My Other Half and My Jewels

Saturday, November 12, 2011

Bermulanya Episode Sayu....

      Genap 5 hari sebelum cuti persekolahan bermula, maka bermulalah juga episode yang menyayu kan hati. Esok, Ahad 13 November 2011, akan berlangsung satu daripada 4 majlis persaraan yang dirancang oleh crew Majlis Guru dan Kakitangan SMK Paka 2011.
     Tepat jam 10.00 pagi esok akan berlangsung Majlis Persaraan Tuan Pengetua SMKPaka, En. Arrifin B. Mohammad bersama Pelajar. Segala persiapan telah dilaksanakan sebaik dan sesempurna mungkin. Ahli Jawatan Kuasa yang berkenaan telah membuat persiapan awal untuk majlis esok.
     Petang ini, crew MGK yang terdiri dari Yana, Sabariah, Hjh Rusidah, Yusni Hafiza, Shariza, Sh Zanirah, Dek Ma, Yan Chula, Hjh Kak La, Naurah, Aleza dan saya (termasuk Pok Mea Jaga) berkampung di Dewan Seri Cempaka bersama-sama tuan punya pelamin dari Dungun. Pada mulanya kami berjanji berkumpul pada pukul 3 ptg tapi terpaksa ditunda ke pukul 4.30 petang. Tunggu punya tunggu, tuan pelamin datang hampir pukul 6 petang. Di sebabkan semuanya "keras tangan" maka kami hanya tunggu dan lihat je lah.
     Dalam riuh rendah, hilai tawa....masing2 berdebar kerana pentas tak siap2. Maghrib dah dekat ni. aku tengok kau, kau tengok aku......dalam sengih ada risau dah ni. Ada yang perlu balik...maklum lah, suami anak tinggal di rumah. Last2 sekali, dalam pukul 7.15 malam saya cadangkan ambik break untuk solat Maghrib. Saya terpaksa balik. Tinggal lah Yana, Yah, Dah, Shariza dan Ja di sekolah. tabik pada diorang sebab ambik keputusan untuk tunggu hingga selesai. Sanggup solat Maghrib di sekolah je.
     Sampai di rumah, hati gelisah je... Selepas solat Maghrib, buka almari cari langsir lama yang Kak Umi Kalthom bagi. Cadangnya nak guna langsir tu untuk tutup bahagian tepi pentas....Ah sudah...langsir ada tapi hook langsir tak jumpa...cari sana, cari sini.....syukur jumpa akhirnya. Dalam pada tu, call yah untuk tanya perkembangan....positif....
     Selesai solat Isyak, on the way keluar dinner di Kedai Muda, Taman Uda...ajak Asben kesayangan pergi drop langsir di sekolah. Cakap singgah kejap je. Tapi biasa lah, bila sampai di sekolah, kaki payah nak langkah pergi. Tambah2 pulak tengok adik2 MGK ada yang panjat meja (Yana) nak siapkan pentas. Pemidang yang di pinjam dari Surau Asrama dah jadi sebahagian dar rekaan pelamin. langsir yang di bawa dari rumah pun dijadikan tirai menutup tepi pentas. Kreatif sungguh! hati yang risau, kembali tenang.
     Sekali lagi saya terpaksa tinggalkan mereka kerana family kelaparan dalam kereta. Sesampai saja di Kedai Encik Muda, Shariza dah MMS gambar pentas yang indah tersergam....Alhamdulillah. terima kasih semua. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian.
     Sekali tengok gambar yang di kirim okey lagi. tapi bila 2,3 kali tengok datang lah rasa sayu dihati. Warga SMK Paka akan kehilangan Ayahanda Tuan pengetua yang amat dikasihi (at least bagi pihak saya). Saya mula berkhidmat di bawah tunjuk ajar Ayahanda Tuan Pengetua pada tahun 1998, tahun kedua saya di SMk Paka. Ayahanda memegang jawatan Penyelia Petang. Garang......Tegas....tidak pernak ketinggalan sebuah diari dan rotan di tangan. Tapi, seperti sekarang .....nampak serius sehingga takut untuk berurusan, tapi beliau merupakan seorang yang sangat murah dengan senyuman.....dalam tempoh lebih kurang 20 hari lagi....sukarlah kita untuk lihat senyuman itu lagi....
     Dengan harapan usaha kami warga SMK Paka untuk meraikan persaraan Ayahanda Tuan Pengetua bakal menjadi kenangan manis buat Ayahanda.....
Bakti Sekilau Emas, Budi Segemerlap Permata.

No comments:

Post a Comment