My Other Half and My Jewels

Thursday, March 10, 2011

Percutian 3 Hari 2 Malam di Marang Village Resort and Spa

   
   Bukan senang nak dapat pakej percutian percuma ni. Bertuah rasanya dapat BERCUTI selama 3 hari 2 malam, tanpa perlu keluarkan ongkos. Tetapi yang lebih penting ialah Pengurusan Badan Pengawas telah berjaya menganjurkan Kem Kepimpinan Pengawas SMK Paka 2011 bersama-sama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT)  pada 6 hingga 8 Mac 2011 di Marang Village Resort & Spa.

    
     Dengan kekuatan 5 orang guru penasihat Badan Pengawas, 3 orang Guru kaunselor, Ustaz Muhd Zuraihi, Encik Rosli dan sokongan pihak pengurusan sekolah, alhamdulillah semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun terdapat beberapa perubahan tajuk ceramah ( kekangan penceramah pada saat akhir), aktiviti dan slot ceramah masih dapat diteruskan sepertimana yang dirancang.

 
     Bagi pihak semua guru penasihat Badan Pengawas, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan trillion, billion terima kasih kepada semua pihak atas komitmen dan dedikasi yang diberikan dari segi usaha, tenaga, masa, kewangan dan sokongan yang tidak berbelah bagi. Terima kasih yang tiada penghujungnya kepada pihak APMT yang sudi membiayai perbelanjaan kem ini. Terima kasih secara peribadi kepada Opie dan Syikin dari APMT kerana sudi meluangkan masa untuk hadir bersama sepanjang kem ini berlangsung.

     Kepada semua 68 orang peserta kem (sepatutnya 70 orang namun 2 org tidak dapat bersama), tahniah dan syabas kerana telah berjaya melalui 3 hari 2 malam di Marang Village Resort & Spa tanpa menimbulkan masalah yang besar. Adat manusia, pasti ada kekhilafan di sana sini, namun semua itu dapat diatasi dengan baik. Dengan kemudahan penginapan yang sangat selesa, dewan yang lengkap dan luas serta makanan yang sangat lazat (6 kali makan sehari...tidak sempat nak rasa lapar), diharapkan pengalaman sepanjang kem dapat kenangan yang indah bagi semua peserta.

     Kepada pihak Marang Village Resort & Spa, ucapan penghargaan dari kami semua.


    
    Ampun dan maaf dipinta daripada semua pihak andainya terdapat sebarang cacat cela sepanjang Kem Kepimpinan Pengawas ini berlangsung. Excellence For All.


No comments:

Post a Comment