My Other Half and My Jewels

Thursday, November 10, 2011

Retirement Fever

     Minggu ni hari persekolahan hanya 2 hari...Rabu dan Khamis selepas cuti Hari Raya Haji Ahad dan Isnin dan cuti peristiwa hari Selasa. Macam nak tambah hari je 2,3,4 hari lagi je. Tak pun rewind seminggu dua lagi. Hmmm ......mungkin cikgu2 lain marah baca statement ni. Ye lah, elok2 tinggal lagi 5 hari persekolahan, saya pulak nak rewind......Orang lain dah over the moon mikirkan aktiviti yang nak dilaksanakan dalam cuti sekolah akan datang. Saya pulak dah mula seram sejuk, lenguh badan sini sana, kepala dah mula rasa nyut nyut nyut.....agaknya "retirement fever" dah mula menyerang!
     Sejak 2 minggu lepas, persediaan bagi menyempurnakan majlis-majlis keraian menjelang tarikh keramat 3hb Dis 2011, iaitu tarikh yang mana Tuan Pengetua saya akan mula bersara dari bidang pendidikan. Disebabkan hari terakhir beliau jatuh dalam cuti persekolahan, maka majlis keraian beliau yang dibahagikan kepada beberapa peringkat akan dilaksanakan bermula Ahad 13hb Nov 2011 - Majlis Persaraan Pengetua Bersama Pelajar-pelajar SMK paka 2011. Mungkin ada yang menganggap saya busy body....selalu dan kerap kali bertanyakan kepada jk kerja yang berkaitan tentang progress kerja. Mohon maaf wahai sekelian warga kerja, tidak berniat bagitu, hanya ingin memastikan segala persiapan berjalan lancar. Faham-faham sajalah. ada yang bersikap proaktif-cepat bertindak dan siap bersedia, ada pulak yang bersikap disebaliknya. Adat manusia lah. Alhamdulillah, dalam masam manisnya, sehingga tengahari tadi, segala persiapan lancar....tunggu pelaksanaan sahaja. terima kasih semua.
              

No comments:

Post a Comment