

Kerja Kursus Geografi PMR 2012 - Part 3

Ini adalah sumbangan tcer yang terakhir untuk membantu anak didik tce menyiapkan kerja kursus Geografi tahun ini. Anak didik yang tcer tidak berkesempatan ajar pun di izinkan buat rujukan. Akan tetapi sila rujuk guru matapelajaran masing-masing juga.....kerana mungkin pendekatan guru lain mungkin berbeza.....

Andai kata ada juga pelajar2 dari sekolah lain yang terrrrrtengok blog tcer ni....no problem, silalah buat rujukan namum biarlah ada mematuhi adat "blogger". Jangan lah dicopy dan paste begitu saje ye.....at least acknowledge lah tuan punya blog dalam kerja kursus masing-masing.....All the best, semoga kerja kursus masing-masing memenuhi semua kriteria yang dikehendaki dan dapat skor yang terbaik....

BAHAN GRAFIK

Bina sekurang-kurangnya dua bahan grafik yang berlainan.
Sekiranya melukis graf atau carta pai, jadual mesti disertakan.
Bahan Grafik perlu dipersembahkan dalan aspek kajian yang berkenaan dan perlu berkaitan dengan kaedah kajian



LAMPIRAN

Sertakan empat bahan/lampiran atau lebih. Contoh:-

Surat Makluman menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KBT) 2012
Surat Pengenalan Diri Pelajar
Surat Kebenaran Untuk Melawat/ Menemuramah dan Mendapatkan Bahan Sumber
Surat Kebenararan Ibubapa
Borang Soal Selidik
Bahan bercetak daripada cetakan internet, surat khabar, majalah


RUJUKAN

Tulis tiga rujukan atau lebih dengan format penulisan yang betul. Sila rujuk cara penulisan rujukan yang betul di dalam buku teks tingkatan 1, 2 atau 3.

Contoh penulisan:-

Internet


Buku Teks

Chong Mui Sen, Dr Azizan Bin Hj. Abu Samah, 2002. Geografi Tingkatan 1: Penerbit Sasbadi Sdn Bhd.

Orang Sumber (mesti 3 orang atau lebih)

Puan Mas Ayu Ros Aida Binti Haron, 50 Tahun, No. 7689, Taman Paka Seri Baiduri, 23100 Paka

Kerja Kursus Geografi PMR 2012 -Part 2


So macamana? Dah ada idea macamana nak mulakan penulisan kerja kursus Geografi?? Tcer harap dengan adanya "Kerja Kursus Geografi PMR 2012" di post tcer yang lalu dapat membantu semua untuk siapkan tugasan yang diberi. Hmmm kerana tcer sayang semua anak didik tcer maka jeng3............dipersilakan untuk rujuk contoh dapatan kajian di bawah.......

8.1 Konsep dan Jenis Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka
Menurut Laman Wikipedia di alamat http://ms.wikipedia.org/wiki/Peruncitan Peruncitan ialah penjualan barang atau dagangan dari sesuatu tempat yang tetap atau menerusi pos, dalam kumpulan atau longgok yang kecil untuk penggunaan pembeli. Tempat tetap boleh merupakan kedai serbaneka, butik, atau gerai, dengan tempat tetap itu boleh terletak di tepi jalan kawasan kediaman; di jalan membeli-belah yang tidak mempunyai banyak atau langsung tidak mempunyai rumah kediaman yang berhampiran; atau kawasan membeli-belah.
Manakala Pasar Malam pula ditakrifkan sebagai konsep pasar atau bazaar yang perniagaannya dimulakan pada waktu petang sehingga kepada waktu malam. Ia merupakan sejenis pasar jalanan yang terdapat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang biasanya berada di kawasan perumahan.
Di Pasar Malam Pusat Niaga Paka terdapat pelbagai gerai mudah alih, yang menjual barang-barangan seperti makanan dan hasil tani seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan barangan basah yang lain. Barangan lain seperti permainan, perkakasan, baju dan sebagainya ada dijual. Ia menarik banyak orang mengunjunginya kerana harga barangan yang berpatutan. Pasar malam di Pusat Niaga Paka hanya dibuka semalam sahaja dalam seminggu iaitu pada setiap hari Rabu bermula kira-kira jam 4 petang hingga pukul 10.00 malam.

8.2 Kepentingan Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka
Terdapat banyak kepentingan yang memberi manafaat kepada bukan sahaja peniaga malah kepada pengguna atau pengunjung Pasar Malam di Pusat Niaga Paka. Di antara kepentingan yang saya telah kenal pasti ialah perniagaan runcit pasar malam ini menyediakan peluang pekerjaan, membekalkan barangan segar, memudahkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan serta memudahkan penduduk tempatan membeli barangan keperluan.

Menyediakan Peluang Pekerjaan
Kepentingan yang pertama yang saya kenal pasti dengan adanya pasar malam di Pusat Niaga Paka ialah ia dapat menyediakan peluang pekerjaan. Dengan adanya perniagaan runcit pasar malam ini, penduduk setempat dapat bekerja sebagai penjual ikan, pembantu di gerai pakaian malah sebagai pemandu lori yang membekalkan ‘ais-kiub’ kepada pemilik gerai-gerai minuman.

Membekalkan Barangan Segar

Memudahkan Penduduk Tempatan Memasarkan Barangan

Memudahkan Penduduk Tempatan Membeli Barangan Keperluan

Huraikan lebih lanjut

8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka
Di antara faktor-faktor yang telah dikenal pasti yang mempengaruhi kegiatan perniagaan runcit – pasar malam di Pusat Niaga Paka ialah faktor governan, pasaran tempatan, darjah ketersampaian dan kesesuaian waktu berniaga.

Governan
Faktor governan telah menggalakkan kewujudan pasar malam di Pusat Niaga Paka ini. Pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Dungun (MDM) yang terletak di bandar Dungun telah menyediakan tapak yang sesuai untuk peniaga menjalankan aktiviti perniagaan pasar malam. Tapak pasar malam di Pusat Niaga Paka ini pada hari-hari biasa merupakan tapak letak kereta yang luas dan telah disewakan kepada peniaga-peniaga pasar malam pada setiap hari Rabu.

Pasaran Tempatan
Darjah Ketersampaian
Kesesuaian Waktu Berniaga

8.4 Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka
Walaupun aktiviti perniagaan runcit pasar malam didapati memberi kepentingan dan keuntungan kepada peniaga serta pengunjung namun terdapat juga beberapa kesan negatif yang ketara. Daripada borang soal selidik saya mendapati, diantara kesan negatif perniagaan runcit pasar malam di Pusat Niaga Paka ialah lambakan sampah sarap, kesesakan lalu lintas, harga tanpa kawalan dan juga wabak penyakit.

Lambakan Sampah Sarap
Kesan negatif yang ketara akibat dari aktiviti pasar malam di Pusat Niaga Paka ialah terdapat lambakan sampah sarap terutamanya selepas aktiviti perniagaan runcit pasar malam tamat. Daripada pemerhatian yang saya telah lakukan, terdapat banyak gelas-gelas plastik bekas minuman dibuang merata-rata tempat. Terdapat juga longgokan sayur-sayuran yang layu dan buruk disekitar tapak gerai menjual sayur-sayuran. Situasi yang sama juga dapat diperhatikan di sekitar gerai menjual buah-buahan. Para pengunjung serta peniaga sepatutnya bersama-sama mengamalkan sikap menjaga kebersihan sekitar tapak pasar agar ia lebih bersih dan selesa dikunjungi.

Kesesakan Lalu Lintas, Harga Tanpa Kawalan.Wabak Penyakit
8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka

Bagi mengurangkan kesan negatif dari aktiviti perniagaan runcit pasara malam di Pusat Niaga Paka, berikut ialah beberapa cadangan yang mungkin dapat diguna pakai iaitu pertama menyediakan kemudahan asas, kedua menguatkuasakan undang-undang dan ketiga pemeriksaan kesihatan terhadap peniaga.

Menyediakan Kemudahan Asas

Bagi mengelak berlakunya lambakan sampah sarap di sekitar pasar malam di Pusat Niaga Paka, Majlis Perbandaran Dungun (MDM) disarankan menyediakan tong-tong sampah di sekitar pasar malam. Ini akan memudahkan para peniaga dan juga pengunjung membuang sampah.

Peringatan Penting:-
i.Ini merupakan contoh dapatan kajian mengikut aspek-aspek yang dikehendaki sahaja.
ii.Sila rujuk kriteria penskoran aspek 8.1 – 8.5 untuk mengetahui kriteria yang diperlukan untuk markah maksimum.
iii.Markah tidak diberi jika tiada huraian aspek. 

Saturday, May 26, 2012

Kerja Kursus Geografi PMR 2012 - Part 1

Cuti sekolah pertengahan tahun telah bermula. Namun demikian, pelajar-pelajar tcer sekalian pasti sibuk memenuhi masa dengan kerja2 cuti terancang yang dibekalkan oleh cikgu2, menghadiri tusiyen, tak lupa pergi rumah orang kenduri dan sebagainya....

Kali ni, tcer tak bekalkan soalan2 cuti terancang untuk disiapkan...tapi tak bermakna tiada "hadiah percutian". Untuk semua pelajar tcer di kelas 3 Cekal dan 3 KRK 1, sukacita di lampirkan di sini rangka Kerja Kursus untuk tajuk tugasan kedua iaitu Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka, Dungun Terengganu.

Besar harapan tcer agar anak-anak didik tcer dapat manafaatkan cuti ini untuk menyiapkan tugasan wajib ini.



TUGASAN 2 : PERNIAGAAN RUNCIT PASAR MALAM DI PUSAT NIAGA PAKA,  PAKA, DUNGUN TERENGGANU

            Jika bertaip mesti menggunakan Kertas Size A4, font Times New Roman, Saiz font 12
dengan langkau (line spacing) 2.0

  1. TAJUK
Contoh:-
“Perniagaan runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka, Paka, Dungun, Terengganu”


  1. SENARAI KANDUNGAN

Contoh:-

Bil
Perkara/Butiran
Halaman

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Penghargaan
Pendahuluan
Objektif Kajian
Kawasan Kajian
Kaedah Kajian
Dapatan Kajian
Rumusan
Lampiran
Rujukan



  1. Penghargaan

Contoh:-

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya maka saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi (KKG) 23/2 dengan baik. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua SMK Paka, ________________________________________ kerana memberi kebenaran untuk menyiapkan kerja kursus ini.       
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru pembimbing saya iaitu _____________________________________yang sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan sepanjang saya menyiapkan kerja kursus saya tahun ini.
Selain itu penghargaan ditujukan khas kepada kedua-dua ibubapa saya iaitu …………………………………..dan ……………………………..kerana memberi sokongan dari segi nasihat, tunjuk ajar dan kewangan.
Tidak lupa kepada rakan-rakan saya iaitu…………………….., …………………, dan ………………… kerana sudi berkongsi idea dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk  Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka, Paka, Dungun Terengganu.
Akhir sekali ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara lansung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan memenuhi semua kehendak tugasan.



  1. PENDAHULUAN
Setelah berbincang dengan guru subjek serta bertanyakan pendapat rakan-rakan
sekelas saya telah mengambil keputusan untuk menjalankan KGT berkaitan Tugasan 2. Tajuk tugasan saya ialah Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka, Paka, Dungun, Terengganu. Saya memilih tajuk ini adalah kerana pasar malam di Pusat Niaga Paka merupakan tempat tumpuan penduduk tempatan dan sekitarnya untuk mendapatkan bekalan bahan mentah dan keperluan seharian. Selain daripada itu, pasar mala mini berdekatan dengan kediaman saya. Ini akan meudahkan saya untuk membuat pemerhatian dan menjalankan aktiviti soal selidik. Saya telah mula menjalankan tanggungjawab untuk menyiapkan tugasan ini bermula dari bulan Februari sehingga bulan ……………………… iaitu selama ………………………………………………..

  1. OBJEKTIF KAJIAN

Diantara objektif yang ingin dicapai melalui kajian tentang Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pusat Niaga Paka  ini adalah:-
i. Mentakrifkan konsep dan jenis perniagaan runcit pasar malam
ii.Menerangkan kepentingan perniagaan runcit pasar malam
iii.Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit pasar malam
iv.Mengenal pasti kesan negatif perniagaan runcit pasar malam
v.Mencadangkan cara mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit pasar malam
vi.Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

  1. KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Pusat Niaga Paka. Pusat Niaga Paka terletak di tengah-tengah pekan Paka kira-kira 25 km dari Bandar Dungun dan kira-kira 100 km dari ibu negeri Terengganu iaitu Kuala Terengganu. Sekiranya di ukur kedudukannya dengan sekolah saya, ia terletak di Utara Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, berhamipran dengan Balai Posli Paka dan Masjid Jamek Paka. Pada asalnya Pusat Niaga Paka ini adalah merupakan kawasan petempatan keluarga nelayan tradisonal. Namun kini ia telah menjadi pusat tumpuan penduduk kerana terdapat banyak bangunan-bangunan perniagaan, klinik, restoran, bank, kedai runcit, kedai buku dan lain-lain premis yang menyediakan kemudahan kepada penduduk pada satu tempat tanpa perlu bergerak jauh. Secara fizikal, Pusat Niaga Paka ini terletak di dataran pantai yang luas dan rata bertentangan dengan Laut China Selatan.

(Peta Daerah disediakan manakala Peta Kawasan Kajian yang tepat dan lengkap perlu dilakar sendiri)

  1. KAEDAH KAJIAN

Sila rujuk bahagian Kaedah Kajian dalam contoh KGT dalam buku teks Tingkatan 1, 2 dan 3)

Monday, April 16, 2012

Dia......(sebuah coretan peribadi)

     Mula mengenali diri beliau hampir 15 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1997. Waktu itu saya baru setahun jagung berkhidmat di SMK Paka. Belum sah lantikan pun lagi. Ketika itu saya mengajar di sebelah petang. Rookie lagi katakan....Kedatangan beliau ke SMK Paka dengan gelaran Guru Pakar atau Guru Cemerlang Subjek Biologi. Jarang sekali waktu itu ada guru yang layak dilantik sebagai guru pakar.
     Perwatakan beliau sangat serius....jalan sentiasa tegap (masih lagi tegap pada umurnya sekarang), setiap tutur kata sentiasa bernas dan tegas.Banyak ilmu kependidikan. Memang saya secara peribadi sangat kagum dengan beliau. Saya lahir tahun 1971,beliau lahir 1956.....perbezaan umur 15 tahun. Namun beliau tidak pernah menjadikan usia sebagai penghalang. Sikap ramah beliau sangat ketara. Cuma sebagai orang baru dalam bidang pendidikan ketika itu, saya merasa amat kerdil .....berbanding dengan beliau.
     Saya selalu datang awal ke sekolah. Walaupun sekolah bermula 1.20 petang ketika itu, seawal pukul 12 atau 12.30 tengahari saya dah ada di sekolah. Waktu tu belum pandai bawa kereta sendiri. Minta tolong jiran untuk hantar, jadi kena awal.....jiran punya banyak urusan lewat tengahari. Bila sampai sekolah, selalu terserempak dengan beliau di kantin. Pernah suatu ketika....riuh bercerita pasal masak lemak cili api. Orang ni cerita pasal resipi dia, orang tu cerita pasal resipi dia....tiba-tiba beliau mencelah "Kak Sal kalau masak lemak cili api, masuk bawang merah....orang melaka tak letak bawang putih...." baru la saya tau rupanya beliau orang Melaka....
     Ilmu yang paling berguna yang saya perolehi dari beliau ialah ilmu pendekatan pembelajaran dalam p & p. Sehingga hari ini saya masih ingat kemahiran-kemahiran yang perlu diterapkan kepada pelajar semasa p & p. Sempat juga menimba ilmu sewaktu Kursus Dalam Perkhidmatan yang dianjurkan oleh sekolah ketika itu. Ketika itulah baru faham pendekatan-pendekatan KBKK, Pembelajaran Masteri, Pembelajaran Konstruktif dan lain-lain. Cara penyampaian beliau sangat jelas dan sangat mudah difahami.
     Khidmat beliau di SMK Paka ketika itu tidak lama kerana beliau berpindah ke SMK Sultan Omar. Sesekali bila beliau datang ke SMK Paka untuk mesyuarat, taklimat memang riuh mulut menegur. Macam kenal lama.
     Tidak sangka tahun 2012 saya dipertemukan lagi dengan beliau. Kali ini datangnya beliau sebagai Pengetua Cemerlang DG54. Pada awalnya hati berdebar juga....resah memikirkan apakah beliau masih sama seperti dulu. Apakah dengan jawatan hebat beliau sekarang, keramahan beliau akan terbatas. Kawan-kawan ada bertanya bagaimana dengan Pengetua baru nanti.....garang tak? Macam-macam persoalan bermain di kepala.
     Setelah kedatangan beliau pada tanggal 26 hb Februari 2012....semua persoalan telahpun terjawab. Bila lihat beliau menguntum senyum dari jauh, hati saya berkata....dia  masih seperti dulu....Seluruh warga SMK Paka menyambut kedatangan beliau dengan hati yang terbuka dan kami merasa amat bangga kerana bertuah menerima seorang tokoh pendidik seperti beliau. Namun, kami dikejutkan apabila tidak sampai 2 bulan berkhidmat di bumi Paka, beliau akan kembali ke kampung halaman beliau di Merlimau, Melaka setelah beliau menghabiskan hayat perkhidmatan perguruan selama 27 tahun di bumi Terengganu Darul Iman.
     Allah telah merencanakan kami (warga SMK Paka) akan kehilangan seorang Pengetua yang berkepimpinan dan bijaksana. Saya secara peribadi akan kehilangan seorang ketua jabatan, seorang pembimbing, seorang motivator, seorang kakak dan lebih-lebih lagi seorang sahabat....(airmata dah bergenang...).
     Buat Puan Hajjah Salmah Binti Mohd Tahar (Kal Sal), jasamu akan tetap saya kenang buat selamanya. Jutaan terima kasih dari hati atas segala tunjuk ajar dan nasihat. Perpisahan kali ini saya anggap bukan buat selamanya. Andai Allah izinkan pasti kita akan bertemu lagi. Semoga selamat kembali ke kampung halaman. Selamat meneruskan perkhidmatan di sekolah yang baru. Semoga hubungan silaturrahim antara kita tidak akan putus. Selamat keberangkatan........

Teman sepermainan di tengah laman,
Pakat bersama menunggang kuda,
Tautan kasih sepanjang zaman,
Sisihkan sengketa kiranya ada.

Tumbang punggur akar pun sekah,
Terkejut burung sedang makan,
Tersalah tutur tersilap tingkah,
Ampun dan maaf kami dambakan.

Pohon mempelam lebat berbuah,
Gugur sebiji di tepi tangga,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
diizin Allah berjumpa jua.

Friday, March 23, 2012

Resipi Untuk Tok Na

Tok Na cayang....hari ni saya masak resipi yang campak2. Cam biasa la.....kot-kot nak cuba masak untuk Tok Ki Lan....

Vermicelli dgn Sos Campak2...hehehe

3/4 bungkus vermicelli (beli kat Tunas manja)
Kalau tak dok vermicelli boleh guna spaghetti, angel hair....ikut citarasalah
Rebus je lah....tambah minyak dan garam sikit dalam air rebusan tu, supaya tak melekat.

Sos:-
Bahan 1
2 biji bawang besar
2 biji tomato (buang bijik)
2 batang seleri
Dadukan kecik2....

Bahan 2
2 batang frankfurter Ayamas ( yang rasa black pepper)- cincang halus
Isi Udang (hari ni beli kat Tunas Manja, besar2 - RM 10.00 dapat 13 ekor ....saya potong kecik2. Kalau nak letak sekor2 pun tk pe)

Bahan 3
1 botol sos spaghetti Kimball

Nak masak camana?

1. Tumis bawang sampai masak, masukkan seleri dan tomato.
2. Masukkan frankfurter yang dan di cincang.
3. Tuang sos spaghetti dan kacau hingga mendidih baru masuk udang.
4. Masukkan air kalau pekat sangat dan garam secukup rasa.
5. Masaklah hingga mendidih.
6. Dah masak apa lagi.....ajak lah Tok Ki Lan jamu selera.......