My Other Half and My Jewels

Friday, April 8, 2011

My Volleyballerz Part II : Belum Ada Rezeki

     Setelah sekian lama training, dalam panas, dalam hujan, malah dalam bahaya dedahan radiasi nuklear plant akibat tsunami Jepun. Tidak kira hari sekolah atau hari weekend, maka tersuratlah keputusan rasmi Pertandingan Bola Tampar Lelaki dan Perempuan Bawah 18 Tahun. Kedua-dua team disuratkan menduduki tempat ketiga peringkat zon.
     Bukan hati tak gundah, bukan jiwa tak bungkam....namun itu sudah menjadi adat pertandingan ada yang menang ada yang kecundang. Hairan....kenapa hati menjadi sayu jiwa menjadi pilu bila boyz team gagal diangkat mewakili zon. Bila girlz team gagal tidak pula terasa begini. Bukannya ada istilah "Antara Dua Darjat" antara mereka. Kedua-dua team disayang sama rata, ditegur sama mesra, dimarah sama adil.







            Malam selepas pertandingan, tidak ada topik lain yang dibincang dengan hubby (merangkap Sir Coach bg Volleyball Team) melainkan bagaimana outstandingnya permainan Boyz Team pada petang Selasa. Asyik dok fikir pasal isu ini hinggakan mata memang tidak lelap. (ingatkan saya seorang je, rupanya Sir Kamal Mizan pun begitu jugak). Hari selepas pertandingan (Rabu), air mata bagai tak dapat ditahan-tahan. Melintas saja kawasan sekolah, airmata laju menitis. Kalau kawan2 yang faham mereka memang tak bertanya banyak. Dah tau dah muka je ganaz, Ratu Air Mata sebenarnya.
     Masa assembly, cari jugak Abang Kapten...kesian, Kapten, Akim, Dillah, Fakhri tak dapat hadir sekolah pada hari Rabu. Kepenatan dan kesakitan semuanya. Nak jadi kan cerita, kena relief masa ke 3, kelas 3KRK 1, exam Math 1. Ingatkan jiwa dah tenang. Rupanya belum agi. Masuk Kelas 3KRK1 nampak Azman, nampak Khairul, AllahuAkbar....tak leh tahan dah airmata turun lagi....huhuhu...
     Namun hati terubat juga bila Imtiaz, Kg Nyior dan Seri Rasau masuk merisik no 7, no 17 dan no 11. Terharu dan bangga kerana rupanya ada pasukan "scout" yang memerhati kehebatan pemain2 dari Paka. Ada yang sanggup untuk bayar duit minyak hantar pemain kita ke tempat mereka untuk berlatih. Walau apapun Ahad ni Sir Kamal akan maklum keputusan siapa yang akan diterima pinangan nya. Jangan terlalu bangga diri boyz.....jangan terlalu GONG! Bawa nama baik sekolah...kalau apa-apa berlaku nama sekolah akan disebut. Yang baik disebut...yang tak baik dicanang seantero dunia. Dengan kuasa yang ada, tcer boleh batal agreement import mengimport ni.......Anywayz, CHAIYOK BOYZ AND GIRLZ.....2012 misi mewakili ZON ke DAERAH...(itupun kalau Tcer masih ada di SMK PAKA)....
Ibarat Hati

1 comment:

  1. dah tersurat gtu keputusan nyer kan .. kita redha jer .. kalu jiwa dah sebati dgn sesuatu gtu lah jadinyer kak mas ... x senang duduk jiwa kacau dibuatnyer ...bola jaring pun sama mmg x pecah lg tradisi blh menang peringkat daerah .. aleh2 juara kampung jgak jdnyer ... bakper xder nyer tahun depan ada plan ker ?

    ReplyDelete