My Other Half and My Jewels

Wednesday, April 13, 2011

AR-Rayyan

     "Kadang-kadang MUSIBAH itu is a BLESSING".......memang I believe in that saying. Pagi ini alhamdulillah, dapat duduk depan TV - flipping thru channels....terberhenti pada channel Astro OASIS. Program Dr Fatimah Az-Zaharah AR RAYYAN baru mula. Allahu-akbar, bestnya Dr Fatimah ngaji Quran. Dengan terjemahan sekali....memang berbekas dihati.
     Saya antara orang yang sangat dangkal ilmu agama. Setiap kesempatan, andai ada ruang untuk menambah ilmu....Insya ALLAH.
     Tajuk pada hari ni ialah Taubat. Tamu jemputan hari ni Mek Habsah...lain benar penampilan Mek hari ni. Sejuk mata memandang. Bila Dr Fatimah bertanyakan apakah yang menyebabkan Mek berubah penampilan? Dengan cucuran airmata Mek beritahu....detik yang membuat dia berubah ialah saat pemergian anaknya dalam satu kemalangan di Jalan Cheras ketika umurnya 17 tahun. Dr Fatma pun keluarkan statement "Kadang-kadang MUSIBAH itu is a BLESSING". Dan bagai dipetik suis....airmata saya pun bercucuran lah tk henti-henti.
     Dalam rancangan pagi ni, DR Fatimah menyatakan bahawa Allah akan terima semua taubat manusia bagi semua dosa KECUALI dosa MENYEKUTUKAN ALLAH SWT. Maha PENGASIH dan Maha PENYAYANG Ya ALLAH.
   

No comments:

Post a Comment