My Other Half and My Jewels

Monday, April 18, 2011

My Volleyballerz Part III : Dan..... Bungkam Di Hatinya Terubat

     Semalam, AHAD 17hb APRIL berlangsung Pertandingan Bola Tampar Peringkat Daerah Dungun bagi pasukan Lelaki Bawah 18 dan Perempuan Bawah 18 di gelanggang bola tampar SMK Paka. Pertandingan akan berlangsung selama 3 hari iaitu sehingga hari SELASA. Pada awalnya hati yang sedia ada bungkam dek peristiwa 4 dan 5hb April yang lepas terasa sangat resah. Kawan-kawan asyik bertanyakan pukul berapa team SMKPaka akan bertanding? Lawan siapa? Mereka masih tidak tahu yang team kami tidak dapat ke peringkat Daerah dek kerana kurang dalam kiraan mata. Tidak pernah ada dalam sejarah pertandingan bola tampar sekolah yang mana sekolah tuan rumah tiada penyertaan.
     Namun hati yang bungkam ini terubat apabila melihat permainan yang ditunjukkan oleh seorang pemain yang dipinjam oleh SMK Kg Nyior. Pemain no 7 kami yang menggunakan nama Oby pada jersinya sewaktu di peringkat zon bermain untuk SMK Kg Nyior bermain dalam gandingan first six, dan apa yang saya boleh simpulkan ialah......HEBAT! Beliau datang berjumpa saya dan memberitahu banyak teknik yang dipelajari dari jurulatih SMK Kg Nyior iaitu Cikgu Azani (TQ cgu kerana sudi memberi peluang kepada Oby untuk bersama dalam pasukan cikgu). Nampaknya dia boleh menyesuaikan diri dalam team barunya dan dilayan dengan baik oleh rakan-rakan sepasukan. Hati saya sejuk melihat Oby.

Oby #7

Oby in action
     Hari ini Oby datang berjumpa saya selepas SMK Kg Nyior berjaya menewaskan SMTED (SM Teknik Dungun)....katanya Cikgu Normah telah berikan RM10.00 atas prestasi yang tunjukkan. Terima kasih Cikgu Normah, Cikgu Nurul Nadia, Cikgu Mokhtar (beberapa nama yang saya kenal dari SMK Kg Nyior) kerana sokongan yang diberi pada Oby. Sempat juga saya berseloroh dengan Cikgu Nadia....."No. 7 tu bagi pinjam je..." sewaktu beliau datang mengucapkan terima kasih kerana memberi izin Oby bermain...

Pok Usop, Sohok.....sekampung datang support Kg Nyior

Thanx a million cikgu-cikgu SMK Kg Nyior
     My Girlz (dari team volleyball) pun tidak kurang HEBAT. Mereka telah mengambil peluang untuk membuka gerai menjual air. Saya sebagai guru penasihat telah memohon izin terdahulu daripada Tuan Pengetua. Mungkin cara ini dapat mengubat kekecewaan mereka tewas bermain di peringkat zon. Pada awalnya mereka macam malu-malu namun ,Alhamdulillah gerai mereka mendapat sambutan. Tidak menang tangan mereka dibuatnya....Esok merupakan hari terakhir mereka akan berniaga. Harapnya esok lebih banyak jualan...



My daughter Aimi Dalila, goes wherever I go

No comments:

Post a Comment