My Other Half and My Jewels

Thursday, March 31, 2011

Kasih Disemai Bakti Dituai

Tarikh : 24hb mac 2011
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Seri Gemilang, SMK Paka

     Setelah seminggu berlalu, baru hari ini ada kesempatan untuk mencatat memoir sambutan Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai sempena persaraan mantan Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran SMK Paka, Haji Kamarudin Bin Saman. Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya perjalanan majlis berkenaan berlangsung dengan teratur dan mengikut perancangan.

ATURCARA MAJLIS

10.30 pagi   : Ketibaan dan perarakan yang diraikan dengan menaiki beca (beca
                     dikayuh oleh En. Azlie) dari pagar utama ke Bilik Seri Menanti
10.50 pagi   : Perarakan masuk ke Dewan seri Gemilang
                   : Persembahan silat oleh pelajar (Harith, Kamarul dan Jamilah) dan
                     guru (Cgu Maulana dan Ust Zuraihi)
11.00 pagi   : Hadirin mengambil tempat
11.05 pagi   : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis (Cik Aleza dan Pn Tg Suzanna)

Melati kuntum tumbuh melata
Sayang merbah di pohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara

11.10 pagi   : Bacaan Doa oleh Tn Hj Azmi Bin Muda
11.20 pagi   : Ucapan Wakil Pelajar (Wan Mohd Harith Bin Wan Zarudin)
                   : Ucapan Wakil Guru (memyselfandmasayu)
                   : Ucapan Ayahanda YDP PIBG
                   : Ucapan Tuan Pengetua
11.50 pagi   : Tayangan Slaid dan Video Klip
                   : Bacaan Biodata (oleh Ustaz/Sir Zuraihi)
12.20 tgh    : Ucapan yang dirai
12.40 tgh    : Persembahan sajak oleh Nur Afifah Izati

Bak air mengalir...
Tiba juga kiranya di muara waktu
Di sini kami pasti merindu
Hakikat seorang individu
Guru penolong kanan satu
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu.

1.00 tgh    : Penyampaian Cenderahati
1.20 tgh    : Acara "Surprise" - Sambutan Hari Lahir Yang Dirai yang ke 58 sekaligus dengan
                    Sambutan Ulangtahun Perkahwinan beliau yang ke 33 tahun.
1.30 tgh    : Tamat Acara Di Dewan Seri Gemilang

2.00 ptg   : Majlis Jamuan Makan Tengahari di Rumbia Resort Villa, Paka

     Dengan berkat kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, maka terhasillah satu majlis yang saya kira sangat mesra dan meriah. Kejayaan Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai ini bukan berlaku sekelip mata. Selama lebih dari 2 bulan pihak MGK dan JK Kerja yang lain telah duduk berbincang, merancang, merangka perjalanan majlis agar ia menjadi satu kenangan terindah buat Ayahanda Haji Kamarudin. Seperti semua cikgu2 di Paka tau, Boss kita seorang yang sangat teliti. Berkali-kali masuk mengadap, setiap kali tulah ada saja penambahbaikan yang dicadangkan. Kadang-kadang tak daya nak ngadap sorang2, hmmm terpaksa bawak PA (Kak Norlaila Muda) masuk jumpa Boss. Adakala lidah kelu, otak beku nak berkata-kata. Nasib baiklah ada PA. (Terima kasih daun keladi).

     Crew-crew yang sangat berdedikasi memang best.....Dalam kepoh, dalam riuh semua tugas dapat dilaksanakan dengan tip top. Walaupun kadang-kadang ada mulut yang tersasar kata, bercanggah pendapat, namun demi menjayakan suatu majlis yang julung kali diadakan ini....semua itu rela di"liquid paperkan". Memang ada hati yang terasa, memang ada sebak di dada......tapi alhamdulillah. Semua baik-baik belaka. Namun dalam keadaan begitu ingin juga nak luahkan ada juga antara kita yang buat tak tau je.....tak de la pulak nak bertanya khabar. Hati ada sedikit terkilan.

     Kerja-kerja akhir persiapan dah bermula 2 minggu sebelum cuti sekolah. Thank you lah kerana walaupun dalam cuti pun datang bekerja. Dengan sekali hello je, tak perlu penerangan panjang lebar. Masing-masing dah tau apa yang perlu dilakukan.

Gambar-gambar sebelum majlis:)

Hari-hari terakhir sebagai Pendidik.
 Raptai perarakan (macam YB pulak Sir Solah tu)
 Timbalan Pengerusi MGK menggubah ke...
 Orang kuat di sebalik semua "hantaran" Haji Kamarudin
 Support dari PK Hem (Sir Azman) dan Kontraktor Dewan Makan Asrama (Lili)
 Beca bertuah.....(terima kasih Hakim 3C dan ayah beliau)
Thank you Maulana, tolong angkut beca.
 Still unfinished.....Thank You Scha and Crew. (Dek Jang juga)
for the sponsorship. Satu cara menghargai bekas guru.
 Hero dan mak-mak dara. ooops...ada sorang lg yang belum mak dara....
       SU PIBG (Cikgu Yusop) sentiasa dekat di hati....

     Mungkin orang tak percaya kalau saya cakap, mata tak boleh lelap pada minggu terakhir sebelum majlis berlangsung. Pukul 2 pagi mata terbuka, kelip kelap, kelip kelap, asyik fikir tentang itu ini.Pernah juga menyuarakan pertanyaan pada Boss. "Macamana cikgu handle 4 kenduri yang real? Saya yang nak handle kenduri olok-olok ni pun dah tak tentu hala dah..." Boss jawab....belajar kohor2....

     Makin dekat dengan majlis makin banyak pulak dugaannya....Ya Allah, kuatkan lah semangatku...Teringat hari pergi mencari cenderahati di Pasha Jati. Bertemankan "PA" yang setia, berbekalkan senyuman dan mulut manis, kami berurusniaga dengan taukey Pasha Jati. Lama juga bertawar menawar hinggalah kedengaran azan Asar yang dialunkan oleh Cikgu Yusop dari suraunya....hmm sedapnya suara.....hilang tension petang tu.

     All in all, akhirnya majlis dah selamat dah. Sayu pilu, hiba dihati dah semakin reda. Yang tinggal cuma gambar-gambar kenangan yang terpapar di blog2 dan FB2 indivudu yang menghargai. Kalau nak dihitungkan bilangan ucapan terimakasih yang nak disampaikan.....huuuu mak aaaaiiiih, tak terbilang dek jari yang sepuluh. Makanya, ingin saya sebagai Pengerusi MGK yang juga bertindak sebagai Setiausaha JK Kerja Majlis Persaraan Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran dan juga secara PERIBADI ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya AJK MGK 2011 ( sayang korang). Motto MGK tahun ini memang tepat "Ikatan Mesra Menjalin kerjasama". TQ Boss, TQ PK Ting 6 (bg pinjam kereta baru), TQ AJK Kerja, TQ AJK PIBG, TQ kepada pelajar2 yang sangat memberi kerjasama, TQ penyumbang2.....terutama YB Parlimen Dungun dan YB ADUN Paka (kerana YB berdua maka dapat diadakan Jamuan Di Rumbia). Ampun dan maaf dari hati atas sebarang kekurangan.

ENJOY THE MOMENTS:)


 Best jugak dok atas beca berhias tu kan Haji.
 Pasangan bahagia, 33 tahun.
 Quality Controller...discussion akhir..
 Geli hati apa ntah tu..
 Wajah ceria seorang pesara.
 Crew AJK di Rumbia bersama Tuan Haji Kamarudin.
 TQ YB Zakaria kerana sudi hadir (terutama sudi menyumbang)
 TQ Tuan Mahadi...
 memyselfandmasayu with the one and only Amin 
 Thanx Crew...
 Tuan Haji bersama wakil PPD (lupa nama)
INILAH PELAMIN PERSANDINGAN SUMBANGAN
BEKAS ANAK DIDIK TUAN HAJI KAMARUDIN

"Ikatan Mesra Menjalin Kerjasama"
Excellence For All

No comments:

Post a Comment