My Other Half and My Jewels

Friday, March 18, 2011

Here Comes MR SATURDAY..!!

     In a blink of eyes....cuti yang 9 hari dah sampai ke penghujungnya. Cepatnya masa berlalu. Pada awal cuti rasa macam huh bestnya boleh cuti lama sikit instead oh 2 hari je setiap minggu on weekend. (Actually bukannya cuti pun hari Jumaat dan Sabtu, kerja di rumah fuh....banyaknya). Dalam kepala plan macam-macam, nak buat itu nak buat ini. Cadangnya nak turun tengok team volley berlatih, nak update data, nak mark buku comprehension 1 Dinamik, nak settle pasal majlis "tu-tu" (syyyyy......), nak jupa bos, nak itu, nak ini. Itu lah, kalau namanya manusia, macam-macam nak buat....kalaulah ada kuasa "Bionic Woman", kan best.
     However, kena terima kudrat yang Allah beri...jangan melebih-lebih, nanti kita juga yang kena tanggung kesan "ketensionan"nya. Setakat hari ni Alhamdulillah, dapat turun tengok Volleyball Team 2011 trainning sebanyak 3 kali. Cuaca tak mengizinkan...asyik hujan je. Untuk Majlis "Tu-Tu" dah about 60 % kot yang dah berjalan. Terima kasih kepada semua AJK yang sedia menjalankan tugas walaupun dalam masa cuti. Data EMiS dah pun dikemaskini. Hmm ralat - Guru & Kakitangan yang tidak ada No Cukai Pendapatan je, tidak ada dayalah saya nak menolongnya. Hmm pada yang berhajat untuk bertukar, jangan lupa kemaskini data dalam E-Operasi (rujuk http://www.smkpaka.blogspot.com/), ini tidak ada kena mengena dengan tugas GDM.
    Dalam cuti sekolah ni, kerap jugak meneliti laman-laman blog yang di bawah kelolaan rakan2 guru di sekolah. Sempat belajar macamana nak tulis komen di laman blog dari yang di segani Ustaz Zuraihi. Dapat satu ilmu. Ustaz juga dah ajar macamana nak guna Flash Votex dan Chat Box....walau bagaimanapun masih gagal dipraktikkan. Dah tua-tua ni lembab....kena ulang lesson yang sama dengan ustaz nanti. Laman blog Ustaz memang selalu jengah. Laman berkongsi ilmu agama. Nak gi Usrah tak berpeluang, jadi Usrah Online pun jadilah. Tak banyak, sikit ilmu yang dapat.Sempat juga layari blog Piah "Cucu Nenek di Leverpool". Menggamit kenangan zaman dolu-dolu..
    Minggu yang mendatang 2 peristiwa besar bakal berlaku.....Ya Allah, Lancarkan Segala Perancangan Kami. Amin.

No comments:

Post a Comment