My Other Half and My Jewels

Friday, September 23, 2011

Ramadhan & Post Ramadhan (A.K.A Syawal)

     Dah lama tidak menjengah, ruang masa perlu diisi dengan perkara yang lebih utama (tugasan di rumah - as you all know lah, di sekolah - anak murid nak Trial Exam PMR, dan yang major- anak bongsu nak UPSR).

     Alhamdulillah, Allah yang Maha Kuasa masih panjangkan umur hambaNya ini.Yang paling disyukuri, Allah masih lagi memberi peluang untuk menyempurnakan ibadah puasa pada umur yang tidak beberapa hari ni akan genap 40 tahun. Tahun ni sempat berjemaah fardhu Isyak dan sunat Tarawih di Surau Hidayah @ lebih dikenali Surau (Arwah) Pok Bakor. Namun terkilan sebab tidak sempat mengenali siapa dia Pok Bakor walau bertahun duduk di Paka kerana arwah telah kembali ke rahmatullah sebelum tamat Ramadhan. Sekalung Al- Fatihah untuk arwah.

     Syawal tahun ni disambut di kampung halaman suami nun di hujung semenanjung belah utara, Perlis Indera Kayangan. Tapi, sebelum balik rumah mak/ayah mertua mesti nak berbuka dan sahur dengan mak sendiri dulu. Sempat la spend masa di Mache, Kelate bersama mak, kakak, adik dan anak2 sedara menshopping kat KB Mall, mencari juadah berbuka puasa di Pasar Ramadhan Mache - (gulai kawah gunung berapi yang kaw!), mencuci mata di Ariani Tanah Merah....seronok....

Isyy, apahal plak ni?


Senyum nampak!

Rupanya ada ole-ole dari Dato' Seri sempena raya
Samperit. nyum nyum

Merdeka Raya

     Balik Perlis pun seronok juga ( paling seronok rasanya dalam tempoh 15 tahun). Di sambut oleh wakil2 MB Perlis di sempadan. Dapat ler rasa kuih samperit dan baulu Perlis. Dapat gak beras 5 kilo. Jejak je kaki di Kangar, terus ke Pasar Ramadhan dekat Stadium Kangaq. Alahai.....musim hujan la pulak ramadhan dan raya tahun ni. Tak pe....hujan air je. Pusing satu round, dua round...tu dia! Dah penuh jari bimbit plastik. Nasi ganja wajib. Cari Nasi Kadaq Jalal-alamak tak bukak la. Tak pe, apa-apa pun boleh. Laksa Kuala Perlis pun mesti nak ada.....uuuimakaiiih! Memang perlu kesabaran kalau ke pasar ramadhan. Tak kira mana tempat pun.


     Rumah mak mentua riuh jugak tahun ni dek keletah anak2 sedara dari Putrajaya. Jumpa depa semua Raya tahun lepas masa depa bertandang ke rumah di Kelate. Dah besar belaka dah. Dulu semua diam-diam je. Kali ni huisyyyy riuh.....terutama si kecik comel Aisyah. Ada je yang nak dicelotehkan. Kalau malam, selagi tak tutup lampu...mulut dia asyik bunyi je. (Mak Ngah Rindu Aisyah lah.....)


Aisyah yang comei...








                            Bahagian masak-memasak untuk juadah pagi raya memang bukan kita punya department la..... Dan makanya, Gee (biras yg bongsu) dan Amen (ipar yang bongsu) masak-memasak lah nasi tomato, gulai daging dan ayam masak merah yang nyum nyum nyum sedapnya. Thank you. Hari raya apa lagi...kerjanya makan, makan dan tidor....Raya kedua, huh....cari nasik ganja kat market. Tu dia.... beratoq panjang oooooooo. Petang pi pekena laksa ngan cucuq udang kat Restoren Nelayan Kuala Perlis. Tak raya ka apa depa ni....raya kedua dah bukak kedai.

Agenda Raya Kedua



Ikan Bakar Kuala Perlis

Cucuq Udang Kuala Perlis

Laksa Restoren Nelayan Kuala Perlis
        
     Raya tahun ni tak boleh lama-lama, Aimi nak UPSR. Seminggu cuti sekolah dan raya dan merdeka. Lepas seminggu battle untuk anak menjelang UPSR. Kawan2 anak nak datang raya, anak2 murid di sekolah merengek nak datang raya kat rumah. Sorry lah ya. terpaksa ditutup rumah sehingga selepas UPSR. Memang kena concentrate untuk anak je....Anak lebih penting dari segalanya.

SELAMAT HARI RAYA!!!!

(Ole-ole dari Tebing Tinggi, Kangar
-cuba le tengok, ada tak kat tempat korang bende2 gini??)

Yang ni, sure semua ada

Yang ni pun.....

Yang ini, mungkin lebih banyak daripada ni

Ihik, ihik.....dah bertahun tak jumpa, korang ada tak?

Tu dia......sebesar tapak tangan! Harus tak ada di negeri lain.

Yang ini, tuan  puan ialah..........

Cuba teka apa?

Di siat-siat, di potong-potong

Macam lemang......tapi bukan lemang.......jeng jeng jeng
sila beri jawapan yang tepat



No comments:

Post a Comment