Ini merupakan contoh penulisan bahagian Objektif dan Kaedah kajian Kes. Pelajar-pelajar adalah diingatkan untuk tidak menyalin terus dari penulisan ini. hasil kerja setiap pelajar haruslah ASLI.
OBJEKTIF KAJIAN KES
Adalah
diharapkan dengan terhasilnya laporan kajian kes ini, objektifobjektif di bawah
ini dapat dicapai:-
1. Mengenal
pasti konsep dan takrifan pencemaran udara.
2. Mengenal
pasti dan menerangkan faktor atau punca kejadian pencemaran udara di Paka.
3. Menyenarai
dan menerangkan kesan kejadian pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar
di Paka.
4. Memberikan
cadangan langkah-langkah mengurangkan pencemaran udara di Paka.
KAEDAH KAJIAN KES
Saya
telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya
menyiapkan laporan Kajian Kes Pencemaran Udara di Paka ini. Diantara
kaedah-kaedah yang saya gunakan ialah:-
1. Kaedah
Rujukan Internet
Dengan
kemudahan internet yang ada di rumah dan di sekolah saya, saya dapat melayari
beberapa laman web yang berkaitan dengan pencemaran udara. Di antara laman web
yang saya layari ialah……………..(pelajar-pelajar boleh lah menulis nama sesawang
atau nama laman web yang telah di layari. Peringatan: nama sesawang atau nama
laman web mestilah benar bukan rekaan semata-mata)
2. Kaedah
Temubual
Saya
telah menyenaraikan beberapa soalan berkatian dengan pencemaran di dalam borang
temubual. Saya dengan beberapa orang kawan saya telah menemubual penduduk di
kawasan perumahan berdekatan iaitu Perumahan Taman Uda Murni Perdana untuk
mendapatkan pendapat mereka tentang langkah-langkah untuk mengatasi masalah
pencemarah udara di Paka. (Sila tulis nama responden yang telah ditemubual di
bahagian Rujukan…..)
Sila buat penulisan dengan mengambil kira fakta, huraian dan contoh.....