My Other Half and My Jewels

Sunday, November 13, 2011

One Down Three To Go

     Phewwww........selesai sudah 1 majlis penting hari ni..... Dalam risau resah, dalam masam manis, dalam hilai tawa, dalam sedu sedan....syukur, kerana majlis meraikan persaraan Tuan Pengetua berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah dan sangat menyenang kan hati (walaupun sebelum itu Allah saja yang tau bercampur baurnya perasaan).
Puan-puan director

Dengan anak-anak sekali....

Langsir peninggalan kak Umi Kalthom. Tq Kak Umi.

Cikgu Faziyana.....siapa sangka! Multi-talented Teacher.
     Bukan luahan rasa tapi perkongsian pengalaman.....uh uh uh! bukan suatu yang mudah untuk menguruskan majlis berskala besar...Perlu kepada perancangan dan pelaksanaan yang jitu. Dan yang paling penting perlu kepada KERJASAMA YANG PADU. Secara peribadi, saya sesungguhnya dan serendah hati ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga smk Paka atas kerjasama yang di beri. Sukar untuk menyebut semua nama di sini. Jadi saya ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada 92 org guru (termasuk saya lah tu.....siapa lagi yang nak ucapkan terima kasih pada kita kalau tak kita sendiri...), 15 org kakitangan pejabat, semua ajk pelajar yang perlu saya sebut iaitu Nasuha, Hafiza, Hafizan, Hamidi, Athirah, Kompang Boys, Bunga Maggar Girls dan helpers persiapan dewan. Tidak ketinggalan Abang Shukor kerana hantar kerusi pengantin pagi2 lagi. Tidak di lupakan Pak Man Jaga yang tolong gantung banner lewat petang (dah masuk Maghrib dah pun) semalam. Mana-mana pihak yang tidak tercatat di sini juga saya berterima kasih.
     Tidak lancar sesuatu majlis andai tidak ada pertikaian pendapat dan pertelingkahan lidah. Tambah2 lagi bila Tcer Mas Ayu hamba la tu) ,Ust Laila, Cikgu Ma, Cikgu Sabariah, Hjh Rusidah, Tcher Shariza dan Cgu Ja duduk bersama. Suara masing2 kuat macam "speaker box" (kecuali Hajah Rusidah yang anggun....) Perkara biasa kata mengata, seleseai majlis maaf memaafkan....Saya mengambil ruang di sini untuk memohon maaf andai terdapat cacat cela dalam perbuatan, tingkah laku dan juga kata-kata.
Cgu Azrol......
    Dalam ramai-ramai cikgu, Cgu Azrol Nazuan menyapa saya di Dewan Seri Cempaka, mengucap tahniah setelah majlis selesai tadi. Katanya..."Tuan Pengetua pilih Kak Mas ada sebab".....hmmmmm dok fikir2 sebab apa agaknya ya? Tidak ada jawapan sehingga kini...nak tolong fikirkan untuk saya ke?.........
The Final Product....

2 comments:

  1. We all know that u can always deliver when given a task...no matter how big the event is!U r the chosen one!
    BTW, three more to go tu ape ye?

    ReplyDelete
  2. Wah wah wah Kak Mahizan.....dari jauh comment ni datang. I'm not worthy of your praises! My MGK Crew is always by my side....tak mampu buat sendiri...Wish you were here.

    ReplyDelete