My Other Half and My Jewels

Wednesday, November 16, 2011

Two Down, Two To Go

     Penat tidak terhingga hari ni.....dari pagi hinggalah saat melangkah kaki keluar dari Restoran Kayu Manis, Rumbia Resort Paka pada 4.35 petang tadi...banyak berdiri dari duduk. Dah memang tabiat dari dulu sampai sekarang memang tak boleh duduk selagi program yang di urus tidak selesai. Tapi kepenatan hari ini hilang apabila Majlis Jamuan Akhir Tahun MGK SMK Paka Bersempena Persaraan Tuan Pengetua, En. Arrifin B. Mohammad berjalan lancar walaupun memakan masa yang agak lama kalau nak dibandingkan dengan Jamuan Akhir Tahun yang lepas-lepas.
     Jamuan Akhir Tahun lepas2 biasanya bermula dari pukul 2 ptg hingga kadang pukul 4 petang. Majlis kali ini, bermula jam 1 tghr hingga org terakhir meninggalkan Rumbia pada pukul 4.45 petang. memang banyak aturcara kerana majlis kali ini adalah majlis 2 dalam 1. Apa-apa pun, majlis hari ni best. Yang pertama sebab saya berjaya untuk tidak mengalirkan air mata. (yea.....tahniah), yang kedua kerana dapat memberi peluang kepada Tuan Pengetua untuk berucap (mungkin buat kali terakhir coz esok dah mula cuti). Banyak nasihat dan pengajaran yang diperolehi dari ucapan beliau tadi. Yang ketiga best kerana dapat menceriakan Tuan Pengetua sendiri apabila wakil dari panitia mata pelajaran, rakan-rakan strategik sekolah, pihak pengurusan, guru-guru dan staf sokongan sudi menghadiahkah cenderahati persaraan kepada "Boss"
     Yang paling best....apa lagi kalau tak "makan time". Perut memang sangat2 berlagu merdu coz dah pukul 3 dah....Beratur panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaang masa nak makan..........So saya tunaikan solat dulu. Lepas solat baru makan....tak jamah semua hidangan pun. Bukan tak cukup makanan. Allahuakbar.....makanan memang banyak....memang tengok sorang2 kekenyangan. Saja je...tabiat dah! (Betul  tak Kak Khalifah Rahayu....dia sangat faham perangai saya).
     Yang best tak habis di situ je....ada pulak cabutan bertuah....Masing-masing senyum lebar! Hadiah tahun ni huh hebat2 belaka....pandai sungguh AJK Hadiah cari sponsor. Sampai pengetua cakap dia hairan, macamana MGK dapat cari hadiah sebanyak ni. Saya cakap, MGK tidak guna duit yuran satu sen pun, semua sponsor......Terima kasih penyumbang terbesar...Pok Mat dan Kak Ti dari Pok Mat KT Restoran. Nak harap duit yuran...ciput je. So, tahniah pada yang dapat hadiah besar2...ada yang sama tinggi dengan tuan punya badan (jangan marah Kak Nor J), dan pada yang mungkin dapat hadiah kecik je jangan la muncung2 mulut tu. Nama lagi cabutan bertuah.
     Plan asal nak ikut rombongan hantar pengetua balik ke Sura tapi, kesayangan hamba di rumah (Asben lerr) kena turun KL coz esok pagi ada meeting. So, terpaksa balik dulu.....malam ni tinggal la bertiga dengan anak2. Mintak tolong Sarah, anak yang sulung keluarkan gambar dari handphone. Alamak! Kabel Asben bawak la pulak. Jadi tak leh upload gambar2 sepanjang majlis tadi....tunggu lah ye.......

No comments:

Post a Comment