My Other Half and My Jewels

Wednesday, November 23, 2011

Kita Hanya Mampu Merancang

    Perancangan untuk projek (majlis ketiga) meraikan persaraan ketua jabatan saya, Tuan Pengetua SMK Paka, En Arrifin B. Mohammad bermula dari bulan Jun 2011. Sahabat baik saya Puan Norlaila Bt. Muda (Kak La)  telah mula merisik peluang-peluang yang ada dengan bertanyakan orang yang berkaitan. Alhamdulillah, saya diberitahu ada agensi yang mungkin boleh membantu. Dengan segera, saya dengan sokongan dan dorongan dari Kak La, mula merangka dan menyediakan kertas kerja tanpa diketahui oleh sesiapa. Kepala ligat memikirkan aktiviti dan berbelanjaan yang akan dikeluarkan. Hati sangat bimbang kerana untuk mengendalikan satu projek besar seperti ini pasti memakan belanja yang amat besar. Namun, hati nekad! Demi untuk Tuan Pengetua, saya akan cuba usahakan.
     Pernah suatu ketika, awal tahun ini  Tuan Pengetua menyuarakan hasrat hati beliau dan meminta saya (sebagai Pengerusi Majlis Guru dan Kakitangan) mengendalikan "Family Day". Saya diamkan saja kerana saya dapat rasakan saya tidak mampu untuk memenuhi hasrat Tuan Pengetua. Saban hari saya akan terima salinan fax dan risalah dari hotel-hotel dan resort-resort berdekatan. Saya tau Tuan Pengetua yang usahakan untuk memudahkan kerja saya. Risau ada, malu pun ada. Seolah-olah kredibiliti saya tercabar. Rasanya ada sekali dua saya beritahu Pengetua, mungkin saya tidak mampu untuk adakan "Family Day" kerana belanjanya sangat mahal. Kita tidak ada sumber kewangan, lain lah kalau ada orang yang nak sponsor.
     Dengan penuh kesabaran, saya dan Kak La tunggu keputusan dari "agensi" berkenaan. Dalam pada waktu yang sama saya bersama AJK MGK dan kawan-kawan bukan AJK MGK (yang berkenaan tahu siapa dia) giat merangka dan merancang majlis-majlis bagi meraikan persaraan Pengetua. Siang malam kami bekerja. Seikhlas hati kami usahakan demi Tuan Pengetua yang dikasihi. Ramai yang menyokong dan membantu, tapi ramai juga yang seolah-olah meraka bukan sebahagian dari komuniti SMK Paka. Langsung tidak bertanya khabar, malah ada juga bila diminta pertolongan, secara sinis pulak menempelak. Banyak air mata yang tumpah....tapi adik2 mgk saya sentiasa bersama2 saya. Alhamdulillah (walaupun ribut taufan sentiasa mengiringi hilai tawa).
     Dalam bulan Ogos, jawapan yang kami tunggu2 tiba.....baru boleh war-warkan pada warga Paka tentang "Program Masyarakat Murni SMK Paka Bersama APMT ke Pulau Langkawi" .... Yahooooo!!!!!!!!!  Hati sangat gembira......bukan saya seorang yang gembira rasanya....ramai yang gembira kerana dapat meraikan Tuan Pengetua. Bukan selalu peluang berharga ini datang. Tambahan pula bayaran yang dikenakan hanya RM 10.00 untuk membeli cenderahati kepada perasmi, urusetia dan sedikit buah tangan untuk orang-orang Kampung Tebing Tinggi (kg mak mertua saya). Perbelanjaan lain seperti kos pengangkutan bas dan feri, penginapan, makan minum sepanjang program ditanggung oleh Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu. Semangat berkobar2 ni....akhirnya 73 orang warga SMK Paka berminat untuk menyertai Program.....hati mula berbunga-bunga.....terbayang-bayang kegembiraan Tuan Pengetua dan rakan2 di sana.
     Setelah selesai majlis pertama (Majlis Pengetua Bersama Pelajar) dan majlis kedua Majlis Jamuan Akhir tahun MGK Sempena Persaraan Pengetua), maka tibalah saat untuk ke Langkawi....Few things yang diperlukan di Langkawi telah siap diuruskan....(pamplet, doorgift...ehem, ehem untuk ehem, ehem, bla,bla,bla) Walaupun dah cuti sekolah tapi Cgu Yusni Hafiza, Cgu Shariza, Cik Naurah sudi datang untuk siapkan barang2.
     Alamak....dalam cuaca elok, panas.....hujan pun turun. Kadang lebat, kadang reda, hati mula resah. Doa tak putus-putus dipanjang ke hadrat Allah SWT agar DIA permudahkan urusan kami. Selagi APMT tidak batalkan program saya mempunyai harapan yang tinggi warga SMK Paka akan sampai ke Langkawi. Dalam hati gundah memikirkan tentang cuaca, pagi semalam saya dikejutkan dengan berita sahabat baik saya Kak La tidak dapat bersama-sama. Dia perlu ikut suami ke Kuala Lumpur. Mungkin orang pandang ini perkara kecil, tapi tidak bagi saya. Program ini tidak mungkin akan menjadi. Sepanjang pagi, air mata gugur...(sehingga ke hari ini...saat ini juga). Setelah reda air mata, kesabaran saya di uji lagi...sms demi sms saya terima menyatakan "maaf, saya tidak dapat ke langkawi kerana......." Ada juga yang menelefon menyatakan perkara yang sama. Allahuakbar.....terguris juga rasa hati. Tapi saya perlu akur, pasti ada sebab munasabah bagi mereka.
     Untuk mengelakkan malu dengan pihak APMT, saya cuba juga mencari ganti....mana2 bilik yang kosong, saya offer untuk bawa anak yang bersesuaian umurnya....yang selainnya terserahlah. Mungkin selepas ini ada yang menempelak saya dengan isu bawa anak. Saya sebelum ini memang tidak benarkan bawa anak yang mungkin akan mengganggu perjalanan majlis kecuali atas sebab2 kemanusiaan saya izinkan Cgu Mariana bawa anaknya Epul. Memang sudah ada suara langau yang berbunyi sebelum ini tapi saya diamkan aje. Bila dah ramai sangat yang tarik diri, baik saya offer seat pada yang nak pergi. Tak kiralah anak ke, kawan ke, sekolah sebelah ke....
      Post kali ini sebenarnya meluahkan rasa bungkam, sedih, sedikit kecewa dalam diri kerana perancangan yang amat teliti dan rapi pada saat-saat akhir....lain jadinya. Pagi ini, saya mengadu kesedihan dengan seorang sahabat di Pejabat Sekolah memalui SMS. Katanya..."tk pe ah mas...kak nor kata sedih plk. tp kita ttp sokong mas..." hati yang gundah menjadi gembira...memang betul, hanya beberapa orang saja yang tarik diri. Ramai lagi yang akan bersama-sama menjayakan program. Program ini bukannya gagal (seperti ada sesetengah doakan) hanya ada hick-up ditengah jalan...Saya pasti adik2 AJK MGK juga sudah bersiap siaga untuk menyumbang khidmat bakti terakhir buat Tuan Pengetua. Saya juga pasti perserta program pasti akan gembira bershopping nanti......Insya Allah. Bersama-sama lah kita doakan agar program kita lancar dan dapat kita bersama-sama menikmati juadah ikan pekasam, gulai ikan, kerabu mempelam dan jugak laksa Kuala Perlis di Kampung tebing Tinggi, Kangar, perlis pada Ahad ni.....
YA ALLAHU YA RABBI
MOHON KAU LANCARKAN SEGALA URUSAN KAMI
AMIN YA ALLAH
    


No comments:

Post a Comment