My Other Half and My Jewels

Tuesday, July 19, 2011

Tiada Lagi Kidungmu

     Pagi Isnin 18hb Julai 2011, saya dan rakan sekerja di Sekolah Menengah Kebangsaan Paka dikejutkan dengan berita yang kami sama sekali tidak sangka. Tuan Haji Mohd Azli Bin Husain, rakan sekerja yang kami yang dikasihi telah kembali ke rahmatullah.
     Air mata yang mengalir pada saat menerima berita daripada Puan Hajah Khalifah Rahayu memang tidak dapat ditahan lagi. Tidak lagi hirau akan orang sekeliling, anggota badan saya bagaikan lumpuh.....Bagaikan tidak percaya kerana pada minggu lepas arwah seperti biasa arwah nampak sangat ceria. Mulutnya sentiasa riuh bila berada di kantin...."Nok belli!"....kata2 yang sentiasa dilaungkan apabila berada di kantin. Pasti ada potongan baris2 lagu yang dinyanyikan apabila masuk ke pejabat sekolah.
     Baru saja berceloteh dengan pelajar 4 Falah tentang arwah pada hari ahad lepas. Mereka bercerita tentang keseronokan belajar matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewargaan dengan arwah. Mereka gemar bila arwah berjenaka di dalam kelas.
     Namun itulah yang telah ditakdirkan dan direncanakan oleh Allah SWT. Kita yang masih lagi diberi peluang menghirup udara di muka bumi Allah ini harus mengambil peluang untuk memperbaiki diri dan bersedia untuk menghadapi 'masa' kita nanti.
     Sekalung Al-Fatihah untuk arwah. Doa dan harapan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. Kepada isteri, anak2, sanak saudara serta sahabat handai arwah, tabahlah menghadapi ketentuan Illahi.

Untuk tatapan semua, foto-foto Allayarham Tuan Haji Mohd Azli Bin Husain.






Kami akan merindui senyuman manis Tuan.....


AL- FATIHAH.

3 comments:

  1. Al-Fatihah untuk mantan guru saya di SMK Sandakan, Sandakan, Sabah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

    ReplyDelete
  2. Sejak kembali dari Sabah beliau ditempatkan di SMK Sultan Omar. Saya bersma dengan beliau beberapa tahun kemudianya beliau ditukar ke SMK Paka. Tahun 2007 saya di tukar ke sana bersama dengan beliau sehingga saya bersara.Hampir 15 tahun kami bersama. Banyak peristiwa dan kisah yang tak dapat dilupakan. Beliau sering juga bertandan ke rumah saya walau pun sekejap kerana tidak berapa jauh dari tempat tinggal beliau.

    ReplyDelete
  3. Kami di SMK Paka dedikasikan bacaan yassin kami pada roh arwah hari ini. Terbayang wajah arwah di atas pentas. Airmata saya masih tidak kering merindui Arwah Hj Azli.

    ReplyDelete