My Other Half and My Jewels

Wednesday, April 13, 2011

Another MAJOR Task Completed.

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah
Rabu - 13hb April 2011
Dataran Kejat, SMK PAKA

     Maka selesailah sudah satu lagi acara yang sepatutnya acara tahunan di SMK Paka iaitu Pertandingan Kawad Kaki Peringkat sekolah. Agak-agak saya dah dua tahun pertandingan seumpama ini tidak diadakan di SMK Paka. Namun itu tidak menjadi halangan bagi semua warga SMK Paka untuk merealisasikan acara ini.

Tuan Pengetua overseeing everybody
from the "balcony".
     Selama lebih kurang 2 bulan para kadet dari unit-unit GO dan NGO menjalani latihan dalam panas dalam hujan. Kadang-kadang terpaksa berlatih dengan cukup ahli kadang-kadang dengan tidak cukup ahli. Maklum saja penggal pertama persekolahan ini penuh dengan sukan dan permainan. Orang yang sama terlibat dengan 2 aktiviti yang berbeza. Hmmm kadang-kadang para guru pun naik pening.....(ada kala hangat hati...!) Sehingga saat-saat terakhir, para kadet masih giat dan tekun belatih. Dan segalanya berakhir semalam. Sudah tersurat siapa pemenangnya.....CONGRATS ALL. (To All Cadets and Teacher)

Keputusan Pertandingan Kawad Kaki :)

Kategori GO


 
Johan :
Kadet Polis Wanita




 

Naib Johan :
KRS Wanita



Tahniah keran bakal mewakili daerah dalam
Perkhemahan Kadet Bomba Negeri





KE3:
Kadet Bomba Lelaki







Kategori NGO



Johan :
PPIM



 

Naib Johan :
Pandu/Renjer Puteri (maaf tiada gambar)



Tahniah. Ketua Platun Terbaik NGO



Ke3:
Pengakap Wanita






     Bagi saya semua yang mengambil bahagian patut diberi pengiktirafan atas semangat berpasukan yang tidak berbelah bagi. Walaupun ada yang masuk ke lapangan kawad dengan tidak cukup ahli, namun yang penting ialah pengalaman yang ditimba. Tahniah untuk semua.



Nice job....cuba lagi.

Tahniah. Ketua Platun Terbaik GO

Terima Kasih Kepada Semua Para Hakim.
Ketua Hakim: Tuan Ali Bin Mohamad

EXCELLENCE FOR ALL

No comments:

Post a Comment