My Other Half and My Jewels

Thursday, December 1, 2011

Dan Saat Itu Tiba Jua


     Suasana petang tadi hening, namun demikian kami tetap jua menceriakan suasana agar tidak terasa sangat kesayuan di dalam diri masing-masing. Kak Suriana, Sabarina dan saya sendiri sepeti yang semua maklum....tidak dapat menahan air mata dari menitis. Kami amat merasai permergian Ayahanda Tuan Pengetua.
     Ayahanda yang tidak menunjukkan kesedihan pada awal jam 3.00 petang. Staff di pejabat sibuk membantu Ayahanda dalam urusan serahan tugasan akhir. Rakan baik Ayahanda, Pak Mat serta isteri Kak Ti. sudi menjenguk Ayahanda di pejabat. Hmmm....sempat menyikat rambut lagi Ayahanda ketika itu. Katanya, mana tau kot terjatuh rambut sehelai boleh menjadi ingat pada semua orang. Senyuman dan hilai tawa sentiasa terukir di bibir.
     Sekitar jam 3.15 petang, Ayahanda Tuan Pengetua menjemput barisan pengurusan sekolah untuk ke bilik beliau untuk urusan serahan tugas. Pesanan demi pesanan di titipkan bagi memudahkan urusan selepas ketiadaan beliau nanti. Hati mula merasa sayu. Sekejap saya keluar untuk menenangkan diri, sekejap saya masuk. Bukan lah saya ini sebahagian daripada barisan pengurusan tetapi saya merasakan perlu berada di situ untuk merakamkan saat-saat akhir Ayahanda bersama pengurusan. Air mata tumpah jua tatkala Ayahanda Pengetua tenang melangkah keluar dari biliknya.
     Tepat jam 3.45 petang, Ayahanda secara rasminya telah bersara dari bidang pendidikan yang amat dicintainya. Air mata bagai tidak dapat ditahan lagi tatkala mendengar pesanan akhir Ayahanda Pengetua dalam nada yang tersekat-sekat menahan sebak kepada staff dan guru yang ada. Menitis jua airmata Ayahanda di ketika itu.
     Sebelum meninggalkan sekolah, Ayahanda En. Arrifin B. Mohammad sempat minum petang bersama AJK MGK 2011, staff, YDP PIBG- Ayahanda Hj Taha B. Ngah serta beberapa org guru yang hadir utnuk besama2 beliau buat kali terakhir.
     Secara peribadi, saya sudah menganggap Ayahanda sebagai ayah. Secara profesional, saya memang sangat berbesar hati untuk berkhidmat di bawah pengurusan Ayahanada sebagai Pengetua Cemerlang. Segala tunjuk ajar, nasihat dan pengalaman sepanjang berkhidmat bersama beliau pasti akan saya guna untuk memperbaiki diri sebagai seorang muslim dan sebagai seorang pendidik.
     Setelah selesai 4 siri majlis keraian sempena persaraan Ayahanda Pengetua, saya merasakan tertunai sudah janji saya pada semua guru dan kakitangan terutamanya pada diri saya sendiri dan AJK MGK 2011, lebih2 lagi janji saya kepada Ayahanda Pengetua untuk menjadikan majlis-majlis tersebut sebagai kenangan abadi buat kita semua. Terima kasih untuk kesekian kali......

Pantun Buat Pengetua:
(Petikan dari Photobook-Persaraan)

Terbang sekawan burung kenari,
Turun berempat di dahan berangan,
Budimu tuan, kukuh di sanubari,
Sejauh hayat jadi kenangan.

Pisau raut bertatah suasa,
Pecah mangkuk tergesel kuali,
Kalau diikut kehendak rasa,
Mahu dipujuk tuan kembali.

Ayam berkokok berkali-kali,
Berkicau jua si merbah jambul,
Meski dipujuk tuan kembali,
Apatah daya takkan termakbul.



















    


No comments:

Post a Comment