My Other Half and My Jewels

Monday, April 11, 2011

Yet Another Major Task To Come!!

      Rabu....jangan lupa satu lagi tugasan besar perlu dilaksanakan atas nama Excellence For All. Huh...dah lama tidak diadakan pertandingan kawad kaki di sekolah kita. Rasanya sejak-sejak budget dikurangkan dalam 2 tahun lepas. Tambahan pulak Tuan Ali dah pindah ke SMK Seri Rasau. Teringat jugak time tolong Tuan Ali men'stapled' borang-borang pemarkahan bagi Unit KRS (berkecuali, bukan GO bukan NGO...habis, apa ha??? Entah la labu), borang pemarkahan GO dan NGO. Memang dah boleh baca rutin tu.
     Lagi best bila sekolah kita dikunjungi unit2 beruniform dari sekolah lain ketika Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah diadakan di SMK Paka. Huh....bangga sebab antara banyak2 sekolah, sekolah kitalah yang terbaik facilities dari segi kemudahan padang kawad.....Tapi kadang-kadang hangin pun ada gak, bila time bertugas melangkau sampai ke petang. Huhu hangin tu hilang bila nama Unit Beruniform sekolah kita ditabalkan pemenang.
     Tidak dapat nak jangka lagi bagaimana keadaannya pada hari Rabu ini. Dalam kita membuat persediaan untuk itu dengar khabar kurang gembira sedikit kerana Ustaz Fauzi katanya berada di Kuala Terengganu Specialist (maklumat terkini dari Brother Muhd Zuraihi)  mungkin kerana batuknya semakin melarat. Mungkin akibat dari kurang rehat sejak dari Kejohanan Olahraga MSSM Dungun, kemudian sambung dengan menjadi Jurulatih Squasy. Kita sama-sama doakan agar Ustaz Fauzi cepat sembuh. (Ustaz dah siapkan tapak kawad...nampak tali dah direntang, kon dah diletak....TQ Ustaz). Namun yang sedap hati sedikit dengar kata Tuan Ali akan ada pada hari tu.sebagai Hakim.
     Pelajar2 kita pun nampak sangat bersemangat turun berlatih. Pujian diberi pada Unit Pengakap dan PBSM secara peribadi kerana dari awal hingga sekarang semua kadet turun latihan setiap petang....Unit2 yang lain pun tidak kurang bersemangat....cikgu2 juga.....
    Good luck dan all the best untuk semua unit. Good luck juga pada Unit Bomba yang bakal mewakili sekolah dan daerah ke Perkhemahan nanti....Chaiyok2!!! Excellence For All semestinya.

No comments:

Post a Comment