My Other Half and My Jewels

Friday, April 1, 2011

My Volleyballerz

Guru Penasihat
Sir Kamal Mizan
Tcer Mas Ayu
Hjh Khalifah Rahayu
Hjh Nooradziah
Pn Norshahida
Pn Shuhada (ganti Pn Norlisa)

Coach : SIR COACH

BOY'S Team
Kamarul (Kapten), Hakim, Harith, Azman,
Shakirin@Kay,Fahri, Khairul@Abg Long,
Fauzi, Amin, Dillah & Naim

GIRL'S Team
Jeehah (Kapten), Kak Aida, Kak Yong, Najwa
Nana, Siti Bad, Huda, Farahin,
Jamilah, Dina, Fakriah & Akma

     Tahun ini masuk tahun ketiga saya menjadi guru penasihat Permainan Bola Tampar. Bagai dikata lah, kalau dah kaki bangku....memang la tak de sapa yang boleh tolong. Setakat datang training bagi support bolehlah. Training dah bermula dari minggu selepas Hari Raya Cina. Mulanya training hanya 3 hari seminggu kini dah jadi 5 atau 6 hari seminggu bergantung pada cuaca.

    Bukan senang nak bentuk the best team........kalau tahun2 lepas punyalah susah nak form girl's team sebab tak cukup players. Maklumlah, volleyball bukanlah permainan favourite di SMK Paka. Kalau sebut Bola Sepak, Bola Jaring, Badminton....huh berduyun-duyun students turun untuk pemilihan, tapi volleyball....puas tunggu, mana orgnya???? Ingat lagi tahun lepas hantar girl's team cuma 8 dari 12 players. Tu pun "tawakkal" je lah. Lawan dengan team Rasau (sekolah bola tampar).....putih mata la jawabnya. 

    Tahun ni lain la pulak problemnya, ramai la pulak girls turun untuk selection. Mungkin sebab PK Koku dah umumkan yang setiap pelajar mesti sertai 1 permainan.....tahun ni masalah nak buat selection sebab ramai yang berminat. (Alhamdulillah sebenarnya). Tahun ni Sir Coach pilih ramai players dari form 3, 2 sebab kami dah sepakat untuk bentuk longterm players....Alhamdulillah, dah dekat2 dengan game sebenar ni, dah nampak improvement. (Walaupun tak sehebat Rasau).

     Team lelaki tak lah problem sangat cuma.....semangat untuk team up sebagai satu pasukan belum ketara. Hopefully dalam sehari dua ni coach boleh buat sesuatu yang magis!! 

     Kalau ikut nya, 4hb April team perempuan akan main di SMK Seri Rasau. 5hb April pulak team lelaki akan main. Jadual pertandingan peringkat zon adalah permainan secara liga. Pemenang dikira mengikut mata kemenangan dari 3 game. Berpanas lagi lah jawabnya (kalau panas...kalau hujan maka berbasah la!) Muka terbakar dari time MSSD belum baik2 lagi. Harapnya berbaloi lah muka yang berbalam ini...

     ALL THE BEST to all players. Semoga kedua-dua team dapat wakil zon ke pertandingan Daerah Insya Allah.

Inilah aksi yang sempat dirakam sepanjang training....;-)


Streching and warming up session
Malu kat Sir la korang...Sir yang 40-an tu boleh buat.....cuba lagi!
Lompat jgn tak lompat...Net Rasau lagi tinggi oooooo
Ready girlzzz...
Sir tengok ape?
Berhujan berpanas....sir tetap setia.
Sir cakap pasal kebocoran nuklear plant kat Japan....isi masa ketika hujan
Hujan.....selepas tsunami melanda Jepun.
Nak menempek jugak...
Teori time..
Tekun mendengar....sebelum pemilihan sebenar.

Apa yang penting...? KERJASAMA Player and Sir Coach.














No comments:

Post a Comment