Maka, pada suatu hari yang agak ok cuacanya, pergilah kami sekeluarga beramai-ramai ( 4 orang je) ke Bukit Bauk. Tak jauh pun, dalam 15 km dari rumah. Semangat tinggi nak panjat Bukit Bauk. Anak-anak ready tumbler air dari malam lagi.
Sesampainya di kaki Bukit Bauk, warm up lah sikit-sikit then mula lah kami menyusuri laluan ke atas. Boleh tahan jugak nih. Anak-anak awalnya sangat excited....tapi tak sampai 15 minit, yang si kakak dah nuuuuun jauh di belakang. Terpaksa lah si abah memberhentikan langkah. Adik nampak ok lagi nih. Kaki si ummi pun boleh tahan jugak lagi. Thank you to the F2 Gintell Fitness Formula yang ada kat rumah. Walaupun bukan selalu guna tp at least membantu daya tahan jugak lah.
Mula-mula jumpa ini |
Alamak! |
Cool je angin kat atas ni |
Kesian kakak..... |
Sampai di pencawang pertama, anak-anak dah tak nak ikut naik lagi. So, saya and hubby try naik lagi. Makin hebat cabarannya. Cuba jugak panjat slow-slow hingga ke pencawang kedua. Jumpa 3, 4 orang bekas anak murid. Hmmm...kat mana-manapun akan jumpa jugak. Dua tiga orang daki bukit dengan mountain bike..huh salute lah. Try nak panjat hingga ke puncak. Tapi memang terlalu curam dakiannya. Naik tak sampai 20 langkah....huh memang tak sanggup lah. Hubby je terus nauk ke atas, Saya turun slow-slow sampai ke tempat anak2 yang sedang menunggu.
Agaknya kalau selalu naik dan jadikan aktiviti mingguan, mungkin boleh sampai ke puncak. Ramai yang saya jumpa datang dengan group. Siap dengan baju kelab lagi. Malaysian sekarang ni dah tinggi tahap 'health conscious'nya. Lagipun aktiviti rekreasi macam ni free. Boleh spend masa dengan family-good quality time. Boleh jugak tengok alam semula jadi.
About one and a half hour later..........apa lagi, breakfast di Pak Mat KT lah.......spending quality time jugak!
yan br je g pg td 4 d 1st time ... mmg best asyik dgr org crita je kan ... alhamdulillah blh naik sampai atas setakat pencawang besar tu je lah ... plg steady najmi ... hanan orait je ni kali ke 2 dia naik .. plg kesian iman mmg nampak letih sgt ... lainkali kt wat g ramai2 orait gak
ReplyDelete