My Other Half and My Jewels

Saturday, May 7, 2011

My Mother And I

My Mother and I

     Semua orang cakap, mak diorang lah yang paling special......but not me. My mother is not that special. Dia hanya orang kampung, anak kedua dari 3 orang adik-beradik. Sekolah tak tinggi, hanya sampai darjah 5 sahaja. Pernah hidup zaman pemerintahan Jepun, zaman pemerintahan British. Dia berada di Stadium Merdeka ketika detik Kemerdekaan Negara.
     What I can say about my mother is...dia suka membebel, kedekut sangat-sangat orangnya, sangat berkira, apa yang dia kata itu adalah arahan, no kompromi.....Ini semua tanggapan saya ketika di zaman persekolahan. Zaman remaja....ketika itu belum bijak berfikir. Tapi sekarang....bila difikir-fikirkan, kalau mak tak membebel dulu, kalau mak tak sekedekut dulu, kalau mak tidak menjadi diktator dulu....harus saya tidak akan jadi seorang insan seperti sekarang.
     Mak memebebel dulu kerana saya terkenal dengan sifat degil. Suka melawan cakap, suka buat mak naik darah. Mak menjadi kedekut kerana dia perlu berjimat, duit yang abah bagi setiap bulan (30 % dari gaji abah je...70% lagi untuk family kedua abah) memang hanya cukup-cukup makan saja. Mak menjadi diktator kerana seingat saya dialah yang menjadi ibu dan dialah juga yang menjadi ayah semasa membesarkan saya. Dia perlu bijak menentukan haluan hidup saya adik-beradik. Tugas yang bukan calang-calang orang mampu melakukannya.


3 Generation

     Mak saya bukan orang yang special seperti mak orang lain......tapi Mak saya seorang yang Super Special! Tiada Mak yang lain yang dapat menggantikan tempatnya......TERIMA KASIH MA!

No comments:

Post a Comment